Bab : 6

798 93 3
                                    

Sedang Chester sibuk berborak akan itu dan ini di depannya,  perhatian dia sama sekali tidak terarah pada sepupunya. Sejak dia nampak Norah di kafeteria bersama dengan dua orang pelajar perempuan yang lain,  fokusnya hanya buat Norah saja.

Greyson tertanya-tanya. Siapakah pasangan hantu yang ada di samping Norah ketika ini?  Jahat ke? Baik? Ke hendak di apa-apakan Norah tu? Itu la yang bermain dalam fikirannya.

       "Siapa tu? "

      "Cantik...taste kau ke Grey? "

      "What! No! Awak tak boleh ada teman wanita!"

Tiga hantu yang sama berada di kanan dan kiri Greyson. Mereka perhatikan ke arah yang sama.

       "Hei... Greyson kau dengar tak apa aku cakap!?"tanya Chester sambil menepuk permukaan meja depan sepupunya itu.

        Mata Greyson gerak memandang Chester. Keningnya terangkat sedikit. "Apa kau cakapkan tadi? "tanya dia bingung-bingung.

Chester dan rakan-rakan yang lain di meja itu berkerut kening.

      "Kau menungkan apa dari tadi? "

      "Ke kau nampak hantu lagi? "

      "Hantu? Haih... Kau orang still dengan hal tu?"

      "Ada hantu ke dekat sini? "tanya Chester yang cuak tiba-tiba. Bukannya dia percaya, tapi nak buat macam mana. Dia sendiri pernah nampak Greyson bercakap sendiri...

And paling menakutkan sekali adalah semasa beberapa tahun sebelum ni. Greyson selalu sendirian tapi lelaki ini bercakap seperti ada orang je dekat depan mata. Sedangkan tak ada sesiapapun. Tapi tak lama.. Lepas tiga tahun macam tu,  Greyson kembali pada sikap dingin tidak peduli pada orang lain.

Greyson buat muka jengkel. Dia orang ni kan.. Suka tau ejek dirinya tentang kemampuan istimewa yang dimilikinya ini. Memangnya dia suka ke dengan semua kebolehan aneh lagi menakutkan ni?

         "Kalau aku kata ada hantu... Kau orang percaya atau tuduh aku gila? " soal Greyson yang menjeling menyampah ke rakan-rakan dan sepupunya di sekeliling meja.

Mereka di situ mula pandang kanan dan kiri dengan cuak. Kawan mereka ni bukannya boleh buat gurau. Mestilah mereka percaya. Tapi pada masa yang sama mereka rasakan kawan mereka itu juga gila.

Dapat agak apa yang bermain dalam fikiran setiap seorang di situ,  Greyson menjuling mata menyampah lantas kembali memandang ke arah meja dimana Norah duduk. Namun pandang saja dia ke situ,  terlebih dahulu Naylie yang perasan. Lalu diikuti oleh Sana. Sebelum yang terakhir baru la Norah.

Taktala Greyson bertentang mata dengan Norah,  jantung melonjak senang. Tidak semena imej dimana dia luangkan masa bersama Norah bermain dalam kotak fikiran seperti filem.

Namun tidak lama. Norah berpaling semula ke hadapan. Buatkan Greyson yang berasa terkilan dengan hal itu.

        "Takkan la dia tak ingat aku langsung? Seriously? "detik hati Greyson dengan kening berkerut.

Masih berdegil menginginkan nombor phone Norah, Greyson ambil keputusan untuk bangun dari situ mendapatkan gadis itu.

       "Oh... Kau nak ke mana pulak tu? " tanya Chester selepas nampak sepupunya bangun dari situ.

Greyson tidak menghiraukan Chester. Dia gerak mengelilingi meja di situ dan berarak mendekati meja Norah.

Ketika itu juga tiga hantu yang bersama dengan Greyson dan hantu yang berdamping dengan Norah turut berada di situ.

        "Oh my gosh! Korang! " getus Sana yang kalut mengelap meja dan pada masa yang sama Norah sedang berundur ke belakang menjauhkan diri dari meja.

Tidak sempat hendak mengagak tanpa sengaja Greyson pun berlanggar dengan Norah apabila gadis itu jalan mengundur mendekatinya.

Tersentuh saja tangan Greyson pada badam Norah hantu-hantu di situ terus lenyap di depan matanya.

Buatkan kedua-dua orang itu tersentak pada masa yang sama.

Norah terkejut sebab dia terlanggar seseorang di belakang.

Sementara Greyson terpempan apabila dia melihat hantu-hantu mengerikan tadi hilang begitu sahaja sebaik dia bersentuhan dengan Norah.

         "Ma-"toleh Norah mahu memandang orang yang dilanggar.  Namun terdiam sesaat kemudian setelah menyedari orang itu adalah Greyson.

Tangan Greyson masih berada di lengan Norah ketika itu. Dia terlalu tergamam dengan keadaan yang baru saja terjadi. Dia pandang muka terkejut Norah dengan lama. Sekali pun tidak berkedip.

       "Kau tak apa-apa? "tanya Greyson dengan nada khayalnya. Seakan orang sedang dipukau.

Norah menelan air liur tanpa sedar. Matanya gerak ke lengannya yang sedang dipegang oleh Greyson. Entah kenapa hatinya terasa sesuatu melalui sentuhan kecil itu. Dia tidak terasa asing tetapi terasa jauh.

       "Maaf... Saya tak perasan. "ucap Norah pula yang perlahan-lahan gerak menurunkan tangannya dari cengkaman Greyson. Seperti enggan menjauh dari tangan itu.

Jari Greyson enggan menjauh dari lengan Norah tetapi dia longgarkan cengkaman itu sehinggalah hujung jari mereka saling bersentuhan dan menjauh sesaat kemudian.

        "Tak apa...."balas Greyson setelah sober dari penangan terkejutnya kerana Norah. Tangannya di seluk ke dalam poket jaket varsiti ragbinya.

Norah tundukkan kepala memandang kemejanya yang sudah basah dan melekit terkena minumannya tadi.

        Perasan apa yang terjadi, Greyson tanpa berlengah tanggalkan jaketnya lalu di letakkan atas bahu Norah. "Pakai la ni dulu.. "

Kepala Norah tersentak. Dia pandang Greyson semula dengan kening terangkat. Masih belum sober dari terkejutnya.

       "Te-terima kasih...."ucap Norah teragak-agak.

Mata Greyson terarah pada Sana dan Naylie yang ketika itu sedang memerhatikan dirinya. Tetapi tidak lama. Dia seluk poketnya dan keluarkan sekeping kertas mungkin resit. Pen yang ada di poket jaket varsiti dari badan Norah dicapai.

       "Niat aku nak dapatkan nombor kau... Tapi memandangkan keadaan tak mengizinkan... Aku bagi nombor dekat kau.... "beritahu Greyson sambil tu.

       "Hah?"nganga Norah kebingungan. "Untuk apa?"

       Greyson capai tangan Norah lalu diletakkan kertas yang tertulis nombor phonenya. "Call me... " pesannya. "Jangan buat aku ulang banyak kali... Make sure call atau aku buru kau.. "

Norah pandang kertas di tapak tangannnya itu dengan bingung. Dia hendak bersuara tapi Greyson berpaling dari dia begitu sahaja. Buatkan dia terpinga-pinga bingung.

Belakang kepala Greyson dipandang Norah dengan perasaan bercampur baur. Dia tertanya-tanya kenapa dia rasa perasaan aneh setiap kali bersemuka dan berada dekat dengan Greyson. Memangnya dia kenal ke lelaki itu?

Greyson gerak ke meja dimana Chester berada semula. Dan sepanjang masa itu dia tertanya-tanya. Apa yang baru terjadi tadi? Kenapa hantu-hantu tadi hilang selepas dia pegang Norah?


32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now