Bintang-bintang berhamparan di langit hitam pada malam itu. Constellation dapat di lihat mana-mana pada taburan bintang. Membentuk pelbagai rekaan yang menakjubkan. Membuatkan mereka yang baring di kerusi lunjur balkoni apartment itu termenung sendiri.
Waktu itu sudahpun lewat, penghuni apartment lain sudahpun menutup lampu bilik. Tapi dua orang itu ambil keputusan untuk berembun.
"Thanks sebab ajak aku sekali berjumpa dengan family kau...serius beritahu, ini first time aku rasa feeling real family macam mana..." mula Greyson buat pertama kali sejak 15 minit mereka di situ.
Norah tersengih meleret. "No hal...lagipun kesian dekat awak jugak sebab di soal itu dan ini dengan maksu dan paksu saya...sorry kalau mereka buat awak tak selesa"katanya tanpa berpaling.
Greyson ketawa kecil hingga bergetar dadanya. "Well...aku faham kenapa dia orang overprotective...dan aku boleh Nampak cara dia orang layan kau even kau hanya anak saudara je.."
Norah tidak memberi sebarang komen kerana tiba-tiba saja dia rasa terkilan dan sedih mendengarnya. Ya..dia syukur kerana dilahirkan dalam ahli keluarga yang baik dan penyanyang. Tapi sayang..semua itu sementara saja.
"Dekat mana parents kau di kuburkan?Dekat sini ke?"tanya Greyson dengan perlahan.
"Kampung nenek belah ibu.." jawab Norah mendatar sewaktu memandang langit di atasnya. Tangannya berehat di atas perut.
Greyson mengangguk kepala kecil.
"Aku perasan dekat bilik kau...ada banyak gambar masa kau kecik...dan semuanya ada parents kau...nampaknya kau mempunyai masa silam kanak-kanak yang membahagiankan?"tambah Greyson lagi berasa iri dengan Norah.
Senyuman sedih terukir di bibir Norah. Dia ketawa kecil mendengar komen itu.
"Ha'ah...saya mempunyai masa silam kanak-kanak yang menyeronokkan dan paling bahagia yang pernah saya alami. Tak kira apa saja urusan berkaitan dengan saya, ibu dengan ayah pasti ada. Mereka akan libatkan diri dan sebolehnya luangkan masa untuk saya tidak kira sesibuk mana sekalipun mereka." beritahunya dengan renungan sedih ke langit. perlahan-lahan dia boleh rasakan matanya mula hangat dan dadanya sesak sebu.
Greyson palingkan kepala ke sisi. Memandang Norah yang berbaring di kerusi sebelahnya. Tepi muka itu di pandangnya bersama senyuman dibibir. "Kau mesti sayangkan dia orang..."
"Lebih dari tu.."jawab Norah semasa palingkan kepala memandang Greyson. "Saya sanggup berkorban untuk mereka."
Air mata turun dari mata itu semasa Greyson perhatikan.
Terus dia lepaskan hela nafas panjang saat bangun dari situ. Tak ada niat pun nak buat Norah sedih. Dia saja je nak tanya. Hanya mahu mengenali Norah lebih mendalam lagi.
"Hei...jangan la menangis...aku tahu semua ni sukar untuk kau...tapi percayalah...ibu dan ayah kau akan berbuat perkara sama jugak macam mana kau nak buat pada dia orang..."katanya selepas turunkan kaki dari kerusi itu menghadap kerusi Norah.
Dengan lemah Norah palingkan kepala untuk memandang langit semula.
"Sebab itu la roh mereka masih mendampingi saya...sebab saya tak relakan pemergian mereka berdua...sebab itu mereka tidak pernah bercakap dengan saya...lain la awak...ahli keluarga awak masih mahu bercakap dengan awak walaupun awak tak nak bercakap dengan mereka"selorohnya dengan lirih.
Dia pun nak dengar suara ibu dan ayahnya semula. Dia rindu!Rindu mendengar bebelan ibunya yang suka nasihati dia sekiranya dia buat salah, suara borak ayahnya yang suka kongsi pendapat dan isu semasa dalam dunia sukan Bersama dengannya. Tanggung semua ni bukan perkara yang mudah.
Mata Greyson terarah pada hantu di tepi balkoni itu. Sejak tadi dia perasan kehadiran mereka di situ, dan dia yakin Norah perasan jugak.
Tanpa bunyi tanpa bersuara, Greyson sudahpun duduk di tepi Norah atas kerusi melunjur tempat gadis itu baring. Dia capai tangan Norah yang ada di atas perut itu lantas di ramas.
Mata Norah kemudiannya gerak memandang Greyson selepas lelaki itu duduk di situ. Kepalanya tidak bergerak. Tetapi matanya sudah berkaca.
"Macam mana awak boleh kekal kuat dan tangani ni dengan mudah sedangkan situasi awak lebih teruk dari saya...awak jadi Yatim piatu sejak kecil lagi, tidak sempat hendak rasa kasih sayang mereka lagi tu...sementara saya...telah hidup bersama dengan mereka buat sementara waktu tapi masih tak boleh nak move on dari semua tu..."
Pipi Norah di tekup dengan tangannya sebelum dia beri senyuman nipis pada Norah.
"Sebab yang hidup kena teruskan kehidupan...sekalipun aku menangisi nasib aku, ianya tidak akan dapat hidupkan mereka semula...aku tahu bukan senang kita nak lepaskan semua tu...tapi ada sesetengah perkara kita perlu ikhlaskannya.." pujuknya.
Tidak mahu didengari sesiapa. Norah menangis tanpa suara dalam keadaan baringnya. Badannya menggeletar kuat kerana terlalu sebak. Dia simpan semua ni selama ni sebab tak nak buatkan paksu dan maksunya. Sendirian dia selalu menangis bila tak ada orang. Tapi bila dekat dengan Greyson secara automatik dia akan bersikap terbuka dan berani menangis di depan lelaki itu.
Turut bersedih dengan hal itu, Greyson tarik Norah bangun dan di bawa masuk ke dalam pelukannya.
"Shh...it's okay not to be okay...tak salah untuk menangis..."bisiknya semasa menghayun badan Norah kanan dan kiri seakan mendodoinya.
Seakan tubuh itu adalah segalanya, Norah cengkam kain baju Greyson dengan erat dan menangis dalam keadaan kepala dongak memandang langit. Mempersoalkan dirinya sendiri...bagaimana sekiranya satu hari nanti, dia takkan dapat melihat Greyson lagi?Bagaimana kalau lelaki ini tidak akan berada di sisinya lagi?
"I need you.....please don't leave me..."rintih Norah dengan terdesak.
"Aku janji...aku takkan tinggalkan kau Norah..."lafaz Greyson dengan lemah lembut sewaktu mengangguk kepala.
Dalam senyap, di dalam apartment, berdirinya paksu Norah. Dia yang ketika itu dalam perjalanan untuk minum ternampak kelibat pasangan ini di beranda. Jadi dia berhenti sekejap nak jenguk. Tapi tak sempat lepas dengar suara Norah menangis.
Jadi tidak mahu menganggu, paksu Norah berdiri di situ dan mendengar segalanya dengan perasaan sedih dan pilu menyelubungi dirinya. Sungguh! Dia turut bersimpati pada nasib anak saudaranya ini. Namun apakan daya, hidup ini sememangnya tiada adilnya. Tidak semua perkara akan berlaku seperti yang kita inginkan.
Ps! Omg.... Chapter ni terlepas publish ke? Heh? Serius? Why no one notify me? Im sorry my Buddies...Tinta miss chapter ni! Baru perasan...
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HororAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...