Bab : 45

560 78 1
                                    

Selesai menukar pakaian,  jururawat tadi pimpin Norah masuk ke sebuah ruang.

Di dalam ruang itu, Norah kemudiannya dibaringkan di atas tray mesin seperti terowong dengan jubah pesakit di badan sambil diawasi dua orang jururawat.

Mesin itu perlahan-lahan membawa Norah masuk ke dalam terowong tersebut diikuti garisan laser warna merah menjalar-jalar sekitar kepalanya.

Di sebuah ruang yang lain,  tetapi di bilik yang sama berdinding kaca,  berdirinya maksu dan paksu Norah menghadap skrin monitor di belakang doktor bertugas. Masing-masing dengan reaksi di wajah.

Paksu dan Maksu Norah berkerut kening susah hati. Seorang menyilang tangan ke dada,  seorang lagi gihit hujung ibu jari kerana kerisauan yang amat sangat.

Doktor pula berkerut kening kerana fokus membaca imej otak yang muncul di skrin monitor.

Sementara Norah,  yang terbaring dalam mesin itu,  diam termenung memikirkan panggilan yang diterima dari Greyson tadi. Dia tak faham kenapa Greyson call tapi tak cakap apa-apa. Kemudian... Suara cemas ibu lelaki itu yang kedengaran seperti terdesak hendak sampaikan sesuatu.

Bunyi dengung dan gelombang yang memeningkan buatkan Norah telan air liur Beberapa kali nak tenangkan diri. Kalau bukan kerana dia sudah terbiasa dengan suasana ini lama dia kena panic attack.

Selepas beberapa minit proses scanning akhirnya selesai. Norah salin pakaian sebelum masuk ke bilik doctor pakarnya untuk menerima laporan pemeriksaannya.

Bersama paksu dan maksu di sisinya, Norah duduk di kerusi menghadap doctor wanita rambut bob cut bercermin mata. Seorang jururawat wanita berdiri di samping doctor tersebut dengan papan carta di tangan.

        "Menurut laporan perubatan di sini Norah pernah mengalami kemalangan hingga koma selama tiga tahun bukan?"tanya doctor Katrina sewaktu membelek helaian kertas berisi maklumat kesihatan Norah.

         "Ya..betul tu.."angguk Paksu Norah.

          Doktor Katrina mengangguk kepala. "Jadi ia menjelaskan bagaimana terdapatnya ketulan darah beku pada hemisfera kanan otak Norah...."katanya semasa pusingkan monitor komputernya menghadap keluarga pesakitnya. "Lihat di ini...Nampak tak benjolan asing yang terletak betul-betul di antara saraf tunjang Norah..."hujung pennya membuat bulatan pada imej di skrin itu.

Ketiga-tiga pasang mata itu pun pandang. Dan bila mereka Nampak apa yang di tunjukkan oleh doctor Katrina masing-masing dah cuak.

            "Sepertinya trauma yang Norah terima sewaktu kemalangan tiga tahun lepas telah buatkan darah berkumpul pada luka lamanya hingga menghasilkan ketulan darah beku. Ianya tidak berbahaya, tetapi hendak keluarkannya itu ambil risiko yang tinggi.."jelas Doktor Katrina.

Air muka Norah terus menjadi pucat lesi. Sudah seperti vampire tak cukup darah pun ada. Dia dapat rasakan perutnya memulas bagai nak apa!

Maksu Norah menekup mulut sebelah tangan kerana terkejut. Hampir mahu menangis dia lepas dengar.

         "Apa risikonya?"

Paksu Norah dah pegang tangan Norah erat-erat tanpa dia sedar terlalu takut hendak mendengar apa yang bakal disampaikan nanti.

Doktor Katrina pandang akan pasangan suami isteri di depannya dengan ketapan nipis di bibir sebelum mengerling ke Norah semula.

           "Darah beku ini kalau dianggar saiznya sebesar bola ping pong...ianya terlalu dekat dengan saraf memorinya. Jika dia jalani pembedahan ini, Norah mungkin akan hilang ingatan sepenuhnya."

         "Kalau saya tak bedah?"tanya Norah yang berasa takut tiba-tiba.

          "Hanya masa yang menentukan...saya tak boleh beri jawapan itu kepada kamu sekarang... "

Seakan seperti rohnya meninggalkan jasadnya Norah bersandar ke belakang. Dia benar-benar terkesima dengan kenyataan ini.

Hilang ingatan?Dia tak nak!Kalau dia tak ingat, habis la semua memori yang tersisa mengenai ibubapanya hilang. Perasaan dia terhadap Greyson!

Maksu Norah yang tidak dapat membendung rasa susah hatinya terus memeluk bahu Norah dan mendakap erat tubuh anak saudaranya dengan erat.

Apa la salah Norah sehingga sebegini rupa sekali dugaan yang perlu di tanggung anak saudaranya.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now