Bab : 10

798 94 1
                                        

Masanya hampir tiba.

Hanya seminit sahaja lagi tinggal sebelum jam masuk 3 petang. Waktu tamatnya kelas terakhir pada hari ini.

Semua kertas dan catatannya yang bersepah dikumpulkan. Dia sumbat semua itu dengan sesuka hati ke dalam binder.

Apabila pensyarah selesai sampaikan kata-kata akhir bubarkan kelas pun tamat.  Norah kekal disitu kerana mahu membiarkan pelajar lain keluar terlebih dahulu. 

Tak mahu dia berasak-asak seperti kerbau keluar kandang di depan pintu itu.

Keluhan berat lepas dari bibir Norah apabila keadaan riuh dan sibuk tadi menjadi tenang. Maklumlah,  nama pun hari jumaat,  hari terakhir kuliah sebelum cuti.  Jadi tidak hairan lah kalau semua orang gembira bagai nak apa .

Akhirnya,  tiba juga hujung minggu. Dapat jugak dia pulang ke rumah maksunya.  Teringat rumah terus kecur air liur apabila teringat akan masakan maksunya. Tidak sampai dua minggu di situ dia sudah homesick.

        BAM!

Ketika Norah asyik termenung di situ.  Seseorang mengambil tempat di kerusi sebelahnya dan menghempas beg ke atas meja tersebut dengan kuat.

Melompat terkejut Norah dek bunyi itu,dia dengan bingung berkedip mata sambil memandang ke sebelahnya. Sebaik dia sedar siapakah gerangan manusia bertuah yang buatkan dia terperanjat di situ. Air muka terkejutnya terus berubah.

        What the heck! Nak penampar agaknya! Norah berkerut kening tak puas hati.

        "Hai... "sapa Greyson yang tersenyum handsome kepada Norah. Tangannya berada di belakang kerusi gadis itu. Sebelah lagi di rehatkan atas meja pula.

         Norah buat muka. Mamat ni lagi...mamat ni lagi!  Tak faham bahasa agaknya lelaki ni kalau jadi orang! "Ada apa?"tanya dia acuh tak acuh.

        "Boleh kita berbincang?"tanya Greyson dengan ramah.

Mata Norah tertancap pada sepasang mata di depannya tanpa sedar.  Berasa kagum kerana tertanya-tanya bagaimana Tuhan boleh cipta manusia dengan indah dan lengkap bersama perincian yang sempurna tetapi tidak waras.

        "Tentang apa? " keningnya terangkat sebelah kiri.

Greyson kerling ke hantu lelaki dan wanita yang berada di belakang Norah. Pasangan hantu itu memandang tepat ke dirinya. Penuh dengan amaran. Dia tak takut lagi. Sebab dia dah tahu apa yang terjadi pada Norah dan hantu pasangan suami isteri yang selama ini mengekori Norah.

Greyson buat muka senang hati.

         "Ada tawaran best  yang aku nak bagi pada kau yang bakal bagi benefit besar untuk kita... "aju Greyson.

Norah mematai Greyson yang segak mengenakan kemeja lengan panjang yang mana lengan bajunya dilipat hingga ke siku biru tua dan slack hitam. Dia cuma tertanya-tanya kenapa la lelaki ini tidak mahu berhenti dari mengangu dia. Hutang apa agaknya dia dengan lelaki ni?

          "Tak ada orang lain ke yang awak nak ganggu?Kenapa saya pulak? " soal Norah.

           Greyson anjak sedikit untuk rapat ke Norah.  "Tak ada... Sebab hanya kau je yang ada kelebihan tu... Dan aku tak nak orang lain yang boleh dapat benefit ni... "

Hati Norah mula dihentak rasa resah. Dia menjadi was-was dengan sikap Greyson.

        "Apa kejadahnya yang awak merepekkan sejak tadi ni... Cuba cakap dengan jelas? Cakap bersimpang siur macam apa...sakit otak saya dengar.... "gerutunya kerimasan.

Semakin lama, mereka berdua semakin dekat tanpa sedar. Dari tangan di atas kerusi,  kini ia naik ke bahu itu.

        "So ceritanya macam ni... Kau perlukan duit untuk bayar kos pembelajaran kau dekat sini kan? " tanya Greyson sambil tepuk bahu Norah.

Serta merta pasangan hantu tadi lenyap dari pandangan Greyson.

         Norah jarakkan sikit kepala dia bila muka Greyson terlalu dekat dengan jarak comfort zone dia. Mana lelaki ni tahu? "Apa kaitannya dengan awak? "

Hampir hendak bersorak gembira bila Greyson tengok hantu tadi hilang. Jadi teori dia yang Norah ini bertindak sebagai pendinding hantu adalah benar!

          "Mesti la ada kaitan. So apa kata.... Kau berkawan dengan aku dan aku akan support semua kos pembelajaran kau dekat sini... Nak lagi advance. Jadi girlfriend aku... Semua boleh dapat. Itu benefitnya " ajunya.

         Berasa seperti baru di tampar,  Norah bangun dengan mendadak dan tunduk memandang Greyson. Kening dia mencerun tajam. "Awak ingat saya ni apa? Terdesak sangat sampai nak buat semua tu? "

         Greyson pun ikut berdiri.  "Tak.. Dengar la dulu... Aku belum habis jelaskan ni... Ada sebabnya kenapa aku mintak kau macam tu... Kau ingat aku saja-saja ke! "

        "No! Saya tak nak!Cari orang lain!"dengan kasar Norah sandang beg ke bahunya dan gerak hendak keluar dari bilik kuliah itu.

         Greyson apa lagi,  dia cepat-cepat pegang pergelangan tangan Norah.  "Hei... Si Senget tunggu! "panggilnya.

Norah berhenti,  dia palingkan kepala semula ke belakang. Matanya terbuka luas apabila nampak tangannya di cengkam erat dengan jari jemari tu.

        "Lepaskan saya! "arahnya cuba memulas tangan agar dilepaskan.

Greyson lepaskan keluhan letih. Susah betul la nak pujuk orang perempuan ni!

          "Aku perlukan kau untuk jadi kawan aku supaya aku tak dapat tengok lagi hantu-hantu yang sering muncul depat mata aku. Aku tak mintak lebih pun... Just hanya ada dekat sisi aku je biar hantu-hantu tu lari."minta Greyson yang enggan melepaskan tangan Norah.

Semakin berkerut kening Norah. Dia tak faham dengan Greyson. Hantu? Kawan?! Jadi betulla khabar angin tu? Lelaki di depannya ini memang gila!

         "Please.... Aku betul-betul terdesak. Kalau hantu-hantu ni tak berhenti ganggu aku,  aku takut aku akan repeat semester lagi... "Greyson buat muka kasihan.

Mata Norah tunduk memandang pergelangan tangannya dengan kening berkerut. Tidak pasti jawapan apa yang dia perlu beri kepada Greyson.

          "Awak tak tipu ni? "tanya dia semasa pandang Greyson.

          Greyson mengangguk kepala dengan muka berianya. "I swear... " dia angkat tangan berikrar.

          Norah pandang curiga. Iya ke ni? Boleh percaya ke? "Awak tak cipta semua ni bukan semata nak dekati saya kan? "soal Norah lagi yang masih was-was.

Greyson mengangguk lagi.

          Haih! Norah mengeluh. Dia pandang penat ke Greyson. "Kalau saya tak nak apa yang awak akan buat? "

         Tersengih pulak Greyson mendengar soalan itu. Mesti Norah marah. "Aku akan buat kau dibuang kolej? "ajunya dengan serba salah.

APA!

BUANG KOLEJ!?

Mulut Norah terus ternganga. Dia betul-betul tergamam. Memang tak la! Sesedap rasa Gordon Ramsay je nak buat keputusan sendiri!

         "Well... Kalau awak buat jugak... Saya terjun bangunan biar mati... Dan akan hantui awak sampai awak tua! " ugutnya pula sebelum tolak tangan Greyson jatuh dari pergelangannya.

Menjengkelkan!

          Tersentak Greyson dengar kata-ata itu. "Norah jangan la macam ni!" panggilnya bila gadis itu pergi begitu je! Susah la kalau macam ni! Tak sangka pulak dia yang peribadi roh dan jasad Norah benar-benar berbeza! Roh Norah lebih mesra dan ceria. Sementara jasad Norah hanya memeningkan kepala!


32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang