Bab : 1

1.1K 106 0
                                    

      "Dia dengar ke?"

      "Handsomenya dia...jangan kacau dia tidur la.."

      "Ish!Kau ni...sedar sikit...muka tu pecah senget sebelah jangan nak perasan manusia ni akan sukakan kau.."

      "Senyap la nanti dia terjaga mahunya dia maki kita.."

Tiga ekor hantu perempuan dan lelaki bertenggek di atas katil dimana Greyson sedang terlena. Seorang dengan rambut Panjang mengurai, seorang lelaki kepala botak berperut buncit seorang lagi gadis bercermin mata dan berambut bob cut.

Hantu perempuan berambut panjang mengurai itu ada tanda jerutan di leher, bibir berdarah dan sebelah tangan kudung. Hantu lelaki kepala botak pula kelihatan pucat dan basah kuyup dari atas kepala hingga ke bawah dan air asyik mengalir turun dari muka itu. Sementara hantu gadis bercermin mata dan berambut bob cut itu rosak sebelah muka seperti di lenyek dengan sesuatu yang berat.

Bisikan halus dan kehadiran makhluk halus itu akhirnya buatkan lena Greyson terganggu. Dia yang baring mengiring itu terkutik lantas membuka mata sedikit demi sedikit.

       "Kenapa kau dekat sini hah?Aku nak minta tolong dia dulu!"

       "Aku yang datang sini dulu!"

       "Shh...jangan bising!"

Berang dengan suasa bising di atasnya, Greyson pun membuka matanya lalu baring telentang dengan marah. Keningnya mencerlung tajam. Dia tertanya-tanya kenapa la makhluk di atasnya mahu bertekak semasa dia sedang tidur?Memangnya tiada waktu lain apa hendak mengganggu!

Tiga ekor hantu itu tersentak apabila menyedari diri mereka di lihat oleh Greyson. Masing-masing cuba menghimpit antara satu sama lain. Mahu mendekati lelaki kacak yang bermuka bangun tidur di katil tersebut.

      "Hei handsome..."sengih hantu wanita berambut panjang.

Greyson pandang hantu mengerikan dan berwajah pucat tidak bernyawa milik hantu di atasnya. rambut Panjang itu hampir-hampir mahu menyentuh wajahnya.

       "Get lost!"sebutnya dengan perlahan. Tiada tenaga hendak bercakap banyak sebab dia terlampau letih. Tidak satu-satu hantu datang menghantui hidupnya. Siang ke malam ke tiada beza buat dia.

       "Hehehe...."sengih hantu perut bunci menayangkan gigi rongaknya. "Pinjam la badan tu sekejap...aku teringin makan benda sedap.."tangan berkuku itu mahu menyentuh dahi Greyson.

Keluhan panjang lepas dari bibir Greyson. Sejak kebelakangan ini, hantu-hantu yang mati kerana tidak terbela nasib semakin menjadi-jadi. Mereka tidak berhenti dari menghantui diri dia selepas dapat tahu dia dapat lihat mereka. Ada yang minta tolong tuntutkan bela la, ada yang minta nak pinjamkan badan la. Ada yang datang hanya mahu menakut-nakutkan dia. Dan banyak lagi.

        "Jadi kekasih saya abang kacak...saya janji saya takkan ganggu awak lagi.."minta hantu si bercermin mata.

         "Tolonglah...tinggalkan aku sendirian.."minta Greyson dengan nada mengalah letihnya. Dia tiada tenaga hendak menghadap semua ini.

Buat seketika hantu-hantu tersebut teragak-agak hendak pergi, tetapi selepas buat muka, mereka pun patuh. Mungkin lain kali saja mereka munculkan diri depan Greyson!

PUFF!

Tiga-tiga hantu itu menghilang sesaat kemudian.

Tangan Greyson pun jatuh ke sisi dengan lemah tiada tenaga. Hela nafas panjang lepas dari bibirnya. Dia memejamkan mata yang berat itu sekali lagi. Cuba terlelap untuk seketika bagi mengganti rehatnya yang terganggu.

Namun tidak lama.

Knock!

Knock!

Tidak semena ketukan pintu pula kedengaran. Sebelum Greyson sempat jawab, ianya telahpun terbuka. Seorang lelaki berjalan masuk ke situ dengan sengih lebar di bibir.

          "Lah...baring lagi?Aku ingat kau dah ready?"

Serius?Kenapa la semua mahklum dalam dunia ni anti kan dia?Kenapa mereka tidak boleh biarkan dia berehat dengan tenang?

        Greyson membuka mata dan kerling ke sepupunya dengan letih. "Kau tu apahal awal sangat siap?Pukul berapa sekarang ni?"soalnya dengan jengkel. Rasanya tidak sampai dua jam dia terlelap. Sudah terjaga semula?

        "Awal mendanya?Dah pukul 7.50 ni...kelas mula pukul 8. Kau nak madam Sophie deduct markah kau lagi ke?"Chester Grey berkata sambil menyilang tangan ke dada.

Haih!Letihnya la!Greyson bangun dari perbaringan dan duduk bersila sebelah kaki dengan kepala tergantung. Kepalanya terlalu berat untuk diangkat. Matanya jangan cakaplah! Gara-gara siapkan assignment sampai lewat pagi dia tidur lewat. Tapi lenanya terganggu bila dengar suara dan merasai kehadiran benda tidak sepatutnya di dalam bilik tidurnya. Kemudian di datangi tiga ekor hantu sesat lagi. Makin bertambah penat la jawabnya.

         "Wei!Kau tunggu apa lagi. Cepat la bangun. Lambat nanti kang!"Chester tarik lengan Greyson sehingga menyebabkan anak kepada adik papanya itu jatuh tumbang ke lantai dalam keadaan meniarap. "Gosh!Seriously?Perlu ke hari-hari macam ni?"sungutnya.

         "Ugh!F*ck off...aku mengantuk lagi!"ngerang Greyson dengan letih. Sungguh dia benar-benar letih. Bila la agaknya dia boleh tidur dengan lena tanpa di ganggu?

          "Oh come on!We gonna late...Greyson!"keluh Chester sambil tunduk mahu membangunkan sepupunya ini. Jenuh betul la dia nak bangunkan Greyson. Tidak hairan la kenapa pakcik dan makciknya a.k.a parents Greyson minta dia jadi buddy battle untuk Greyson. Tengok la sendiri bagaimana gaya lelaki ni berkelakuan. Sudah mahu tahun akhir, masih lagi perlu di bangunkan setiap pagi!

Apabila dirinya di dukung bangun dari lantai, Greyson dengan malas berdiri tegak menghadap meja belajarnya. Lantas matanya terarah pada potret lama milik seorang gadis 4 tahun lalu. Gadis yang selalu bermain dalam fikirannya selama ini. Tidak kira berapa lama masa berlalu, perasaannya tidak pernah menipis dari merindukan hantu yang dia pasti sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Selepas hantu ini pergi dari hidupnya, segalanya semuanya berubah menjadi muram dan tidak indah lagi!

          "Sudah-sudah la tu...cepat. Kita tak ada banyak masa lagi hendak di buangkan. Kau lambat aku lambat kita berdua sama-sama akan di gagalkan kelas. Lekas!Bersiap!"minta Chester sambil dorong Greyson ke arah pintu bilik air.

Dengan berat, Greyson melangkah. Dia pusingkan badannya ke arah pintu bilik air malas-malas. Berasa tiada mood hendak hadirkan diri ke kelas.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now