"Jom keluar tengok wayang hujung minggu ni.."ajak Greyson semasa memandang skrin telefon bermain game online MLnya.
Norah yang duduk melunjur atas katil sedang menaip tugasan menggunakan laptopnya balas tanpa memandang ke lelaki itu.
"Saya kena balik ke rumah maksu saya.."jawabnya.
Greyson yang sedang baring di atas kaki Norah turunkan kaki dari atas lutut semasa mengiring menghadap gadis itu.
"Kenapa?Sesuatu berlaku ke?kau nak ke mana-mana dengan dia orang?Boleh aku ikut kau sekali?Nak aku hantarkan kau ke?"tanya dia bertubi-tubi.
Ketikan keyboard kedengaran semasa Norah menaip dengan laju pada masa mata itu memandang tulisan di helaian kertas di atas bantal sebelahnya.
"Awak tak ada family yang hendak di jenguk ke hujung minggu ni?"tanya dia dengan bersahaja. Sama sekali tiada niat hendak kecilkan hati Greyson atau buatkan lelaki itu terasa.
Greyson berdengus mengejek.Dia bangun dari situ sebelum merangkak mendekati Norah.Sampai saja depan Norah, laptop atas riba Norah di letakkan ke tepi tanpa amaran.
Dalam keadaan tangan kaku seperti mahu menaip, Norah hanya perhatikan Greyson letakkan laptopnya ke tepi sebelum gerak memeluk sekeliling pinggangnya dan sandar pada dadanya. Badan Panjang lelaki itu berada di atas kakinya.
"Sebab aku tak ada family la aku selalu menginding dengan kau macam lintah macam ni.."luah Greyson dengan mata terpejam. Dia lingkar sekeliling tangan ke pinggang Norah erat-erat.
Disebabkan nasib dia dengan Norah sama, ianya buatkan dia terikat lebih erat terhadap Norah di bandingkan dengan orang lain.Dia yakin, Norah pun tanggung perasaan yang sama seperti yang dia rasakan.
Sunyi dan bersendirian.
Menyedari yang dia tersalah cakap, Norah pandang kepala Greyson dengan renungan serba salah. Tangannya yang kaku tadi perlahan-lahan di jatuhkan ke badan Greyson.
Lupa pulak dia!
Haish! Mulut ni pun satu! Norah pukul mulutnya sendiri diam-diam.
"Jangan la pergi...kalau kau pergi aku sendiri...Chester ada dinner dengan family dia, geng ragbi aku ada pelan dengan girlfriend dan family masing-masing.keberadaan parents aku pun tak tahu..."minta Greyson..
Hela nafas panjang lepas dari bibir Norah. Dia sandarkan badan ke belakang headrest katil lalu termenung memandang ke hujung katil sewaktu tangannya tanpa sedar menepuk-nepuk Greyson.
"Kalau macam tu, saya boleh ajak awak ikut saya sekali, tapi dengan syarat, awak kena beritahu saya tentang tiga hantu yang selalu mendamping awak tu?"mintanya.
Mendengar permintaan itu, mata Greyson terbuka perlahan. Dia termenung memandang ke sisi katil dimana terdapatnya bingkai gambar keluarga Norah dan jam digital yang menunjukkan waktu masuk 9 malam.
Norah menjungkit kening semasa tunduk mencari wajah itu "Hm?Tak nak share dekat saya ke?"
Greyson pula yang melepaskan keluhan. "Kalau aku beritahu kau, kau akan terus berkawan dengan aku?"soalnya dengan lemah.Tiada semangat sebab dia perlu dedahkan siapa dirinya sebenar dan apa kaitan tiga hantu yang selalu bersama dengan dia.
Norah yang sudah tahu hal sebenar itu sikit pun tidak tergugat. Malah dia faham akan keadaan Greyson.
"Awak tak cerita lagi...mana awak tahu?" soalnya. Kaya atau miskin, kacak atau tidak. Semuanya itu tidak akan bawa sebarang perbezaan. Apa yang penting hati dan niat seseorang tu paling penting.
Greyson pejam matanya semula lalu mencengkam kain baju Norah di belakang pinggang itu. Mahu tak mahu dia kena jugak beritahu Norah.
Maka Norah dengar la kisah sama yang dia dengar dari Sana tempoh hari. mengenai Greyson merupakan anak angkat dan kematian ibubapa sewaktu usia masih kecil. mendengar sendiri kisah itu dari mulut Greyson buatkan dia lega. Sebab Greyson sudah jujur pada dia dan kongsikan semua kisah silam lelaki itu kepadanya. Yang mana buatkan dia semakin menghargai Greyson.
Selepas selesai berkata, Greyson diam menanti reaksi Norah. ternanti-nanti apakah yang gadis itu akan katakan kepadannya lepas tahu yang dia ini hanyalah anak pungut yang kematian ibubapa serta kakaknya dengan tragis. Dan dia bukan sesiapa kalau bukan kerana ibubapa angkatnya?Adakah Norah dapat terima dia sebagai lelaki dari latar belakang keluarga kebiasaan?
Seketika kemudian....
"So?"tanya Greyson bila Norah tak cakap apa-apa. Kepalanya di jauhkan dari dada Norah untuk dongak sedikit memandang muka itu.
Norah yang dengar ikut tunduk memandang Greyson. Dia tersenyum senang sebelum sandarkan pipinya ke dahi Greyson.
"Awak seorang lelaki yang kuat...bukan semua orang boleh bangun dan bina hidup mereka semula lepas semua itu terjadi...kita senasib..jadi saya faham perasaan awak...apapun yang berlaku semasa roh saya merayau, saya berterima kasih pada dia sebab temukan saya dengan awak.." ucapnya dengan ikhlas sambil peluk kepala Greyson. Tiada apa-apa lagi yang dia perlukan kecuali mempunyai Greyson di sisinya.
Tersengih suka Greyson lepas dengar, Dia malah eratkan lagi pelukannya dan merehatkan kepalanya ke ceruk leher Norah."Kau tak kisah ke kalau aku bukan sesiapa lagi suatu hari nanti?"
"Mesti la saya kisah...awak kena la jadi someone...tanpa bantuan sesiapa tapi atas usaha awak sendiri.."seloroh Norah.
Hampir hendak kena heart attack Greyson masa dengar. Dia ingatkan Norah tak nak terima dia kalau dia miskin. Rupanya lain yang dikatakan.
"Sure...aku akan study betul-betul dan dapatkan sijil kemudian jadi someone untuk kau.."
Norah yang dengar hampir hendak menangis. tersentuh sendiri mendengari confession Greyson. Tapi dia takut nak janji apa-apa pada Greyson.
Yalah..siapa tahu akan berlaku di masa depan nanti?Apa-apa boleh jadi!
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...