Bab : 31

657 86 7
                                    

Hujan turun selebat-lebatnya pada masa mereka tiba di perkarangan bangunan dorm utama lelaki.  Sebaik saja kereta di parkir,  Norah terlebih dahulu lari keluar dari kereta dan dapatkan tempat berteduh di bawah bangunan tersebut.

Greyson yang keluar dari kereta hanya tenang bersahaja. Sikit pun tidak peduli hujan yang menimpa dirinya hingga kuyup kepala itu.

Berdiri sahaja Greyson di depannya,  Norah kibaskan rambutnya dari rintik hujan tadi sambil berkata.

       "Can I have him back now?"tanya Norah dengan kening berkerut.

Greyson yang masih kerasukan dengan hantu Shane dengan bersahaja larikan rambut ke celah jari jemarinya. Bermain dengan rambut yang basah agar tidak menyapa kening dan matanya.

        "Aku rasa... Aku suka la duduk dalam badan ni..."sakatnya.

Norah buat muka tak suka. Keningnya berkerut.

       "Awak dah janji. Kalau niat awak yang tak kesampaian itu telah lunas,  awak tidak akan menganggu kami berdua lagi.."

       Greyson menarik sengih meleret mengancamnya. "Kalau macam tu sentuh la aku..Biar aku keluar dari badan ni secara paksa... Cepat la!"cabarnya yang mendekatkan diri ke Norah.

Enggan menyakiti Greyson,  Norah cepat-cepat undur ke belakang dengan tangan naik berada di dada cuba untuk tidak menyentuh badan itu.

        "Apa awak buat ni! hentikannya!" marah Norah. Cari pasal betul la mamat hantu ni!

         Greyson tidak berhenti,  malah dia dekati Norah sehingga belakang badan gadis itu bersandar pada dinding kaca laluan masuk bangunan dorm itu. "Kenapa?Tak nak paksa aku keluar? Ke kau dah jatuh cinta dekat karakter aku dibandingkan karakter loser budak ni? "

Berkedip mata Norah bila dia bersandar di dinding kaca di situ. Dia mula cemas,  matanya gerak dan kanan ingin pastikan arah untuk larikan diri. Tetapi tiada sebab semuanya hujan dan gelap!  Silap masa dia pula yang kerasukan kalau redah hujan waktu malam begini.

Berjaya memerangkap Norah,  Greyson topang tangan pada dinding kaca di tepi kepala Norah lalu tunduk mendekatkan wajah ke muka itu yang basah dengan air hujan.

            Dia lentokkan kepala ke kanan sedikit. "Beritahu aku... Siapa budak ni pada kau? teman lelaki kau? Kawan baik? Best buddies? Atau friend with benefits dia?"

Norah menelan air liur gemuruh,  matanya terarah pada renungan dalam Greyson. Nafasnya di tahan. Menyibuk! Itu pun nak tahu!

        "Bukan urusan awak untuk tahu mengenai hubungan kami. Apa saya mahu sekarang adalah awak lepaskan Greyson dan kembali la ke tempat asal awak semula... Tenang la di sana." beritahunya dengan susah payah. Sedaya upaya untuk tidak kedengaran seperti itik.

Greyson ketawa. Dia lemparkan kepalanya ke belakang sebelum lalukan tangan sepanjang mukanya.

Hak alah! Ketawa pulak hantu ni? Norah pandang cuak. Berasa takut tiba-tiba bila Greyson ketawa.

Selepas tenang dari ketawanya,  Greyson kembali memandang Norah.

       "Kau ni... Pelik tahu tak aku perhatikan..kau dah lupa ke apa yang aku buat dekat kau beberapa hari ni? Still kau kasih kisah tentang so called 'ketenangan'aku tu? "selorohnya.

        "Memangnya kenapa?"

        "Well.... Aku expect kau nak aku mintak maaf pada kau.. Tapi kau tak cakap atau komen apa-apa mengenai semua kejadian yang menimpa diri kau sepanjang minggu ni. Tak cukup dengan tu kau tolong aku hilangkan rasa penyesalan aku.... what a weird girl... you know..."

Norah mencerlung kening. Dia diam tidak memberi sebarang komen kerana dia sudahpun lupakan semua itu. Di sebabkan dia jenis orang yang bukan pendendam dan tidak suka menyimpan perasaan hasad dengki. Semua kejadian itu sudah dilupakan olehnya.

        
         "Dan sekarang... Apa yang awak mahukan lagi?Masih tak puas hati lagi ke? " soalnya yang berasa geram dan jengkel mendengar celoteh Greyson yang dirasuk ini. Sepertinya hantu ini mahu lengahkan masa.

Greyson berdengus pendek.

         "Akhirnya... Aku ingatkan kau takkan tanya... " sengih Greyson dengan gembira.

          "Apa bendanya?"

          "Kau nak aku tinggalkan badan ni tanpa paksa kan?"

Norah mengangguk kepala serta merta.

           "Boleh... Tapi dengan syarat..." aju Greyson sambil lirik akan leher Norah yang berkilat kerana basah dek air hujan tadi.

           "Syarat apa lagi?"soal Norah dengan nada letih. Banyak demand betul!

           "Give me a farewell kiss."aju Greyson. "Dan selepas tu I gonna gone once for all dan takkan kembali lagi." aju Greyson.

Mata Norah membulat luas.

           "K-kiss? "sebutnya tergagap-gagap."Dah hilang akal agaknya? Dah jadi hantu pun masih buat perangai pelik? " getusnya dengan dramatik.

       "Ya, sudah..kalau tak nak... "ugut Greyson yang angkat tangan untuk sentuh Norah.

Norah mengecilkan dirinya untuk elak dari di sentuh.  Isy! Hantu ni betul-betul ada isu la!

       "Fine... Fine...saya berikannya. Tolong...tolong keluar dengan rela secepat mungkin.. " ngalahnya dengan tergesa-gesa.

         Greyson beri senyuman penuh kemenangan. "Good!"

Sambil berkerut kening dan memberi renungan maut ke Greyson. Kena rasuk tak kena rasuk tak ada beza. Sama saja perangai dua orang ini.

Tanpa berlengah, Norah cengkam kolar jaket itu lalu menjengket kaki untuk sampai ke muka lelaki itu. Satu kucupan lembut hinggap di tepi bibir itu.
Maka terpejam la mata Greyson bersama sisa senyuman di bibir setelah itu. Dia relakan semuanya dan ikhlaskan segala yang menimpa dirinya.

Kelibat roh putih berjalan keluar dari badan Greyson sesaat kemudian sebelum ia hilang begitu saja di udara tidak berjejak.

Ketika Greyson kembali sedar semula dan menjadi diri asalnya,  dia perlahan-lahan membuka matanya lalu ternampak Norah sedang mengucup pipinya ketika itu. Bingung tidak tahu apa yang berlaku,  dia pun bersuara.

      "Apa yang dah berlaku?"tanya dia

Tersentak terus Norah. Dia pandang terkejut bila mendengar soalan itu. Uh? Dah sedar ke?

       "Greyson? awak ke ni?"tanya Norah sambil menekup kedua-dua belah pipi itu. Cuba pastikan sama ada dia tidak aalah orang.

       Greyson pegang tangan Norah yang ada di pipinya lalu di ramas lembut. "Ya...ini aku..macam mana? Semuanya dah selesai? Hantu psiko tu takkan ganggu kita lagi ke? "tanya dia dengan tergesa-gesa.

Berasa gembira kerana dapat temui Greyson semula,  Norah merangkul sekeliling leher lelaki itu. 

        "Bagus la awak tak apa-apa. Ya semuanya dah selesai. Shane takkan ganggu kita lagi."jawab Norah.

         "Apa Shane?"tanya Greyson dengan terkejut siapa pulak mamat ni. Setelah itu dia turut sedar.  "Dan kenapa kau kiss aku tadi? "

Norah tersentak. Dia leraikan pelukan itu. Baru tersedar sesuatu.

        "Oh my god...Norah! kau kiss aku untuk halau hantu tu keluar dari badan aku ke? "tanya Greyson dengan over reaction. "Berani kau kiss orang lain selain aku? "

       "Excuse me?"soal Norah yang begitu terpempan mendengarnya. Sedar-sedar saja dah buat perangai.

Dan sekarang dia lebih suka akan Hantu Shane berada dalam badan Greyson dari Greyson sendiri!

Dasar lelaki menyakitkan hati!

        "Norah aku tanya ni... Kau dengar tak... Apa dia dah buat hah? Kenapa aku bau ikan? Beritahu aku segalanya!"maka mula la perangai anak orang kaya itu hendak menjengkelkan Norah dengan soalan yang bertubi-tubi di tanya tanpa henti itu.








32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now