"Boleh nak, tapi kedai makcik ni kecil saja."katanya dengan perasaan rendah hati. Yalah dia ni orang tua, nak bukak kedai besar-besar tak ada siapa yang boleh membantunya. Suami tak guna dia sudah meninggal kerana mati dibunuh pemiutang. Anak lelaki yang sering menjadi tulang belakangnya turut meninggal dunia kerana ingin menyelamatkan nyawa dia. Maka tinggallah dia sendirian di sini.
Norah menggeleng kepala sambil tersenyum senang.
"Tak apa. Asalkan memadai." ujarnya semasa Greyson berdiri di sebelah. "Oh... Sebelum tu kenalkan.. Saya Norah Grace.. Dan ini rakan saya..." dia pandang ke sisi. Menanti lelaki itu memperkenalkan diri sendiri.
Makcik itu memandang Greyson dengan senyuman lebar di bibir. Menunggu giliran Greyson untuk bersuara pula.
Dengan kekok, mata Greyson merenung wajah tua makcik itu sebelum beri senyuman ikhlas ke wanita itu.
"Saya...Shane Kye." sebut Greyson akan nama sebenar hantu yang merasuk dirinya ketika itu.
Buat sesaat makcik itu terpempan selepas mendengar nama itu. Air muka cerianya hampir bertukarahu menangis. Tidak menyangka ada juga ya orang yang mempunyai nama yang sama seperti mendiang anak lelakinya. Mujur la muka tidak sama, kalau sama sudah lama dia Jerit 'anakku'lepas dengar tadi.
Cepat-cepat makcik itu tenangkan diri dan tersenyum.
"Hai.. Panggil makcik, aunty Shelly. "beritahunya. "tunggu ya... Makcik ambilkan kamu apron dan kasut getah di belakang. "pesannya sebelum berpaling meninggalkan dua orang itu.
Sewaktu Greyson menyebut nama asing dari mulutnya. Ia mendapat perhatian dari Norah.
Perasan dirinya diperhatikan, Greyson palingkan kepala ke sisi lalu bertentang mata dengan wajah manis tersenyum Norah.
"Asal?"soalnya dengan grumpy.
Norah menggeleng kepala sambil mengetap bibir, nak elak dirinya dari terlepas cakap. Seperti orangnya, nama itu sangat cantik di dengar. Tapi sayang orangnya sudah tiada di dunia ni.
"Pandang pun salah? Ingat sikit eh.. Saya tengah tolong awak ni.. " beritahu Norah.
Greyson berdecit menyampah lalu lemparkan pandangan ke arah lain.
Pada masa itu la makcik Shelly muncul bersama apron basahan dan but untuk di tukar oleh mereka berdua.
"Selepas selesai tukar, boleh lah kamu berdua cuba berniaga.. " sengihnya kepada dua anak muda di depannya.
Norah capai apron itu dan but getah dari tangan Shelly.
"Okay!"sahutnya dengan bersemangat.
Tepat jam 9 malam, pasar malam itu menjadi lemggamg dari kunjungan pelanggan. Para pegerai mula mengemas dan tutup gerai masing-masing.
Dan ramai-ramai pegerai di situ, paling awal selesai meniaga dan mengemas gerai adalah Shelly.
Atas berkat pertolongan dan gandingan dua orang itu, hasil jualan wanita itu habisnsepenuhnya. Tiada sisanya pun.
Hal ini kerana Greyson yang saling tak ubah seperti penjual ikan profesional telah berjaya memikat ramai pelanggan untuk menyinggah ke gerai mereka.
"Ini upah untuk kamu berdua." sua Makcik Shelly kepada dua orang anak muda di depannya sebuah sampul berisi wang.
"Eh.... Tak apa aunt. Kami lakukannya dengan sukarela tanpa meminta balasan. " ujar Greyson sambil menolak sampul itu ke bawah.
Tersengih Norah menengok reaksi Greyson. Tak terbayang dia kala Greyson yang sebenar-benarnya tahu anak orang kaya ini telah menjual ikan di pasar. Pasti akan meroyan teruk!
Norah mengangguk kepala setuju.sambil memandang Makcik Shelly.
"Janganlah begitu....satu hari suntuk kamu berdua bekerja keras membantu aunt... Malu la kalau tak beri kamu upah."
Kening Greyson mencerlung. Dia berasa susah hati. Mahu menangis pun ada. Kalau la dia boleh lakukannya, akan dia melutut sekarang juga untuk meminta ampun kerana biarkan ibunya hidup sendirian. Dia bersalah sebab biarkan dirinya mati dulu sebelum sempat menjaga ibunya hingga ke tua. Tidak sepatutnya dia tinggalkan ibunya sendirian dan hidup susah begini.
Penyesalan demi penyesalan dirasai oleh Shane.
"Boleh.... Aunt bagi upah pada kami satu pelukan dan ucapan 'saya telah bekerja keras'. Itu sudah cukup untuk kami."beritahu Norah.
Makcik Shelly pandang dengan kening terangkat tinggi. Tidak menjangka permintaan itu. Malah dia tidak mengerti kenapa dua anak muda ini mahu membantunya.
Greyson pandang tepi muka Norah dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Hatinya tersentuh dengan idea Norah. Gadis itu tahu bagaimana hendak tangani situasi tanpa buatkan ia kelihatan kekok atau mencurigakan.
"Ya sudah... Kalau itu pinta kamu. Maaflah kalau bau makcik tidak menyenangkan."
"Yeay.... "sorak Norah dengan gembira. Dia terlebih dahulu memeluk makcik Shelly.
Sambil ketawa kecil ,Makcik Shelly tepuk belakang badan Norah dengan senyuman lebar di bibir.
"Terima kasih untuk usaha keras kamu... "ucapnya.
"Makcik pun."balas Norah sebelum menjarakkan diri. Pelukan itu pun terlerai. Norah tatap wajah tua Shelly bersama perasaan simpati lalu undur ke belakang untuk beri peluang kepada Greyson pula.
Dengan keadaan lutut terketar-ketar mahu melutut dan hujung jari jemari kesejukan, Greyson gagahkan diri untuk memeluk tubuh tua itu.
Makcik Shelly balas pelukan Greyson dengan mata terpejam. Alangkah bagusnya kalau anak lelakinya masih hidup. Pasti dia tidak akan sendirian seperti ini.
"Kalau kamu nak tahu, nama kamu sama seperti nama anak makcik. "katanya sambil tu. "Terima kasih untuk usaha kerja keras kamu, Shane."
Terus sebak Greyson mendengarnya. Pada masa itu la dia mengalirkan air mata kerana begitu merindui namanya di sebut dengan suara ibunya selepas sekian lama terkubur.
Norah sendiri hampir menangis di situ. Tetapi dia kekal tersenyum. Bagusla hantu Shane dapat temui ibu lelaki itu buat kali terakhir. Lepas ni dapatlah Shane tenang di alam sana.
Greyson mengangguk kepala. "Terima kasih ibu... Sebab kekal hidup dan sihat. Maafkan la anak mu ini kerana gagal menjaga mu hingga ke hari tua mu... "detik hatinya dengan lirih dengan mata terpejam rapat. Ini adalah kali terakhir dia dapat peluk ibunya. Selepas ini semuanya hanya tinggal kenangan.
Makcik Shelly tepuk belakang itu dengan lembut.
Selepas seketika, kedua-dua mereka berpisah dari Makcik Shelly dengan senyuman lebar di bibir. Terutama sekali Greyson. Wajah itu kelihatan begitu bersinar penuh semangat sejak pertemuan dalam perpisahan itu terlangsai.
Tetapi sesampai saja di dalam kereta, Greyson a.k.a hantu Shane menangis semahunya di depan stereng kereta.
Norah dekat sisi tak dapat nak buat apa. Mahu di sentuh salah, mahu di peluk salah, mahu diberi kata pujukkan rasa tidak patut pula. Jadi dia hanya diam di situ menanti lelaki itu tenang semula.
Ps/ please bear with me....tinta tahu u guys probably already get bored with this story...cause it took so long tu update...so sorry for that.... Tinta harap sgt tk busy... Tapi itulah...≧∇≦

YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
TerrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...