"Make sure kamu call aunty..okay?"
"Ingat tekan satu ianya akan dihubung terus ke maksu kamu, tekan dua untuk dihubung terus ke paksu..kalau ada apa-apa kamu hanya perlu tekan nombor ini"
"Lagi satu, please..okay..please pilih kawan dengan baik..."
Satu lagi pelukan hinggap di badan Norah buat sekian kalinya. Dia tidak boleh hitung lagi pelukan yang diberikan kepadanya sejak dari sebelum bertolak sehingga la tiba di sini.
"I'm be fine...jangan la risau sangat.."belakang badan maksunya di tepuk perlahan.
"Oh honey...thank you sebab kamu pilih untuk move on...kami benar-benar gembira mengenainya.."ucap paksunya sebelum peluk mereka berdua sekaligus.
Norah yang dengar ketawa. Dia pejam mata dengan senyuman lebar di bibir. Berasa lucu dengan sikap overprotective pakcik dan makciknya terhadap diri dia. Dia faham kenapa mereka bersikap begini. Dan dia tidak kisah pun mengenainya. Malah dia berterima kasih kerana pasangan ini tidak pernah memberi kasih yang berbelah bahagi terhadap dirinya.
"Norah dah lewat ni..kelas pertama sudahpun bermula.."pintanya sambil menepuk perlahan lengan paksunya lembut-lembut.
Maksu Norah lepaskan pelukan itu. Dia berikan kucupan terakhir di tepi pipi lembut anak saudaranya dengan kasih. Rasa sebak mula menjalar ke dalam dadanya. Dia rasa gembira dan sedih pada masa yang sama. Gembira sebab anak saudaranya akhirnya dapat jalani hidup dengan normal selepas ini. Sedih kerana ibubapa Norah tidak dapat melihat anak mereka membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan tabah.
"Terima kasih untuk segalanya...bye!"pamit Norah apabila pelukan mereka terlerai. Dia pandang akan wajah dua insan yang telah menjaganya selama 4 tahun ini Bersama senyuman lebar di bibir. Buat pertama kalinya dia dapat jejak kaki keluar selepas bertahun lama terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.
"Bye pumpkins!"lambai paksu Norah sambil merangkul bahu isterinya dengan tangan sebelah lagi.
Tanpa berlengah Norah pun berpaling ke arah pintu masuk fakultinya. Ramai pelajar-pelajar sedang berlegar di sekitar kawasan laman depan pintu masuk tersebut. Semakin berkobar-kobar semangat di dada dia lepas tengok semua wajah ceria pelajar di situ. Namun sewaktu dia melewati kumpulan pelajar perempuan di depan laluannya, deruman enjin kenderaan yang kuat menyentak sedarnya.
Ketika itu la pelajar-pelajar di situ mula berpaling, mereka fokuskan ke arah kereta mewah yang bergerak masuk ke kawasan parkir satu persatu. Dan setelah ia siap terparkir, maka yang memandu kenderaan pun keluar seorang demi seorang.
Enam lelaki berjalan dalam kumpulan menyusuri laluan pejalan kaki itu dengan seragam. Menjadikan kehadiran mereka itu tarikan Utama para pelajar di situ termasuk Norah sendiri.
Seakan terpana sendiri, Norah berdiri tegak di situ memandang lelaki paling hadapan di antara lima lelaki di situ. Seseorang yang mengenakan jaket di bahagian luar dan hoodie di bahagian dalam. Lelaki itu jalan dengan pandangan mata tunduk memandang ke lantai sehingga la melewati tempat dia sedang berdiri.
Seakan sudah biasa dengan perhatian yang diberikan kumpulan enam orang lelaki itu jalan dengan wajah dingin dan postur berlagak masing-masing. Mungkin bangga kerana jadi perhatian semua di situ. Tetapi tidak orang yang berada di depan sekali.
Norah perhatikan pergerakkan kumpulan itu sehinggala mereka hilang di muka pintu bangunan tersebut. Dia pandang tidak berkedip buat seketika. Entah kenapa hatinya terdetik apabila melihat lelaki berhoodie yang dipandangnya tadi. Sesuatu beritahu dia ada yang buatkan dia tertarik untuk pandang lelaki tadi.
Tanpa berlengah, Norah gerak ke arah pintu masuk yang sama dan gerak ke bilik kuliah pertamanya pada pagi itu di hari pertamanya. Akhirnya dapat juga dia sambung belajar. Disebabkan dia telah banyak ketinggalan dan telah hilang peluang. Maka kolej swasta saja jadi pilihan terakhirnya. Maka dengan menggunakan hasil tabungan milik mendiang ayah dan ibunya dia dapat apply masuk ke sini. Dengan ini takkan dia sia-siakan peluang yang telah diberikan kepadanya. Akan dia usahakan sebaik mungkin untuk tamat belajar di sini dan jadi orang yang berjaya.
Kertas yang ada di tangan di teliti. Ingin pastikan dia menuju ke tempat yang sepatutnya. Norah kemudiannya atur langkah ke arah anak tangga untuk naik beberapa tingkat sebelum berhenti di sebuah koridor yang sudahpun lengang. Apabila dia tiba, senyuman lebar terus terukir. Daun pintu yang tertutup rapat di depannya itu di tolak perlahan ke dalam.
Tolak saja pintu itu, kaki kanan masuk terlebih dahulu sebelum dia berdiri di tepi podium kecil bilik kuliah tersebut. Seorang pensyarah wanita berdiri di situ memandang ke arah Norah seperti possum jumpa pisang. Mata pensyarah itu berkedip-kedip beberapa kali sebelum dia gerak mencekak pinggang memandang judging ke Norah.
"Yes?May I help you student?"soal pensyarah itu.
Semua penuntut yang ada di dalam ruangan itu palingkan kepala ke arah gadis berambut pendek dan mengenakan beg galas di belakang yang asing buat pandangan mereka di situ. Pertama kali mereka lihat akan kehadiran pelajar itu.
"Hai...selamat pagi. Nama saya Norah Grace. Saya adalah pelajar baru di dalam kelas ini."sapa Norah yang jalan mendekati pensyarah itu lalu hulur tangan mahu berjabat.
Pensyarah itu taken aback dengan tindakan Norah. Dia mahu tidak mahu terpaksa balas huluran itu lalu berjabat tangan.
"Panggil saya Madam Sophie..saya adalah pengajar kelas ini...rasanya saya telah diberi makluman mengenai kehadiran kamu.."
Norah goncang jabatan tangan itu dua kali lalu tarik tangannya semula.
"Maaf kerana lewat. Pakcik dan makcik saya enggan lepaskan saya.." beritahunya dengan senyuman mesra.
Madam Sophie berdengus kecil. Dia kemudiannya tersenyum senang kerana ikut suka bila Norah senyum kepadanya.
"Tidak mengapa. Kalau begitu mari kenalkan diri kamu kepada rakan sekelas kamu yang lain.." tangannya di aju ke depan pelajar-pelajar di situ.
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...