Bab : 54

711 90 2
                                        

4 tahun kemudian.

         "Norah tak boleh jalani pembedahan." beritahu doctor dengan wajah sugul.

        "Kenapa pulak?"soal Greyson dengan kening mencerlung hendak marah. Tak masuk akal betul semua nI!

       "Ketumbuhan di otaknya terlalu besar dan ianya mempunyai risiko yang tinggi sekiranya kita jalani juga pembedahan kamu semua akan kehilangan Norah serta merta.."jelas doctor kemudiannya.

Mendengar kata-kata itu telah menyebabkan maksu Norah jatuh terduduk di lantai kerana begitu terkejut.Paksu Norah di sisi sempat menyambut isterinya lalu di bawa ke dalam pelukannya.

          "Kalau macam tu berapa lama masa yang saya ada?"tanya Norah dengan senyuman nipis di bibir sewaktu terbaring di atas katil pesakitnya.

Greyson yang duduk di tepi katil sudahpun mencengkam erat jari jemari Norah. Masih memandang doctor di depan mereka ketika itu. Berharap dia dapat dengar berita gembira.

Kawasan taman permainan itu sibuk dengan kunjungan kanak-kanak. Ada yang sedang bergayut di monkey bar, ada juga sedang menghayun buaian, Suara jeritan riang dan ketawa gembira menyelangi suasana tempat tersebut.

Ibubapa pula beri focus mereka terhadap anak-anak sendiri. Samaada berdiri mahupun duduk dan berjalan, semuanya tidak lepas dari memerhati anak-anak mereka. Dan antara ramai-ramai orang dewasa di situ, kelihatan seorang lelaki duduk di bangku seorang diri dengan senyuman nipis di bibir kerana berasa senang melihat lagat setiap anak-anak di situ.

Sambil menyilang tangan ke dada, mata di balik cermin mata itu pandang dengan minat akan kanak-kanak yang sedang mendaki anak tangga lalu gerak menyelusuri gelongsor di situ dan diulang beberapa kali tanpa lelah.

Kagum dia dengan kebolehan budak-budak ni. Tak reti penat ke?

Elok niat dia nak hilangkan rasa penay menjadi penat sendiri melihat kelincahan mereka semua itu.

           "Seronokkan jadi Budak-Budak?"tegur suara lembut di sebelahnya tiba-tiba.

Buatkan Greyson tersentak lantas berpaling ke kirinya sebelum melihat wanita cantik berambut pendek paras leher di sebelahnya.

            "Tak ada masalah hendak difikirkan, tak ada tekanan yang perlu di tanggung...tiada beban yang perlu di galas...apa mereka tahu, makan dan bermain...asalkan mereka happy...tak begitu..?"tanya Norah semasa pandang Greyson bersama senyuman lebar di bibir.

Tanpa berkata apa-apa, Greyson pandang wajah cantik Norah dengan lama. Senyuman lebarnya semakin lama semakin memudar sewaktu air mata mula berkumpul di kelopak matanya.

Rindunya dia pada insan ini! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia.

         "Awak tak nak cakap apa-apa pada saya?" tanya Norah.

Greyson kedipkan mata sewaktu bibirnya menggeletar mahu menangis.

Bukan tak nak bercakap. Cuma dia takut dia akan menangis nanti.

           "Awak masih marahkan saya?" tanya Norah lagi dengan kening berkerut ingin tahu.

Masa inilah air mata turun ke pipi Greyson. Dia palingkan mukanya ke depan dan cengkam seat bangku itu dengan erat.

         "Kalau aku marah sekalipun, ianya takkan dapat kembalikan kau kepada aku semula..."luahnya dengan sedih.

Buat pertama kalinya dia dapat rasakan betapa sedihnya dia dapat memiliki kuasa anehnya ini. Tidak kira sekuat mana dia cuba untuk lupakannya, kebolehan melihat roh dia ini enggan juga menghilang.

            "Maafkan saya kalau macam tu...saya tahu saya salah kerana buat keputusan sendiri hingga buatkan awak menderita seperti ini Greyson...tapi percayalah...saya taknak tinggalkan awak...tapi takdir menentukan segalanya"

Tanpa berkata apa-apa, Greyson termenung memandang ke depannya dengan linangan air mata turun dari pipinya. Giginya terketap erat. Hidungnya mula kemerahan kerana terlalu sebak.

32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang