Bab : 22

712 96 0
                                        

         "Kau nampak cari coach buat contoh tadi?"

          "Ahahaha...seriau aku tengok. Takut je tadi aku perhatikan... "

          "Silap langkah,  hospital la jawabnya.."

Borak tiga orang lelaki yang berpakaian jersi ragbi di badan dengan beg duffle di tangan masing-masing perjalanan pulang dari padang selepas latihan.

Chester, Noah dan seorang lagi rakan mereka itu jalan seriringan di koridor itu ketika seseorang muncul dari selekoh depan mereka lalu merempuh mereka.

          "Argh!"teriak suara perempuan sewaktu perlanggaran terjadi.

Ketiga-tiga badan itu jatug terduduk di atas lantai sambil orang di tengah-tengah di hempap dengan orang yang melanggar mereka.

          "What the f*ck!"

          "Siapa yang berlari dekat koridor ni? "

          "Wei!Mata letak mana?"

Bebel mereka bertiga dengan serentak.

          "Aduh... Dagu aku.. "keluar perempuan yang cuba bangun dari badam yang di hempapnya itu.

Bila mereka bertiga telah sober dari terkejut masing-masing,  baru la mereka menyedari siapa yang melanggar mereka ketika itu.

          "Norah! Kau dah kenapa?"bebel Chester sambil gosok tulang punggungnya yang sakit akibat impak jatuh tadi.

          "Sorry... Saya nak lekas.. "jawab Norah sambil toleh ke belakang.

Mereka bertiga bangun dari situ sambil bantu Norah sekali dan kutip beg yang jatuh di lantai.

          "Memangnya kenapa? Hantu kejar kau ke?"tanya Noah dengan muka tak faham.

Kebingungan Norah ketika itu,  dia pandang kanan dan kirinya cuba melewati mereka bertiga. 

         "Saya jelaskan kemudian... Sekarang beri saya laluan!"gesanya cuba tolak lengan mereka supaya dapat bolosi hadangan tiga orang itu.

          "Norah Grace!"panggil suara dari hujung koridor menghadap mereka bertiga kedengaran.

Tersentak bahu Norah lepas dengar suara tu.

Chester yang tidak faham apa yang berlaku pandang ke arah lelaki yang mengenakan hoodie putih dan jaket di bahagian luar sedang mendekati mereka itu.

             "Ada apa ni Greyson? "tanya Chester.

            "Halang dia...!"tunding Greyson ke arah Norah yang tidak seperti tikus yang dipenjuru pemangsa. "Dia ambik sesuatu dari aku.. "tuduhnya.

Ketiga-tiga mereka pandang tidak percaya ke Norah. Gadis comel seperti Norah mencuri?

              "Tak... Dia tipu... Saya tak ambil apa-apa!" geleng Norah sambil melambai tangan tanda 'tidak'kepada tiga lelaki lampai di depannya. "Please biarkan saya lepas.. "tolak dia lagi yang cuba merempuh badan seperti tembok batu itu.

              Chester tidak beri laluan kepada Norah sewaktu perhatiannya terarah pada sepupunya itu.  "Apa yang dia ambik dari kau?"

Greyson tersengoh jahat setelah tiba di situ. Tanpa berlengah belakang kolar baju Norah di cengkamnya. "Ikut aku!"

            "Arghh!Tak!Sesiapa tolong saya.... Lelaki ni akan kerat saya kepada lapan cebisan!"teriak Norah dengan takut semasa kakinya terpaksa jalan mengundur setelah ditarik oleh Greyson.

            "Thanks..."lambai Greyson semasa berpaling ke satu arah membelakangkan mereka.

Ketiga-tiga jejaka di situ hanya buat muka tak faham masing-masing. Seorang garu belakang kepala,  seorang buat muka seorang lagi hanya pandang akan pemergiam dua orang itu menjauh dari situ.

           "Lepaskan la! Kenapa dengan awak ni! "Norah pukul-pukul tamgan Greyson semasa palingkan kepala ke sisi dan pada masa yang sama dia jalan mengundur.

Greyson buat muka bersahajanya semasa pandang ke depan.

             "Kau tahu pasang telinga akan perbualan orang lain tu adalah satu kesalahan... "katanya sambil tu.

Norah berdecit menyampah.

              "Memangnya salah siapa buat confession dekat dalam library... Bukan saya saja ke situ... "jelasnya yang hampir hendak tersandung, tetpai cengkaman Greyson menyelamatkan dia.

             "Dia yang datang masa aku cuba cari kau...sekarang beritahu aku.. Berapa banyak yang kau dah dengar dari perbualan kita orang?"Greyson tarik Norah ke arah pintu keluar kecemasan.

Terbuka saja pintu itu mereka tiba di depan deretan anak tangga.

Tanpa amaran Greyson tarik Norah bersama lalu tolak badan itu ke dinding sebelah pintu dengan kasar.

Berkedip-kedip mata Norah ketika itu.  Dia angkat kedua-dua tangan ke depan kerana takut diapa-apakan. Kalau dia kena tampar sempat la sia hadang nanti.

           "Sumpah! Saya tak dengar apa-apa!"tipu Norah dengan laju-laju. Dia bawa lengan ke depan muka sewaktu dia pejam mata. Nak dimarah Ke? Ke di maki? Bukannya dia saja-saja dengar pengkuan Sana! Ianya cuma kebetulan je!

Bila keadaan jadi senyap dan tiada apa-apa yang berlaku,  Norah hairan. Dia pun membuka matanya dan perlahan-lahan menurunkan tangannya ke bawah.

Sesaat ketika mata mereka bertentangan, baru la Norah perasan yang Greyson sedang berdiri di hadapannya dengan tangan kanan di tepi kepalanya,  sebelah tangan mencekak pinggang. Kepala itu terlentok sedikit semasa tunduk memandangnya.

            "Tipu.. "sengih Greyson dengan meleret semasa menatap wajah Norah.

Norah kaku di situ sekali lagi. Dia jadi kelu lepas terpandang akan mata Greyson. Seakan di pukau melalui renungan tersebut.

Perlahan-lahan Greyson sondongkan kepalanya dan dekatkan wajah dia ke muka Norah.

            "Kau dah dengar semuanya kan? Dari awal sampai la kata-kata terakhir aku pada Sana?"bisiknya dengan menggoda.

32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang