Bab : 53

692 78 2
                                        

Kebetulan, Norah yang paling hampir dengan laluan itu terlebih dahulu menyedari kehadiran kereta itu. manakala mereka yang lain tidak mempedulikannya kerana terlalu khusyuk dengan hal masing-masing.

Apabila pintu kereta mewah tempat seat pemandu terbuka dan seorang lelaki keluar melaluinya, Norah yang lihat terus bangun dari kerusi tersebut dan pandang terkejut ke arah lelaki itu. Air muka penat dan kesakitannya terus berubah menjadi tergamam serta merta.

Keningnya terangkat tinggi dan mulutnya terbuka sedikit, Norah pandang tidak berkedip akan lelaki lampai yang sudah sekian lama tidak dia temui.

Bersama derap langkah tenang dan bersahajanya, Greyson mendekati Norah bersama lagak megahnya. Dia berjalan sehingga la tiba di depan Norah dengan jarak yang rapat.

Oleh kerana terlalu tergamam dengan apa yang di lihat Norah pandang tidak berkedip akan Greyson sebelum air mata mula bertakung di kelopak mata letihnya. Dia terlalu sebak dan terkejut dengan kehadiran Greyson di situ. Baru saja terfikir, muncul sudah di depannya. Bagai bermimpi pun ada.

            "Hai..."sapa Greyson sebelum tersenyum handsome.

Mata Norah gerak kanan dan kiri menilik Greyson dengan lama.Dia ingin pastikan orang di depannya ini adalah nyata.Bukan hantu. Bukan khayalan.

            "Apa awak buat dekat sini?"tanya dia dengan suara terketar-ketar sebak.

           "Buat apa lagi...cari kau la..." kata Greyson.

Norah mula mencebik bibir mahu menangis. Akhirnya penantian dia berbayar jugak. Tidak sia-sia dia tanggung sakit ni semata hendak menunggu Greyson menemuinya semula. Cuba bayangkan kalau dia buat pembedahan enam bulan lepas, pasti dia tidak akan dapat mengecam Greyson langsung!

          "Kenapa awak cari saya?"

Greyson tunduk mencapai tangan Norah lalu di cengkam dengan lembut sebelum dia angkat kepala memandang Norah semula.

        "Comeback to me babe..."  mintanya dengan suara berbisik.

         Please! Jangan bagi dia harapan palsu!  Kening Norah berkerut tidak faham. "Macam mana dengan Sana?Parents awak?Mereka pasti bantah."

Tersenyum dia lepas dengar suara yang sering terngiang-ngiang dalam kepalanya selama ini. Susah payah dia cari Norah dan dimana keberadaan gadis ini melalui penyiasat upahan Sana. Dan ketemu juga dia akan Norah di sini.

            "Jangan risau...dia orang sendiri yang mintak aku bawa kau untuk menemui dia orang..."kata Greyson sebelum tarik Norah ke dalam pelukkannya.

Kalau bukan kerana idea bernas Sana, dia mungkin tiada di sini menemui Norah. Mungkin dia sudah bunuh diri kerana tertekan. Dan kini selepas Sana berurusan dengan ayahnya, akhirnya orang tua dia lepaskan dia supaya boleh buat keputusan sendiri tanpa di kongkong lagi. Malah mereka juga telah berlapang dada hendak menerima Norah ke dalam keluarganya.

Mata Norah terbutang luas. Dia pandang kejung ke langit di atasnya. Lantas tangannya di angkat mahu menolak badan itu menjauh darinya.

Tipu!

          "Apa maksud awak?"soalnya.

Terasa dengan tolakan Norah, Greyson terpaksa jarakkan dirinya lalu tunduk memandang wajah itu dengan kening mencerlung.

          "Awak bukan tunang Sana lagi?" tanya Norah sekali lagi dengan cemas terujanya.

Greyson tersengih meleret.

       "Aku dah putus dengan Sana sejak dua bulan lepas."kata Greyson sambil pegang tepi leher Norah.

Tak mungkin la!

Ini semua tipukan!?

Niatnya mahu tersenyum dan berkata, tetapi niatnya itu terbatal apabila kepala dia terasa berat dan pandangannya mula kabur dan segalanya terasa gelap!

Norah cengkam erat kain baju di dada Greyson lalu pejam mata dengan erat apabila dia mula terasa mahu rebah di situ.

             "Grey-"tidak sempat hendak bersuara, Norah jatuh hendak terbaring di situ sesaat kemudian.

Namun Greyson sempat menyambut tubuh Norah lalu di pangku atas ribanya setelah mereka berdua sama-sama terduduk di atas lantai itu.

            "Norah!"panggilnya dengan lantang.

SPRANG!

Ketika itu juga la bunyi pinggan pecah kedengaran lalu diikuti kemunculan maksu Norah yang melutut di sebelah Norah tidak lama selepas itu.

Peluh dingin merintik di dahi Norah, darah mengalir keluar dari lubang hidung sebelah kiri dan muka itu pucat lesi seperti tiada darah yang mengalir padanya.

Bagaikan jantung dia di rentap, Greyson menggigil satu badan melihat keadaan Norah begitu.

            "Apa yang berlaku ni!Norah...please...bangun!"mintanya.

Teresak-esak sedih, maksu Norah pegang pipi dingin itu dengan air mata di pipi. Tak mungkin secepat ni! Dia tak bersedia lagi!

       "Norah..jangan tinggalkan maksu nak.apa maksu nak jawab pada ibu kamu nanti!"rintihnya.

       "Call ambulans!"

      "Apa yang berlaku?"

      "Kenapa dengan Norah tu?"

Bila keadaan jadi kelam kabut di situ, Greyson yang kebengangan hanya mampu pandang akan situasi itu dalam keadaan dumbfounded. Bukan ini sepatutnya berlaku. Bukan begini sepatutnya keadaan berakhir.

         "Aunty?kenapa dengan Norah ni?"tanya Greyson kepada Maksu Norah.

Sambil menyedut hingus sedihnya dengan susah payah, Maksu Norah pandang Greyson bersama kening berkerut sedihnya.

          "Norah...dia ada masalah pada otaknya...ketulan darah beku...aunty sudah suruh dia buat pembedahan...tapi dia tak nak...dia cakap dia takut kalau dia jalani pembedahan itu, dia takkan dapat temui kamu lagi.dan ini la akibatnya sekiranya dia tak jalani pembedahan tu..."beritahunya dalam keadaan tersedu sedan.

Ibarat detak jantungnya berhenti dan dia tidak bernafas, Greyson pandang terkedu ke Maksu Norah sebelum menggeleng kepala.

            "Tak.....tak mungkin...tak mungkin!Norah dia tak mungkin sanggup buat semua tu!Tak mungkin! NORAH!BANGUN!!!!!"raung Greyson dengan terdesak sambil memeluk erat tubuh di pangkuannya dengan erat ke lehernya. Kepalanya tertunduk ke bawah. Semua ni tak sepatutnya terjadi. Bukan ini pintanya!

Norah yang tidak sedarkan diri itu sikit pun tidak terkutik sama sekali dengan jeritan lantang Greyson.

Maksu Norah sudah tersedu sedan di situ.

Ahli keluarga yang lain hanya mampu pandang dengan cemas kerana tidak faham apa yang terjadi.

Dan tidak lama kemudian, ambulans pun datang untuk membawa Norah ke hospital setelah itu.














ps/ du...dun! Omo!What to do!Norah tak sedarkan diri?Mati ke dia?Hidup ke dia?Dapat ke Greyson Bersama Norah?Huhuhu!

So Tinta nak tease semua buddies yang baca ni dengan perasaan suspen dan ingin tahu chapter akhir habis macam mana?

macam biasa. Tiga chapter je. Hihi!

Jangan marah hah! Nanti cepat tua.

BTW, sorry kalau ayat masih berterabur. Idea Tinta ada di merata-rata. Nanti kalau rajin tinta betulkan balik semula..

32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang