Bab : 9

740 99 4
                                    

Sejak tadi dia cuba fokus pada doktor di depannya. Tetapi kehadiran Si Senget sejak tadi dalam ruangan kaunseling itu sikit pun tidak membantu dia.  Malah mahu ketawa pun ada.

        "Awak tahu.  Doktor ni tadi masa tengah makan donut dia terkentut-kentut... serius kelakar gila... "sengih Si Senget kepadanya.

       "Baik Greyson... Sekarang fokuskan fikiran kamu tentang perkara yang memberikan kamu perasaan gembira. " kata doktor pada masa yang sama.

Dia yang dengar dua suara dalam satu masa itu langsung tak boleh nak fokus. Dia tak faham kenapa la parents dia terdesak sangat nak beri rawatan kaunseling sedangkan dia tak apa-apa.

         "Doc... Boleh saya cakap sesuatu? " tanya dia sewaktu perasan Si Senget sedang duduk di atas udara ajuk gaya doktor tua berjambang putih sebelahnya.

       "Tanya dia apa dia makan pagi tadi... Kalau saya salah saya janji takkan kacau awak satu hari ni... Tapi kalau saya betul.... Awak kena bagi saya rasuk badan awak untuk makan aiskrim..."

Sedaya upaya dia kawal dirinya untuk tidak hiraukan Si Senget. Dia tak nak balas sebab takut kalau doktor depannya ini akan tahan dia sekiranya  dia tertangkap bercakap sendirian lagi. Nanti terpaksala dia habiskan masa di bilik rawatan. 

Kecik besar je dia perhatikan hantu yang seekor ni!

       "Ya... Silakan."angguk doktor itu.

       "Hari ni doktor sarapan apa? "

       "Sarapan? Well tadi saya makan donut."

       "Ahahaha....see... Kan saya dah beritahu..." ketawa Si senget dengan gembira sambil menepuk-nepuk lengannya. "Bagi saya rasuk badan awak kalau macam tu ya... "

        "Ayah dengar dari jurulatih ragbi kamu... Dia kata kamu layak masuk pusingan akhir... Tetapi result subjek kamu tidak membenarkan kamu masuk ke pasukan beliau... "

Suara ayahnya buatkan Greyson tersentak dari lamunan. Entah bila dia termenung dia pun tak sedar.

Sekarang Greyson berada di meja makan sebuah restoran mewah bersama parentsnya untuk makan tengah hari bersama. Memandangkan orang tuanya sering sibuk dan kerja tidak tentu masa dan tempat,  mereka adakalanya pelawa dia untuk makan sama.

       "Ha'ah.. "jawab Greyson dengan perlahan. Garfunya menguis makanan yang ada di pinggan. Tiada selera hendak makan.

Sejak pertemuannya dengan Norah dua malam hari itu,  sehingga ke hari ini dia tidak lagi menemui gadis itu. Dia masih terasa dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Norah terhadap dirinya.

        "Kamu okay? "tanya ibunya pula.

        "Kalau Greyson beritahu ibu yang Greyson tak okay? Ibu akan hantar ke hospital ke? "tanya dia dengan nada tiada semangat.

        Kening ayahnya mencerlung serba salah. "Kenapa kamu tanya begitu? Sudah semestinya la tidak... Kan kami dah janji yang kami takkan persoalkan lagi mengenai kebolehan istimewa kamu tu? "

Greyson mengeluh. Dia tahu... Masalahnya boleh ke orang lain terima?  Yalah.. Hantu ni muncul tak ikut masa. Dimana-mana dan bila-bila masa. Macam sekarang ni!

         "Hehehe....nampak macam sedap je makanan tu kan... "sengih hantu berambut panjang yang mempunyai kesan jerutan di leher.

Mata Greyson pandang wajah hantu di depannya yang sedang bercangkung atas meja di depannya.

Sejak tadi hantu ini ada bersama dengan mereka. Bukan setakat satu tapi tiga hantu yang sering mendampingi Greyson turut berada di situ. Sama-sama menyertai sesi makan tengah hari.

Kening Greyson berkerut sedikit.

Sedih betul dia tengok hantu yang berwajah pucat lesi tidak bernyawa di depannya ini. Sampai bila dia nak biarkan mereka tetap mendampingi dirinya begini?

        "Macam ni sajalah.... Ayah janji kepada kamu. Sekiranya kamu berjaya score markah tertinggi untuk penilaian awal semester akhir ni dan diterima masuk ke pasukan ragbi ke pusingan akhir,  apa saja permintaan kamu akan ayah tunaikan? Macam mana?"

         "Betul tu. Kamu mahukan apa saja akan kami tunaikan... "angguk ibunya pula. "Janji kamu dapat markah tertinggi."

Masa ini la Greyson terlintas satu idea di dalam kepalanya. Lantas dia tersengih jahat. Alang-alang menceluk pekasam biar sampai ke lengan!

          "Oh really? Okay. Boleh... tapi dengan syarat." dia pandang dengan penuh muslihat. "I need you do something and provive someone for me. Dengan itu,  Greyson janji akan score semua subjek dan dapatkan GPA 4.0"ajunya.

         "Apa syarat kamu itu? " tanya ayah Greyson.
Kalau dia tak boleh buatkan Norah terima dia dengan baik. Dia akan paksa Norah terima dia. Who can resist him!?

         "Tolong uruskan seorang pelajar di kolej Greyson. Nama dia Norah Grace. I want her..." ajunya dengan senyuman lebar di bibir.

           "Apa yang kamu mahu dari dia? " soal ibunya semasa hendak minum air kosong dari gelas berkaki di tepi pinggan.

Greyson senyum. Adalah!

         "Macam yang ayah dengan ibu mahukan. Greyson akan buat apa yang ayah ibu mahukan dan sebagai ganti ayah dengan ibu kena buat apa yang Greyson mahukan. You know... win-win situation. Deal? " sengihnya semakin melebar.

Ibubapa Greyson pandang antara satu sama lain. Memberi isyarat ke satu sama lain sebelum memandang anak mereka semula.

           "Baik... kalau itu yang kamu mahukan."setuju mereka dengan serentak.

Greyson yang dengar kembali berselera. Dia pandang tiga hantu di depannya.

             "Jerk. "gumam hantu bertiga dengan serentak apabila faham apa yang Greyson hendak lakukan.

Berpuas hati,  Greyson sandar ke belakang dengan senyuman meleret ke hantu-hantu itu. Lepas ni ada Norah di sisi dia,  tak adalah dia hadap muka ngeri dia orang ni lagi!

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now