"Awak... Saya cintakan awak... " suara perempuan kedengaran perlahan dari balik rak buku tenpat Norah sedang berdiri. Dia baru saja tiba di situ selepas kuliah petangnya. Tidak sangka pulak ada sesi confession di sini.
"Apa kau cakap?"
Norah dengar suara dingin dan dalam kemudian.
"Saya cakap... Saya cintakan awak... "Norah dengar suara perempuan itu lagi. "Saya cintakan awak yang teramat sangat sejak kali pertama kita bertemu."perempuan itu kedengaran begitu beremosi sekali.
Norah menahan nafas sewaktu menunggu jawapan dari lelaki itu. Dia pulak yang gelabah sendiri. Sedangkan bukannya dia yang buat confession...
Tapi keadaan senyap itu berpanjangan buat seketika. Dia nak mengintai dicelah buku di situ. Namun rasa tak patut pulak kalau dia buat macam tu. Jadi Norah hanya tunggu sehingga lelaki itu bersuara.
"Itu je?" balas lelaki itu.
Norah buat muka hampir hendak mencarut dengan nada tak berperasaan lelaki tu.
Heh!
Itu je?
Wah..... Mamat ni memang hati kering betul!
"A-apa?"soal perempuan itu kedengaran terpempan.
"Beritahu aku apa kau nak?"
"Saya.... Saya dah lama jatuh cinta pada awak sejak awal lagi.. Saya setia tumggu awak.. Saya cuma nak awak balas perasaan saya je.. "
Norah yang dengar boleh agak yang perempuan malang itu hendak menangis. Sementara suara lelaki itu sikit pun tidak kedengaran serba salah.
What a jerk!
"Kalau aku cakap aku boleh nampak hantu dan bercakap dengan dorang, adakah kau masih sukakan aku?"
Norah membutang mata dengan luas.
Apa dia!?
Buku ditangannya terlepas dari tangan sebelum jatuh ke lantai kerana terlalu tergamam.
Nampak hantu?
Siapa?
Lelaki ni?
"Jangan la macam ni...saya tahu awak reka cerita ni Greyson... Awak saja burukkan reputasi awak supaya tiada sesiapa berani dekati awak kan. .. "
Terangkat tinggi kening Norah lepas dapat tahu lelaki di sebelah raknya ini adalah Greyson!
"Cukup Sana.... Kau dengan aku tak sepadan...kita berbeza. Tolong la berhenti berharap."
Sana!?
Norah menekup mulut sewaktu dia ternganga luas bagai pintu gua.
Holly guacamolle!
Dia orang berdua ke? Patutlah masa dalam kelas tadi Sana macam cacing kepanasan macam nak cakap something tapi tak tercakap-cakap sampai habis kelas. Rupanya nak buat confession...
Pergh! Kalau dia papparazi boleh jadi headlines colum artikel gosipnya.
"Please Greyson... Terima saya."
"Aku takkan ulang sekali lagi... "
Dah kenapa Greyson reject oramg cantik macam Sana?
Oleh kerana begitu terkejut, Norah tidaj dapat menghalang dirinya lagi untuk tidak mengintai. Dengan berhati-hati buku-buku dirak itu ditolak sedikit sehingga dapat berikan akses kepada Norah untuk lihat apa yang terjadi di sebalik rak tersebut.
Bila dia nampak, Greyson berdiri berhadapan dengan Sana, matanya terbuka luas.
"Dengar...apa yang berlaku di antara parents kita biar ianya kekal antara mereka. Jangan libatkan kita berdua. Lagipun aku sukakan orang lain lama dulu. Kau sendiri tahu itu kan? "
Oops!
Cinta segi kah ini?
Norah menjengket sedikit di situ mahu mendengar lebih jelas.
"Maksud awak, perasaan suka awak terhadap hantu bernama Si Senget tu ke? Saya tak percaya, saya tahu awak cakap semua tu sebab nak buat saya jauh dari awak...!"
"Dan untuk pengetahuan kau... Si Senget tu adalah Norah...sebab tu aku dekati dia..."kata Greyson dan Norah menggigil apabila melihat Sana jatuh terduduk di situ dan hilang dari pandangannya.
The heck!
Greyson tanpa tunjuk sebarang emosi di wajahnya itu tunduk mengeluarkan telefon dari poket seluar mungkin mahu hubungi seseorang. Dan sikit pun tidak cuba hendak pujuk Sana yang menangis tersedu sedan di depannya.
Masih tergamam dengan apa yang di dengar, Norah berdiri kaku disitu sehinggalah telefon dalam poketnya bergetar-getar kerana dalam mode silent.
Britt!
Britt!
Melompat terkejut dia dibuat getaran telefon dalam poket jaket yang dipakainya ketika itu.
Aih! Siapa pulak potong steam ni! Orang sibuk pasang telinga ni!
Gelabah bagai nak apa, Norah kelam kelibut meraba pakaiannya sebelum menyeluk tangan mengeluarkan telefon dari poket tersebut.
Apabila dia tunduk memandang skrin, nama Greyson tertera sebagai pemanggilnya.
Nak apa pulak lelaki ni!?
Berasa takut sendiri, Norah tak jawab. Dia putuskan panggilan itu tanpa berfikir dua kali. Memang tak la dia nak jawab!
However...
"Asal tak jawab?"sergah suara dari rak di celah buku depan Norah dengan tiba-tiba.
Tersentak tegak kepala Norah sebaik mendengar suara Greyson. Dia pandang ke depan lantas bertentang mata dengan sepasang mata berenungan dalam itu.
Oh sh*t!
Dia dah terdedah!
Serious talk!
Lelaki ini lebih menyeramkan dari mana-mana hantu yang ada.
"Stay right there."arah Greyson dengan nada seriusnya sebelum menghilang.
Muka Norah menjadi pucat lesi. Buat apa suruh dia tunggu?
Ah!
Memang tak la!
Dia tak boleh tunggu!
Tidak mahu membiarkan Sana sedar akan kehadirannya di situ, Norah tanpa berlengah terus berpaling melarikan diri.
Sambil berjalan lekas keluar dari lorong itu, dia pegang tali beg sandangnya erat-erat.
Apa yang dia dengar tadi?
Greyson sukakan kepada rohnya sejak awal lagi yang mana merujuk dirinya? Jadi maknanya Greyson sudah lama sukakan dia?
What the hell!
Sebab itu ke Greyson dekati dia dan cuba buatkan dia terima lelaki tu?
P/s lama tunggu ya... Hahaha... Maaf la... Td ada problem sikit.. Kendian sibuk ngn keja...ni baru smpt taip... Enjoy la ya chapter ni dulu... Nnt kalau sempt tinta taip laju2 ya.
![](https://img.wattpad.com/cover/253990214-288-k10913.jpg)
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...