Bagai mahu di serang heart attack Norah pandang depannya dengan nafas tertahan-tahan. Air mata mula bergenangan di kelopak mata. Tekaknya menjadi kering tiba-tiba kerana kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Dia pandang tidak berkedip ke lelaki lampai di depannya dan tiga jelmaan hantu yang ada di belakang lelaki itu.
Masih belum sober dari terkejutnya setelah hampir di langgar sebentar tadi. Sebenarnya Norah baru sahaja turun dari bas selepas pulang dari kediaman paksu dan maksunya.
Tadi elok saja dia jalan sebelum sebuah kereta yang keluar dari pintu masuk kolej muncul dari arah depan memandu dengan laju. Kebetulan pada masa itu Norah mahu melintas.
Mahu gugur jantung dia saat ini, lututnya menggigil kuat. Terkedip-kedip mata dia apabila dirinya di tempik.
"Jalan tu pakai la mata... Kalau aku terlanggar tadi macam mana! Nak mati sangat ke!?" marah Greyson lagi.
Tiga hantu muncul di belakang Greyson pada masa yang sama. Mereka berdiri di situ dan memandang dirinya dengan reaksi risau di wajah masing-masing.
"Tolong dia.... Sesuatu merasuk Greyson... Ini bukan Greyson.. "
"Hantu jahat ada dalam badan dia! "
"Lakukan sesuatu.... Kami tak mampu halau hantu jahat ni... "
Minta tiga hantu di situ kepada Norah yang sedang memandang ke arah mereka ketika itu. Mereka tahu dirinya ini boleh nampak dan dengar mereka. Sama seperti Greyson.
"Dirasuk?"sebut Norah tanpa sedar sebelum kerling ke Greyson di depannya.
"Apa kau merepek hah! Kau dengar tak aku cakap apa tadi!? " marah Greyson lagi.
Mata Norah terarah pada tiga hantu di situ semula. Dia benar-benar kebingungan. Pertama kenapa tiga hantu ni boleh bercakap. Kedua, kenapa Greyson menengking-nengking dirinya dengan kasar seperti ini? Yang salahnya siapa.
"Awak tu yang kenapa? Memandu tu tengok depan... Jalan ni bukan kepunyaan awak seorang! " bidas Norah dengan kening berkerut. Dia perasan akan renungan mata milik Greyson ketika itu. Ianya tidak terang seperti biasa yang dia pernah lihat.
Greyson berdengus kasar. Dia buat muka samsengnya.
"Kau cakap apa!?"tanya dia semasa mencekau kolar baju sweater Norah dengan kasar.
Sebagai refleks, Norah angkat tangannya lalu mencengkam pergelangan tangan Greyson.
Hantu yang merasuk tubuh Greyson ketika itu menerima satu renjatan eletrik sebaik sahaja Norah menyentuh tangan itu hingga buatkan ia tercampak keluar dari tubuh itu dan lenyap begitu saja.
Sementara tiga hantu tadi ikut lenyap serta merta seperti tiupan angin lalu.
Apabila hantu jahat tadi meninggalkan tubuh Greyson, lelaki itu terus tidak sedarkan lantas gerak hendak rebah.
"Eh-eh... Kenapa pulak ni? " gelabah Norah apabila tubuh lampai itu gerak ke arahnya lalu menyebabkan dia hilang keseimbangan sewaktu mahu menyambut Greyson.
Keputusannya, mereka berdua jatuh terbaring di atas laluan pavement itu.
Norah di hempap oleh Greyson.
"Awak!? "panggil Norah sambil tolak badan itu supaya jatuh ke tepi. "Oh my god! Apa masalahnya ni! " gelutnya termengah-mengah kerana tidak dapat bernafas dek berat badan Greyson.
Selepas mengerah segala tenaga yang ada, Norah akhirnya berjaya jatuhkan badan Greyson dan buatkan lelaki itu terbaring di sebelahnya.
"Greyson!Awak tak apa-apa?Kenapa dengan awak ni?"tanya Norah dengan cemas semasa melutut di situ sambil menepuk pipi itu.
Mata Greyson masih terpejam rapat.
Norah diserang panik bila tengok orang tidak sedarkan diri seperti ini. Dia jadi tidak tentu arah. Dan nafasnya mula naik turun tidak menentu.
"Greyson! bangun... "Norah pukul dada dan tepi lengan itu sebagai cara untuk sedarkan lelaki itu. "GREYSON!!"jerit Norah sekuat hati sendirian di atas jalan itu.
Tiada satu kelibat kenderaan atau manusia pun yang kelihatan memandangkan waktu masih awal tambah-tambah lagi hari itu hari ahad.
Seperti baru dihentak pada dadanya, mata Greyson terbuka luas. Dia mula terbatuk-batuk mencari nafas. Teringat akan imej menyeramkan terlintas dalam kepala, dengan histeria dia bangun dari baring dan mula terkapai-kapai menepis udara.
"Jangan dekat aku! jangan dekat!!!"ronta Greyson dengan cemas.
Keadaan mengejut Greyson itu buatkan Norah terduduk dekat situ dalam keadaan bersimpuh. Dia pandang tidak berkedip ke Greyson apabila lelaki itu histeria.Dalam keadaan tercungap-cungap, Greyson kerling sekeliling dengan kalut sebelum terpandang akan wajah pucat Norah.
Bertentang saja mata mereka berdua, keadaan di situ menjadi senyap sunyi buat seketika.
Tiada satu pun keluar dari mereka berdua. Masing-masing menunjukkan reaksi bungkam dan tergamam masing-masing.
Norah menelan air liur takut. Dia takut di bentak lagi.
Greyson pula hampir mahu menangis di situ apabila melihat Norah di situ. Betapa leganya dia!
"A-awak tak apa-apa!?" tanya Norah teragak-agak. Jangan marah dia lagi! Please.
Greyson raba badan sendiri. Hendak pastikan yang dia betul-betul di dunia nyata dan semua ini bukan mimpi.
"Apa yang dah berlaku!? "tanya Greyson dengan mata bulat terbutang luas dan nafas tertahan-tahan sewaktu memandang Norah.
Norah menggeleng kepala. "Saya tak tahu... Awak tiba-tiba je nak langgar saya... Kemudian marah-marah sebelum pengsan... "beritahunya dengan suara kecil.
"Apa!? "menjegil bulat mata Greyson. "Langgar kau!? "soalnya semasa kerling ke keretanya pula. Takkan la hantu tak guna tu dah buat semua ni!? "Kau tak apa-apake? "tanya dia yang gerak mahu mendapatkan Norah.
Takut dengan apa yang dia lihat tadi, Norah ngesot ke belakang mahu jauhkan diri. Tak pernah ada lelaki dalam hidupnya berani-berani angkat tangan ke dia. Greyson adalah yang pertama. "Jangan dekat dengan saya... " arah dia.
Air muka Greyson jatuh menjadi sedih apabila Norah pandang dia seakan dia monster.
"No... Please... Norah... Itu bukan aku... Aku takkan sesekali sakiti kau... " gelengnya.
Terkocoh-kocoh Norah bangun dari situ dan mengutip begnya di jalan itu. Dia dah hadap cukup dengan semua ini! Cukup tu cukup!
She's done!
"Tolong.... Jangan dekati saya lagi... Tak kira apa masalah awak... Saya tak nak libatkan diri... "katanya dengan cemas.
Berderau darah Greyson lepas dengar. Dia menjadi semakin takut mendengarnya. Tak! Dia tidak mahu dirasuk lagi! Norah tak boleh pergi!
"Norah tunggu!" panggil Greyson yang cuba bangun dari situ. Tetapi dia terduduk semula kerana seluruh badannya menjadi lemah akibat kesan dari rasukan tadi. "Tolong jangan pergi... "rayunya dengan terdesak.
Mendengar suara lirih Greyson itu buatkan Norah berhenti dari langkahnya. Dia pejam mata lalu menggigit bawah bibir dengan geram. Tangannya mencengkam kuat tali beg sandangnya.
Greyson pandang belakang badan Norah dengan kening berkerut."Please...come back.. "rayu dia dengan nafas tercungap-cungap.
Berbelah bahagi dengan perasaan yang dirasai, Norah pun membuka matanya. Pandangannya ditala ke hadapan dengan kening berkerut.
Dia tak sepatutnya libatkan diri...
Dia patut berhenti dan jangan berpatah balik....
Sebab sekali dia libatkan diri, tiada lagi jalan untuk dia berpatah balik!
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...