Beberapa hari kemudian...
Segalanya berjalan seperti biasa. Tiada sesiapa pun mencurigai akan hubungan Norah dan Greyson kerana mereka berdua merahsiakannya.
Kecuali Sana.
Dia yang selalu perhatikan Greyson boleh nampak dengan jelas apa yamg berlaku di antara dua orang tersebut.
Oleh kerana penilaian pertengahan semakin hampir, Sana ambil keputusan untuk fokus pada assigent dan ulang kajinya kerana perlu fokus pada study dan pointernya.
Begitu juga la dengan Naylie dan Norah sendiri. Mereka masing-masing struggle bagai nak apa.
Tapi tidak Greyson. Oleh kerana lelaki itu telah dikurniakan otak yang geliga sejak lahir lahir, langsung tiada masalah dalam hal menjawab kuiz atau menyelesaiakan tugasan berkumpulan.
Kerana apa?
Kerana lelaki itu telah mendapat rehat dan tidur secukupnya. Dan semua itu atas bantuan Norah yang kadang-kadang benarkan Greyson selinap masuk ke dorm untuk dia tidur di situ. Atau Norah yang masuk ke bangunan dorm lelaki Greyson menginap.
Walaupun niat sebenarnya mahu berpelukan dengan Norah sepanjang malam itu, Norah tetapkan peraturan untuk berpegang tangan saja syaratnya.
Mahu tak mahu Greyson turutkannya. Dan sejak itulah kehidupan Greyson kembali normal. Tidak bertemu dengan hantu setiap malam atau diganggu dengan roh jahat yang mahu merasuk ke dalam badannya.
Tapi gangguan tu adalah tapi sikit-sikit. Contohnya ketika Greyson manid atau duduk sendirian di bilik tanpa Norah bersamanya. Tetapi bila Norah bersama dengannya dan mereka saling berpegangan tangan, hantu-hantu tidak kelihatan ataupun mereka berdua di ganggu.
Ya... Hampir keseluruhannya normal.. Sehingga la
Sprang!
Dengan sendiri pasu bunga yang berada di atas rak buku terjatuh ke lantai hingga meninggalkan sisa serpihan dan air di lantai.
Bunyi tersebut telah menyebabkan Norah yang berada dalam bilik air keluar dalam keadaan tergesa-gesa.
Bersama tuala di rambut yang basah Norah kerling ke sekeliling biliknya sebelum nampak akan pasu dan bunga yang bersepah di atas lantai itu.
"What the hell? " lafaznya dengan terkejut semasa dekati depan rak bukunya. Memandangkan dia berselipar dalam tanpa rasa was-was dia tunduk mengutip serpihan kaca dari lantai. Setelah itu sisa itu dibuang ke dalam tong sampah di bawah meja belajarnya.
Tisu yang ada di atas meja belajar kemudian di capai. Lantai yang basah dengan dengan air tadi dilap dengan kering.
Bila dia selesai, Norah berdiri tegak semula dari lantai dan mahu masuk ke bilik air untuk sambung mencuci rambutnya.
Namun disaat Norah berpaling matanya ternampak kelibat hitam berdiri di depannya sebelum belakang badannya bersandar kuat pada rak buku di situ.
"Ahh!"aduh Norah dengan mata terpejam kerana hentakan itu.
Kelibat hitam dekati Norah sebelum satu tangan muncul dan mencekik leher itu.
"Perempuan tak guna!"gumam suara hantu lelaki itu sambil mencekik leher Norah.
Kebingungan dan dalam keadaan sakit, Norah sedaya upaya mengangkat mata untuk lihat apa yang sedang terjadi.
What the heck!
Dah apahal pulak ni!
Hantu mana nak cari pasal dengan dia!?
Terbuka saja matanya, Norah melihat wajah hantu lelaki berwarna hitam dan bermata merah berada dekat dengannya.
"Kau yang tendang aku dari badan tu.." lafaz hantu itu dengan marah. "Kalau nak terus hidup! Jauhkan diri kau dari dia!"cengkaman pada leher Norah dieratkan.
Kening Norah berkerut-kerut menahan sakit. Dia angkat tangannya memegang tangan hantu beraura jahat itu. Cuba menurunkannya dari leher dia. Tapi tangannya tidak dapat menyentuh sama sekali tangan itu. Ianya ibarat seperti cuba menyentuh cahaya.
"Apa yang awak mahukan dari Greyson??" tanya Norah dengan susah payah kerana tidak dapat bernafas.
"Aku perlu balas dendam...dan hanya badan dia saja yang ada 'jalan' untuk aku duduk di dalamnya... Sebab itu... Dan kau... Aku tahu kau ada 'jalan' yang sama...jadi sebelum aku rasuk badan kau dan bunuh kau... Jauhkan diri kau dari dia! "
Semakin lama semakin kemerahan wajah Norah kerana tidak dapat bernafas. Paru-parunya mula bergelut mahukan udara.
"Tak! Roh yang dah mati bukan manusia tempat tinggalnya...!"lafaz Norah dengan suara tersekat-sekat.
Pada masa itu la hantu ibu dan ayah Norah muncul di sisi kanan dan kiri Norah. Hantu ibu dan ayah Norah tolak hantu lelaki jahat tadi hingga buatkan ia tercampak di udara sebelum lenyap.
Jatuh terduduk Norah sejurus itu. Dia pegang lehernya yang sakit dengan dada naik turun kencang. Cuba mencari udara untuk di isi ke dalam paru-parunya.
"Apa tadi tu?"tanya Norah dengan sendiri semasa dongak memandang ke atas dimana hantu ibu dan ayahnya sedang tunduk memandang dirinya. Berdenyut-denyut pedih leher dia ketika ini.
Bapak ah!
Kuat betul hantu tu tadi!?
Seperti biasa kedua-dua hantu itu tidak bersuara. Hanya memandang Norah dengan muka kaku tanpa ekspresi dan mulut terkatup rapat.
"Dasar lelaki menyusahkan... Aku dah agak hal akan jadi rumit macam ni!"
Dalam keadaan terketar-ketar takut, Norah bangunkan dirinya dari situ sambil memegang rak di belakangnya itu. Keningnya berkerut tajam.
Masalah apa pulak yang Greyson dah libatkan diri dengan? Kenapa lelaki tu banyak hantunya? Siapa hantu-hantu tu? Kenapa mereka dampingi Greyson dan apa puncanya Greyson boleh terikat dengan semua hantu-hantu ni?
Persoalan demi persoalan muncul di benak kecil Norah.
Bila Norah terpandang akan wajah tidak bernyawa hantu ibu dan ayahnya disitu, satu fikiran terlintas serta merta.
Imej hantu lelaki menakutkan tadi terimbas dalam kepalanya. Teringat akan setiap inci wajah itu, Norah bergegas ke meja belajarnya. Menarik sehelai kertas dan pensel dari bekas alat tulisnya dan duduk di kerusi.
Dia perlu lukis hantu itu sebagai rekodnya.
Kata hantu itu tadi dia mahu membalas dendam. Adalah itu roh tidak tenteram?
Dengan tekun Norah lakar wajah hantu tadi. Dengan cari ini dia boleh tunjuk pada Greyson dan tanya lelaki itu kenapa hantu jahat itu mahukan Greyson!
Dekat 20 minit melukis sambil ditemani hantu ibu dan ayahnya di bilik itu, akhirnya Norah berjaya melakar satu wajah lelaki yang jelas. Sepasang mata dengan renungan tajam, kening sabut, hidung mancung, wajah bujur, rambut lebar menutupi dahi dan mempunyai bibir yang nipis.
Berdengus tak percaya dia dibuatnya. Kagum sekejap masa tengok gambar hantu yang dia lukis tadi. Seram tu seram, tapi boleh tahan jugak rupa untuk seekor hantu ni!
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...