Bab : 12

721 86 6
                                    

Hari ni hari Sabtu. Norah tiba di kediaman ini lewat petang semalam selepas di jemput oleh paksunya sendiri.

Sambil memerhati adik saudaranya kerja sekolah,  Norah topang pipinya dengan tapak tangan atas meja kopi.

Suara tv dari siaran berita kedengaran pada masa yang sama semasa paksunya duduk di sofa menonton siaran itu.

Sementara maksunya sibuk memasak di dapur untuk makan tengah hari mereka nanti.

Suasana tipikal sebuah keluarga itu setiap kali hujung minggu. Tenang dan harmoni.

          "Kak Norah! "panggil Adam.

          Norah tersentak,  dia pandang budak lelaki berusia 7 tahun di depannya dengan kening terangkat. "Ya? "

         Adam tersengih,  dia sondongkan sikit kepala ke depan lalu letak tangan di tepi mulutnya.  "Akak masih boleh nampak hantu lagi ke? "

Norah terdiam. Dia pandang wajah Adam dalam-dalam. Lalu matanya diangkat memandang ke dinding sebelah televisyen.

Wajah ibubapanya yang sedang memandangnya ketika itu di tatap buat seketika.

Ya... Dia boleh nampak benda yang manusia biasa tak boleh nampak. Semuanya terjadi seminggu selepas dia sedar dari komanya.  Sejak itu dia boleh nampak roh sesat dan hantu.

At first memang menakutkan dan mengejutkan,  tetapi dengan kehadiran hantu ibubalanya,  rasa takut itu telah berkurangan. Dan dia boleh handle semua ni dengan baik tanpa hilang kawalan.

         "Kenapa kau tanya akak macam tu? " tanya Norah dengan kening berkerut.

         "Saja. Budak-budak dalam kelas Adam ada cakap... Orang yang nampak hantu ni sebenarnya pernah mati.. Disebabkan akak pernah mati tapi hidup semula.. Adam cerita la dekat kawan-kawan Adam yang akak boleh nampak hantu... "ujarnya dengan bersemangat.

Teringat terus Norah terhadap Greyson. Lelaki yang mengatakan boleh lihat hantu itu.  Sampai ke hari ini dia masih tak habis fikir.  Masih tertanya-tanya betul ke Greyson boleh nampak hantu seperti dia? Atau lelaki tu cuma buat cerita nak dekati dia?

Tapi kan...

Kenapa ya dia ada perasaan aneh seperti perasaan familiar bila berada dekat dengan Greyson? Kenapa mata lelaki tu sering bermain dalam fikiran dia sejak kali pertama dia nampak? Dan kenapa hantu ibubapanya hilang setiap kali mereka berdua bersentuhan?

Adakah benar apa yang dikatakan Greyson?Bahawa dia boleh hilangkan hantu setiap kali lelaki itu berada dekat dengan dia!?

Ahh! Entahlah! Pening kepala dia memikirkannya!

         "Apa kawan-kawan kau cakap lepas kau beritahu dia orang?"soal Norah yang menurunkan tangan dari pipi untuk capai buku Adam.

        "Dia orang cakap Adam menipu...itu Adam tanya akak... Akak masih boleh nampak lagi ke hantu? "

Norah lihat jawapan matematik di buku itu. Bila dia nampak ada yang salah,  terus dia tunjuk nombor di situ untuk dipadamkan dan dibetulkan semula.

         "Benda tu bukan perkara menyeronokkan... So tak payah la kau nak canang satu sekolah mengenainya.. "pesan Norah.

         Adam tunduk mencapai eraser lalu membetulkan semula jawapannya. "Alah.... Adam cuma beritahu je... " katanya sambil tu.

Norah lepaskan keluhan panjang. Dia dongak memandang kelibat hantu ayah dan ibunya. Sejak dia dapat lihat mereka berdua sejak itu dia sentoasa rasa selamat. Tapi hairannya mereka tidak pernah cuba bercakap dengannya. Oleh itu dia tidak pernah cuba untuk bercakap sendirian dengan hantu ibubapanya ini.

        "Kamu berdua bualkan apa? " tegur paksu Norah tiba-tiba.

Norah tersentak. Dan masa itu la hantu ibubapanya hilang lesap. Dengan hairan,  Norah palingkan kepala. Dia pandang paksunya dengan muka terkejut.

         "Tak ada apa-apa."jawab Norah.

Adam yang tahu ayahnya memang tidak suka kalau dia ungkit kejadian yang menimpa kakaknya ini, tunduk mengerjakan latihan matematik.

          Paksu Norah tenung wajah Norah. "Kamu diganggu ke semasa di kolej? Dengan budak-budak nakal atau lelaki? " tanya dia.

         Norah menggeleng kepala. "Tak ada. Semuanya baik-baik.. "

         Paksu Norah mengangguk kepala,  reaksi seriusnya berubah jadi mesra sesaat kemudian. "Bagus la kalau begitu.. Paksu harap ianya berterusan."

Tanpa berkata apa-apa,  Norah kembali memandang Adam dan tunduk menopang pipi memerhatikan jari kecil yang memegang pensel itu bergerak. Tidak sampai sesaat,  fikirannya menerawang.

Greyson...apa agaknya khabar lelaki tu ya?

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now