Bab : 44

549 73 0
                                    

Brit!

Brit!

Brit!

Terkocoh-kocoh dia meraba poket seluar mencari objek yang bergetar-getar itu.

Brit!

Brit!

Sebaik saja telefon di pegang,  dia pun pandang skrin itu. Nama Greyson tertera di situ. Topeng mulut yang berada dimuka dia alihkan serta merta sebelum panggilan itu di jawab.

       "Hey... "sapanya dengan teruja.

       "Hey... "balas si pemanggil dengan bersahaja.

Norah pun buat muka. Dia tak faham kenapa Greyson kedengaran muram secara tiba-tiba.

       "Awak dekat mana? Maksu kata awak ada urusan keluarga?Dah settle ke? " tanya dia semasa pandang orang yang lalu lalang dekat koridor tu.

        "Ha'ah."jawab Greyson pendek.

        Norah buat muka tak faham. "Awak Okay? Kenapa awak kedengaran macam ada yang tak kena je?"

Buat seketika Greyson mendiamkan diri. Hanya bunyi deru nafasnya saja yang kedengaran dari balik panggilan itu.

Aik? Norah berkerut kening. Dia mula tidak sedap hati. Tak apa-apa ke Greyson. Sesuatu yang buruk telah terjadi ke?

        "Greyson?"

Maksu dan paksunya yang sedang duduk di kerusi bertentangan dari dia di koridor dipandang Norah. Pasangan itu sedang berborak akan sesuatu dengan perlahan. Apanyang pasti ianya mungkin sesuatu yang melucukan sebab maksu dan paksunya ketawa tanpa suara.

        "Semua okay ke?" tanya dia lagi dengan perlahan.

         "Norah... Apa aku patut buat?" tanya Greyson perlahan. Tetapi sangat jelas memberitahu yang dia sedang susah hati.

Dah kenapa pulak ni?

          "Tentang apa?"tanya Norah dengan nada yang sama. Dia ikut susah hati bila dengar suara Greyson.

Greyson mendiamkan diri lagi. Kali ini dari latar belakang panggilan itu Norah boleh dengar suara orang bercakap diselangi dengan pintu diketuk.

         "Buka pintu ni Greyson!Dengar apa yang ibu nak katakan pada kamu..!"

          "Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang ni? "bisik Greyson lagi dengan perlahan.

         "Hah? Saya tak dengar? Boleh awak cakap kuat sikit? "soal Norah sambil membuat muka terdesak. Apa Greyson cakap tadi?

Hairan mendengarnya,  Norah jarakkan telefon dari telinga. Dia pandang skrin telefon dengan kening berkerut tidak faham.

          "Norah Grace!"panggil seorang nurse dari depan pintu bilik pemeriksaan.

Elok saja Norah mahu melekapkan semula telefon ke telinga,  dia kaku tersentak memandang nurse tersebut.

            "Tapi saya belum habis cakap lagi... "kata Norah dengan kalut.

          "Berikan phone itu pada maksu."

          Mulut Norah terbuka tutup seperti ikan kelemasan si darat! Tak tahu nak cakap apa lagi.

         "Kamu ikut nurse untuk tukar pakaian. " maksunya bangun dari situ dan dekati dia. Mencapai telefon dari tangan Norah.

Terpinga-pinga tak tahu hendak bagaimana lagi, Norah cepat-cepat beritahu Greyson pada panggilan itu yang dia akan hubungi Greyson semula. Seusai itu baru la dia berikan telefon kepada maksunya.

          "Sini... "ajak jururawat perempuan tadi memberi laluan untuk Norah masuk ke bilik MRI untuk scan brain.

Disebabkan Norah mengadu dia sakit kepala seperti biji mata mahu pecah,  paksu dan maksu Norah ambil keputusan untuk bawa Norah jalani pemeriksaan. Meninggalkan Adam bersama pengasuhnya.

Kes ini bukan sekali dua Norah alami,  sudah banyak kali. Tetapi Norah anggap ianya hanya migrain dan pening kepala biasa.

Tetapi ianya semakin menjadi-jadi sakitnya. Kerana itulah dia pulang ke kediaman paksu dan maksunya. Mahu memberitahu mereka mengenai keadaan dia ini.

Paksu Norah yang sememangnya sangat sensitif mengenai Norah, tanpa teragak-agak terus cadangkan supaya Norah jalani medical check up.

Hal ini kerana Norah ada history kemalangan hingga menyebabkan dia cedera parah dan koma selama bertahun lamanya.

Sebelum hal semakin melarat,  Norah dibawa berjumpa dengan doktor dan doktor cadangkan gadis itu jalani scan MRI.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now