Rentak lagu yang dimainkan radio kereta berkumanda perlahan di dalam kereta itu semasa mereka sibuk berbual akan perlawanan futsal yang dia sertai beberapa hari lepas hingga memenangi tempat pertama dan wang.
"lepas ni boleh la kamu sertai pasukan tahun terakhir sebelum tamat belanja nanti ya tak?"tanya ayahnya semasa memandang ke depan focus memandu.
"Mestilah...rugi la kalau berhenti macam tu je"balasnya dengan bersemangat semasa memandang skrin telefon. Menghantar pesanan kepada rakan sepasukannya. Berbincang mengenai study group untuk peperiksaan akan datang nanti.
"Na'ah...ibu tak rasa ibu setuju dengan idea kamu itu Norah...ibu rasa kamu patut seimbangkan belajar dan sukan supaya ianya tidak menjejaskan prestasi kurikulum kamu."
"Alah...Ibu..kan Norah dah janji yang Norah seimbangkan waktu futsal dengan belajar...buktinya Norah dapat tempat kedua untuk keseluruhan pelajar. Hah...ingat senang ke?"
"betul tu..."
"Ha..awak jangan nak menggalakkan anak kita ya..."
"Boleh la ibu."
"Fine...kamu boleh sertainya untuk tahun depan, tapi selepas tournament kali ni, ibu nak kamu berhenti dulu dan focus pada peperiksaan akhir tahun kamu.."
SREETTTTT!!!!!
BOOM!
Pada masa dia hendak memjawab, pada masa itu la kereta yang dipandu ayahnya hilang kawalan sebelum segalanya menjadi tidak jelas dan berputar-putar..Selain mendengar suara jeritan dan dentuman kuat,. Tiada apa-apa lagi yang dia dapat lihat.
Bersama rasa sakit di kepala dan bunyi berdesing yang kuat, Norah terus bangun mengejut dari baringnya dengan mata terpejam rapat dan tangan mencengkam kuat rambut di kepala.Cubaan untuk hilangkan rasa sakit tu.
Dadanya naik turun tidak menentu.
Keningnya berkerut sedih.
Masa inilah realiti menghentaknya.
Semua itu mimpi...tapi mimpi yang telah menjadi kenyataan!
Dengan nafas terketar-ketar pandangan matanya terarah pada dua kelibat hantu yang berdiri di hujung kaki katilnya. Dua wajah tiada emosi dengan renungan dingin terarah padanya. Empat tahun atau empat minit...dia rasa semua itu terlalu cepat buat dia untuk menerima kematian ayah dan ibunya.
Kenapa?
Kenapa semua ni terjadi pada dia?
Salah apa yang dia dah buat?Dosa apa yang dia telah lakukan sampai sebegini hukuman yang dia terima!?
Siapa boleh terima kalau pada awalnya segalanya nampak indah dan sempurna. Ada ibu yang penyayang dan pandai memasak. Mempunyai ayah yang pandai dalam membuat kerja rumah dan menjaga anak. Bagi dia semua itu sudah cukup untuk dia. Tapi hendak bagaimanakan lagi, Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk ibubapanya.
Air mata turun ke pipi dengan laju.
"Kenapa?"tanya Norah sewaktu mula menangis sedih memandang hantu di depannya. "Kenapa ayah dengan ibu tinggalkan Norah...?? Kenapa cuma Norah je yang hidup? Kenapa tak bawa Norah sekali?" soalnya sambil menepuk dadanya sendiri.
Rasa sakit di kepalanya ketika itu tidak di pedulikan walaupun ia seakan mahu mengoyakkan kepala dia. Norah focus pada mimpi yang selama ini sering menghantui dirinya dan juga kenyataan mengenai kematian ibu dan ayahnya.
"Cakap la sesuatu...kenapa tak cakap!Kenapa diam!Kalau macam ni kenapa muncul depan Norah...kenapa!KENAPA!!!!"soalnya dengan lantang berasa berang melihat dua hantu itu sikit pun tidak beri sebarang reaksi kepadanya. Kenapa mereka enggan mengatakan apa-apa kepadanya?Mereka bencikan dia? Salahkan dia atas kematian mereka?
Tidak tahan dengan perasaan yang di tanggungnya, Norah turun dari katilnya lantas mendekati tempat dimana hantu ayah dan ibunya berdiri.
"Say SOMETHING!!!! " jeritnya sebelum cuba menyentuh kelibat itu tetapi gagal. Dia tak boleh sentuh mereka, tapi kehadiran mereka di situ begitu real!
Pada masa itu la pintu bilik terbuka, muncul Greyson lalu diikuti Adam. lelaki itu menerpa masuk ke dalam bilik itu sebelum melutut di situ mendapatkan Norah.
"Hei.hei...shh...it okay...It okay Norah.."pujuk Greyson dengan cemas.
Norah bergelut. Dia cuba lepaskan diri dari cengkaman tangan Greyson.
"TIDAK!!!!Arghh!berhambus!
Berhambus! Arghhh!!!!!" jerit Norah yang terduduk di lantai dan mengusutkan rambutnya dengan hysteria.Hantu ibu dan ayah Norah hanya diam disitu sambil memandang Norah tidak bergerak namun lenyap apabila Greyson memeluk Norah ke dalam pelukannya.
"Kenapa!Kenapa saya yang hidup!!!!!"ronta Norah dengan terdesak di situ sewaktu Greyson Tarik mukanya ke dada itu.
Termengah-mengah Greyson kerana dia dari bilik sebelah berlari ke dalam bilik Norah lepas dengar suara marah-marah gadis ini.
"Shh...it fine...calm down...Norah. " pujuknya dengan perlahan.
Maksu dan Paksu Norah masuk ke situ selang beberapa saat kemudian. Mereka yang baru terjaga dari tidur kebingungan sendiri apabila melihat anak saudara mereka seperti kerasukan sedang menjerit-jerit seperti diseksa.
"Norah kenapa ni!"tanya maksu Norah semasa melutut di sebelah anak saudaranya. "kamu mimpi lagi ke?"tanya dia dengan sebak.
Sambil meraung, Norah angkat mukanya dari dada Greyson lalu pandang maksunya.
"Sakit maksu"rayunya. "Sakit.hilangkan rasa sakit ni..."rambutnya di cengkam dengan kuat. Cuba hendak hilangkan rasa sakit di kepalanya ketika ini.
Paksu Norah sudah tersandar pada bingkai pintu dengan dada naik turun terkejut. Dia paling lemah sekiranya Norah hilang kawalan seperti ini.
Sementara Adam yang sudah terbiasa dengan situasi kakaknya meraung hanya diam memerhati situasi itu. Kakaknya sering berkelakuan seperti ini sekiranya mimpi buruk bertandang. Dan hal ini la yang terjadi.
Maksu Norah mengangguk kepala sambil menguak rambut Norah ke belakang.Habis kuyup kepala dan rambut itu dengan peluh dingin yang merintik di sekitar wajah itu.
"Maksu tahu Norah...iyanya akan hilang... "ujar Maksu Norah sewaktu berkerut kening susah hati.
Greyson pegang belakang badan Norah sambil menggosok lutut gadis itu mahu menenangkannya dari terus menjerit dan hilang kawalan. Ianya bukan kali pertama dia lihat, pernah malam kedua mereka luangkan masa Bersama, Norah pernah mengigau teruk seperti ini.
Sambil teresak-esak, Norah capai lengan maksunya sebelum menyandarkan mukanya ke lengan itu dengan cengkaman terdesak.
"Kenapa Norah hidup...bukan ibu dengan ayah....Norah salah sebab paksa mereka pergi lawat nenek maksu...salah Norah mereka tinggalkan kita semua"nangisnya dengan mata terpejam. "Salah Norah sebab selamatkan diri sendiri bukan mereka...."rintihnya tersedu sedan.
Maksu Norah yang sedang menangis itu tunduk mengucup kepala Norah dengan linangan air mata jatuh ke pipi. "Ianya bukan salah kamu Norah...kemalangan itu hanya kemalangan...bukan salah kamu.."
Greyson ketap gigi erat-erat sewaktu melihat keadaan Norah, namun bila dia perasan ada darah yang mengalir turun dari hidung itu, air mukanya terus berubah.
"Norah..."panggilnya sambil pegang kepala itu. Dia janji dia tidak akan tinggalkan Norah tidak kira apa sekalipun keadaannya!
Ps/ huish!Okay tak kalau chapter citer ni pnjg? Ke nak buat sequel?
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...