Bab : 49

584 74 2
                                    

        "Apa maksud kau?"desis Naylie dengan keras di sebelah Norah sewaktu pensyarah sibuk menyampaikan syarahan di depan dewan kuliah.

        "Minggu ni minggu last aku dekat sini.."ulang Norah tanpa memandang kirinya.

         "Tapi kenapa?Bukan ke selama ni kau study dekat sini?Kita pun dah rapat?Kenapa tiba-tiba nak berhenti pulak?"soal Naylie lagi.

Sana di sebelah kanan Norah hanya diam termenung memandang ke depan tidak berkata apa-apa kerana asyik memandang belakang kepala Greyson yang ada tiga barisan ke bawah dewan itu. Di samping Chester di sisi. Perasaan serba salahnya masih berbuku di dalam dada.

        "Family problem..."jawab Norah.

        "Problem apa?Duit?Kos belajar? tempat tinggal?beritahu aku...aku tolong kau.."soal Naylie lagi.

Barulah Norah palingkan mukanya, dia ketawa kecil mendengar kata-kata itu. Kenapa la orang sekelilingnya baik-baik belaka?Tak sorang-sorang mahu hulurkan bantuan kepadanya. Namun akhirnya hidup dia tidak pernah ada bertuahnya.

         "Apa kau merepekkan ni?"tanya dia dengan sengih meleret. "Aku tahu kau kaya...tak payah susah-susah nak tolong aku bagai...dan semua tekaan kau salah...aku tak ada masalah kewangan. Cuma aku rasa college not my things."

Berdecit tak percaya Naylie mendengar alasan merepek itu.

         "Kalau kolej bukan citarasa kau...yang kau masuk sini kenapa?Merepek je kau kan...tak boleh. Aku tak izinkan kau keluar dari sini...aku baru je enjoy dapat berkawan dengan kau..."

Norah menggeleng kepala. Dia tidak membalas kata-kata itu dan kembali memandang ke pensyarahnya dan dengar apa saja yang lelaki itu cuba sampaikan kepada mereka. Dia nak nikmati saat-saat ini sebaik mungkin sebelum dia lupa atau terlepas buat selamanya.

Naylie buat muka bengangnya lalu topang pipi dengan tapak tangan kirinya. Memandang tidak berminat akan syarahan pensyarahnya.

Ding!

Pop up mesej timbul di skrin telefon yang ada di tepi buku catatannya. Mujurla mode silent, sekiranya tidak mahunya dia yang kena di sound oleh pensyarahnya.

Secara sembunyi-sembunyi menggunakan laptop sebagai penghadang, Norah pegang telefon lalu menyentuh skrin itu untuk lihat siapa yang hantar pesanan kepadanya.

'Greyson'

Itu la perkataan pertama yang Norah nampak. Dia pandang skrin telefonnya lalu membaca pesanan itu.

Greyson : Aku nak jumpa kau lepas kelas nanti

Untuk seketika Norah hanya pandang akan ayat itu di skrin tersebut. Jarinya bergerak-gerak pada tepi telefon itu. Sedang berkira-kira sama ada dia patut balas atau tidak. Namun satu lagi bubble muncul.

Greyson : Kau reply atau aku pekik satu dewan kuliah ni yang kau friend with benefit aku?

Kepala Norah tersentak memandang ke depan lalu ke belakang kepala Greyson. Seakan seperti tahu-tahu, lelaki itu turut toleh ke balik bahu memandang ke arahnya.

Greyson jungkit kening memberi amaran kepada Norah sambil ketuk permukaan skrin telefonnya sendiri.

Sambil buat muka berserahnya, Norah tunduk memandang skrin lalu mula menaip dengan laju.

Norah : Awak nak apa?

Greyson : Kau tanya aku apa aku nak?Serius?

Norah : Kalau awak nak buang masa, saya takkan balas chat awak..

Greyson : Jangan kau berani!Kau tahu betapa pantangnya aku kalau kau tak reply?

Norah : Habis tu...awak nak apa dari saya?Bukan ke saya dah beri kata putus pada awak semalam?

Greyson : Ada aku kata setuju?

Norah berkerut kening marah. Makin lama makin pantas jarinya menaip pada skrin telefonnya.

Norah : Setuju atau tidak. itu keputusan saya!Muktamad.

Greyson : NO! Aku nak kau jumpa aku jugak lepas kelas nanti!Faham?!

Norah : Stop it Greyson!Saya beri amaran pada awak...sekiranya awak cuba ugut saya mengenai pertunangan awak dan Sana...saya sumpah...saya akan pergi jauh dari awak!Jadi hentikan semua ni!

Tidak semena bunyi kerusi di seret ke belakang dengan kasar kedengaran hingga buatkan beberapa kepala berpaling, termasuk la pensyarah yang sibuk bercakap sejak tadi.

          "Ya Greyson?Kamu ada apa-apa soalan?"tanya pensyarah itu serta merta.

Bersama gigi terketap erat, Greyson pandang akan pensyarahnya sebelum palingkan kepala ke belakang.Memandang Norah yang duduk tiga baris jauh darinya. Kalau Norah dekat sudah lama dia terkam gadis tu sekarang jugak.

Norah balas renungan Greyson dengan renungan seriusnya. Cuba la kalau berani.. memang sampai ke sudah dia takkan temui Greyson.

          "Hei!Kau kenapa...duduk la.Semua pandang tu?"bisik Chester sambil menarik lengan sepupunya supaya duduk semula dengan paksa.

Buat beberapa saat Greyson pandang Norah sebelum kembali duduk dengan kasar di kerusinya dan mengawal nafas supaya tidak tinggikan suara di situ. Pandangan mencerunnya terarah pada depan skrin layar putih di depannya. Berasa berang dengan situasi yang dialaminya!

Sana pandang akan Norah selepas nampak Greyson berdiri dan duduk semula tidak lama kemudian. Keningnya berkerut susah hati sebelum tunduk memandang buku catatannya tanpa sebab. Dia tak boleh focus langsung. Malah dia tak faham kenapa Norah boleh tenang macam ni sekali? Sedangkan dia tengah serabut bagai nak apa!

Ding!

Satu lagi pesanan masuk dalam telefon Norah.

Dia tunduk memandang skrin itu serta merta.

Greyson : Please...jumpa aku Norah... *emoji nangis*

Norah terus tekan butang lock screen dan terbalikkan skrin telefonnya ke meja dan kembali memandang ke depan. Kalau Greyson begini, makin susah la dia hendak lepaskan lelaki ni!Dan makin sukar la dia nak bersetuju untuk buat pembedahan!

Kenapa la Greyson tak boleh nak mengalah?Tahu tak dia dalam keadaan yang sulit sekarang ni?

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now