"Psst!"
"Heii... "Kepala Norah tersentak. Dia angkat kepala dari mencatatnya.
"Hai...kau Norah kan?"tegur seseorang di hadapannya dengan tiba-tiba. Buatkan Norah terpaksa larikan pandangannya sebentar dari Madam Sophie.
"Hai...dan kau?"balas Norah dengan perlahan.
"Sana...ini Naylie...selamat datang.." gadis berambut kerinting paras bahu itu hulur tangan ingin berjabat.
Tanpa berlengah Norah sambut tangan itu dengan senyuman di bibir. "Selamat berkenalan.."bisiknya perlahan-lahan.
Naylie, gadis berambut panjang paras dada lirik Norah dengan minat. "Jadi la kawan kita orang kalau sudi." ajunya.
"Sure. Why not. Terima kasih.." angguk Norah dengan perlahan.
Lalu dua orang itu pun kembali memandang ke depan. Fokus pada sesi syarahan madam Sophie. Dekat sejam kemudian kelas itu berakhir. Pelajar-pelajar mula bergerak bangun dari situ untuk bubar. Ada yang gerak ke Madam Sophie menghantar tugasan. Ada juga pelajar masih duduk berlengah di kerusi. Ada yang sudah tergesa-gesa turun tangga dari situ untuk ke pintu keluar.
"Hei..Norah..kelas Seterus kau apa?Mungkin kita akan sekelas. Boleh la gerak sama nanti."tanya Sana apabila dia dan Naylie sudah sedia hendak gerak keluar.
Norah yang masih menyimpan pen dalam pencil case tersentak. Dia pandang ke Sana dengan kekok. "Admisstration and Management..." jawabnya.
"Oh ya ke...kalau macam kita mari la..kami pun ada kelas yang sama." ajak Naylie pula.
"Okay..."angguk Norah kerana berasa senang sebab dia dapat temui kawan baru tanpa susahkan dirinya untuk kenalkan diri dan dekati orang lain.
Namun Norah yang masih kekok dan janggal itu lambat-lambat packing barang ke dalam beg galasnya. Apabila dia telah selesai, langkahnya terhenti apabila pelajar lelaki berhoodie yang dia nampak di laluan masuk tadi sedang mendekatinya dan berdiri di depan dia dengan mengejut.
Agak takut dan gemuruh dengan kehadiran lelaki lampai itu, Norah hanya berdiri kaku memandang lelaki tersebut.Takut dan tertunggu-tunggu. Itulah perasaan yang dirasai Norah. Tangannya erat mencengkam tali beg galas yang ada di bahu.
Here goes for nothing.
Greyson tunduk memandang Norah. Tidak menghiraukan dua hantu yang berdiri di belakang gadis itu.
"Berikan aku nombor phone kau.." serahnya telefon skrin sentuhnya ke depan Norah.
Kening Norah terangkat. Matanya tunduk memandang telefon di depannya sebelum ke lelaki di depannya.
Ingat dia ni apa?Suka-suka je mintak nombor.
"Sorry...saya tak kongsi maklumat peribadi pada orang yang tidak di kenali."tolaknya dengan nada tiada minat.
"Hah!Apa dia!? Berani kau tolak permintaan Greyson?"sampuk Chester tiba-tiba dari belakang sewaktu sandarkan lengan di atas bahu sepupunya. Dia menarik sengih meleretnya sewaktu lihat wajah Norah.
Perhatian Norah beralih pada Chester. Dia berkerut tidak suka. Hak-alah mamat ni...menyampuk la pulak!
"Memangnya siapa awak berdua ni?"soalnya. "Saya kenal ke? Takkan?" balasnya dengan jengkel. Makin rimas dia dibuat dua orang ini. Sudah la pelik...makin pelik dia perhatikan adalah!Ingat handsome dia akan hairan ke?Tolong la!"Ke tepi!Saya ada kelas lain ke pergi!"Greyson maju satu langkah di depan Norah dengan mengejut.
"Nama aku Greyson Blake...panggil aku Greyson.."ajunya yang masih menyerahkan telefonnya ke Norah. "Sebab kita tak kenal la aku nak kenal dengan kau..."dia pandang dalam-dalam ke wajah polos Norah. Nampaknya Norah benar-benar tidak mengingati dirinya siapa.
Telefon itu di tepis Norah. "Saya tak berminat. Excuse me!"dia tolak tepi lengan Greyson dan jalan melewati Chester begitu sahaja dan menjauh dari dua lelaki itu.
Langkahnya di atur lekas ke arah pintu. Apabila dia keluar dari situ, Sana dan Naylie sedang menunggu dirinya di depan bilik kuliah itu.
"Dah kenapa tadi tu?"tanya Naylie yang perasan apa yang berlaku di dalam tadi.
"Huh?"Norah pandang bingung ke Naylie. "Apa yang kenapa?"tanya dia.
"Greyson...dia mintak nombor phone kau ke?"reaksi wajah Sana berubah sedikit dari mesra kepada tidak selesa.
Norah menjungkit bahu. "Dia ada mintak..tapi aku tak beri...memangnya kenapa?"
Naylie ketawa. Dia rangkul lengan Norah dan bawa Norah pergi dari situ sebelum Greyson dan Chester berjalan keluar dari situ.
Tepat pada masa tiga orang gadis itu berlalu pergi. Greyson dan Chester tiba di depan pintu keluar tersebut. Mereka berdua perhatikan langkah tiga orang gadis itu sekejap sebelum bergerak ke arah bertentangan.
Naylie tersengih, dia pandang muka Norah dengan kening terangkat sebelah.
"Well...kalau kau nak tahu, Greyson Blake adalah pelajar lelaki popular dalam fakulti ni...dia juga adalah pelajar lelaki paling berpengaruh dalam kolej ni. Mana-mana gadis yang belajar di sini pernah ada scandal dengan dia..."ceritanya. "Pendek ceritanya, dia adalah 'trouble bomb'. Kau libatkan diri dengan dia, masalah akan datang cari kau..."
Mendengar hal itu, Norah pandang ngeri ke Naylie. Berasa tidak sedap. Entah kenapa dia agak terkilan mengetahuinya.
"And tak lupa jugak... Ada gosip mengatakan Greyson ni gila...suka bercakap sendiri... Sama ada betul atau tidak masih tak sure..."tambah Naylie.
Sana melepaskan hela nafas panjang. Dia seluk tangan dalam poket jaket yang terpasang di badannya. Dia pandang ke depan.
"Aku tak kisah kalau dia gila atau bukan...aku suka dia.."nyatanya. Mahu dua orang gadis di sebelahnya itu yang dia ada perasaan pada lelaki tu.
Naylie berdecit menyampah.
"Nasihat sebagai kawan untuk Budak baru macam kau...jauhkan je la diri kau okay...dia dah repeat subjek untuk tahun ketiganya kau tahu..." pesan Naylie dengan ikhlas. "Nak berjaya dekat sini...stay out trouble okay my friend?"
Norah pandang Naylie dengan muka tidak pasti tetapi tetap mengangguk. Dia bukan budak kecil yag tak tahu apa-apa. Sah-sah la dia akan jauhkan diri dari Greyson lepas tahu siapa lelaki tu.
"Oh ya...kau duduk dekat asrama ke?"tanya Sana yang teringat sesuatu."Atau rumah sewa?"
"Dorm persendirian."jawab Norah semasa palingkan kepala ke Sana.
"Oh ya?Bilik nombor berapa? Boleh la kita orang datang melepak nanti bila free.."sampuk Naylie dengan teruja sewaktu mereka bertiga jalan beriringan merentasi koridor mahu ke bilik kuliah seterusnya.
"Boleh je.."jawab Norah.
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...