Bab : 50

681 83 3
                                        

Detik demi detik, dia tunggu dengan sabar dan dada berdebar resah. Hujung jari jemarinya yang dinging di ramas-ramas perlahan hendak lancarkan aliran darah. Acap kali hela nafas lepas di bibirnya untuk hilangkan rasa gugup yang bersesak dalam dadanya ketika itu.

Sendirian di sebuah bangku, duduknya Greyson di hujung bangku itu menghadap pemandangan laman berumput yang kosong tiada pelajarnya kerana kebanyakannya mereka sudah pun balik ke bilik masing-masing atau keluar dari kawasan kolej.

Sudah masuk 15 minit dia tunggu di bangku itu menanti kehadiran Norah. Tetapi kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Malah mesej dan callnya juga tidak berbalas. Semakin frust dia memikirkan semua hal ini semula. Dia pandang ke depannya.

Sejak semalam lagi dia tidak melihat bayang ibubapa dan kakaknya. Bayang hantu mereka turut tidak kelihatan lagi kerana dalam fikiran dia hanya mempunyai Norah sahaja. Tidak lagi akan keluarganya.

Tergerak mahu cuba menghubungi Norah semula, dengan kesal Greyson keluarkan telefon dari poket jaket varsity yang dipakainya. Tetapi tidak sempat apabila orang itu dengan tiba-tiba muncul lalu duduk di hujung bangku satu lagi. Meninggalkan jarak antara mereka.

Bersama air muka dingin, Norah pandang ke depan tanpa berkata apa-apa sambil mengambil tempat di situ.

          Greyson terdiam semasa memalingkan mukanya ke Norah. Dia tenung tepi muka itu dengan dalam. Dia tertanya-tanya apa dia patut lakukan sekarang ni.

           "Norah...look at me.."

Norah tak pandang.

           "I said look at me!"

             Dengusan kasar pun keluar darinya semasa Norah palingkan kepala. "What?"sentapnya.

             Greyson pandang Norah dengan kening mencerlung. "Salah aku ke sekarang ni?Kau tak boleh marahkan aku sedangkan aku dah beritahu kau yang aku pilih kau dari family aku..!Aku pilih nak bersama dengan kau...tapi kau malah marahkan aku?" soalnya dengan berang.

Kening Norah mencerlung.

           "Ada saya cakap ke ini salah awak?Ada saya suruh awak pilih saya dari family awak??Ada saya suruh?" lawan Norah dengan geram. "Tak ada kan...yang awak nak naik angin tu kenapa? Bukannya saya yang jodohkan awak dengan Sana...parents awak berdua juga kan!"

Greyson gerak mahu menganjak ke Norah,

           "Stop!Jangan dekati saya!"arah Norah serta merta sambil aju tangan ke depan beri amaran.

           "Habis tu kenapa kau buat perangai macam aku yang bersalah dalam hal ni?Kau tahu tak aku sendiri susah hati dengan semua ni!Tak boleh ke kau faham aku dan bagi aku peluang?" Greyson tidak menghiraukan kata-kata Norah malah dia dekati gadis itu dan duduk rapat di sampingnya.

Menahan nafas terkejut Norah dibuatnya. Dia pandang akan badan Greyson dengan perasaan berdebarnya. Sungguh!Dia mahu peluk tubuh di depannya ini. Rasa teringinnya yang membuak dalam dada sudah mahu meledak sekiranya dia tahan perasaan ini lama-lama.

           "Norah....aku sayangkan kau..aku nakkan kau...izinkan aku Bersama dengan kau...please.." minta Greyson yang mencapai tangan Norah lalu di genggam erat.

Bersama perasaan sebu mahu menangisnya, Norah pandang tidak berkedip dari mata Greyson. Serius dia pun mahukan Greyson juga. Tapi jurang dan perbezaan mereka berdua telah buatkan mereka berdua tidak dapat bersama. Lagipun dia tidak mahu menjadi gadis yang pecah belahkan keluarga dan kebahagiaan orang lain.

            "Saya tahu Greyson..."lafaz Norah dengan lemah. "Saya pun mahukan awak."katanya sambil tekup tepi pipi itu dengan tangan sebelah lagi. Mahu saja dia kucup pipi itu bertalu-talu sehingga puas.

          "Kalau macam tu apa masalahnya?" soal Greyson dengan kening berkerut.

          "Masalahnya, kalau awak pilih saya...awak akan hidup dengan perasaan serba salah terhadap ibubapa yang awak tinggalkan...ingatlah..mereka yang ambil awak sebagai anak mereka. jadikan awak seperti darah daging mereka sendiri...mungkin...jodoh kita setakat di sini saja...jadi terima la dengan berlapang dada. Siapa tahu Sana adalah pasangan yang sebenar-benarnya untuk awak.." pujuk Norah dengan lemah lembut.

              Greyson pegang tangan yang ada di pipinya lalu di bawa ke depan bibir sebelum di kucup dengan sebak. Dia tahu...dan dia sedia maklum mengenai hal tu. Masalahnya dia tak nak berpisah. "Maafkan aku Norah....kalau aku pentingkan diri sendiri." ucapnya.

Lalu Norah tersenyum nipis.

         "It okay...lumrah seorang manusia...yang ada nafsu dan keinginan mereka sendiri. Kita tak boleh nak bendung ia dari muncul.Apa yang kita boleh buat adalah kawal sebaiknya supaya tak jejaskan orang sekeliling."katanya.

Sambil menundukkan kepala ke bawah, Greyson lepaskan tangan Norah sebelum lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Norah.

            "Aku tak nak jauh dari kau...." luahnya dengan lemah tiada semangat. Kepalanya disembam ke ceruk leher itu.

           .."Terima kasih untuk semuanya Greyson..." ucap Norah di dalam hati semasa rehatkan tepi mukanya ke telinga Greyson apabila denyutan sakit seperti direntap-rentap mulai dirasai dalam kepalanya.

Rasa sakit itu tidak dapat di gambarkan olehnya.

Apa yang dia boleh buat adalah tahan sebaik mungkin!

           "Mengenali awak adalah satu anugerah buat saya.."ucap Norah dengan susah payah supaya tidak kedengaran seperti dalam kesakitan.

Greyson tak cakap apa-apa.Dia hanya diam memeluk badan Norah seeratnya. Kalau boleh dia tak nak lepaskan tubuh itu!Malah dia berharap masa berhenti pada saat ini buat selamanya!

















ps/ hah?Amacam?Robek tak mata tu?Hahah?Ke biasye2 je?Hihihi!Jangan risau..cerita ni masih Panjang lagi...belum sampai ke penghujungnya...jangan give up okay..teruskan membaca walaupun dah bosan

So esok mula sekolah. Doakan ya supaya semua urusan sy di permudahkan dan di beri perlindungan...berdebar pulak rasa.

Okay la.

Tiga chapter je dulu malam ni.

32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang