Bab : 5

874 96 1
                                    

Suasana di cafeteria sibuk seperti biasa. Para pelajar mula beratur di depan booth untuk mengisi makanan ke dalam dulang makanan masing-masing. Di meja pula kelihatan para pelajar samaada menjamu selera atau berborak akan sesuatu sambil mengerjakan sesuatu.

Di antara banyak-banyak meja di situ, hanya satu meja saja yang kosong tiada penghuninya. Seakan ia di barikan kosong tidak di duduki oleh sesiapa sedangkan meja di sekeliling sudahpun penuh dengan pelajar.

Dan di meja berdekatan dengan tiang, duduknya Norah dan rakan-rakan barunya di situ. Masing-masing menikmati makan tengah hari mereka. Naylie yang suka berborak tidak berhenti bercakap sejak tadi. Tentang itu dan ini dengan bersemangat.

       "So...mind to share apa sebab kau masuk lambat ke kolej?Kau pindah dari kolej lain atau apa?"tanya Sana semasa mencapai garfu dan mula makan spagetinya.

Norah tunduk memandang sandwich yang separuh di makannya. Teragak-agak hendak memberitahu sebab khuatir mereka akan bersimpati kepadanya.

       "Sebenarnya banyak perkara telah terjadi...aku tak tahu nak mula dari mana.."

       Naylie berkerut kening. Dia pandang tidak mengerti apabila mendengar kenyataan itu. "It's okay...take your time...."selorohnya.

Sana mengangguk kepala sewaktu mengunyah makanan. Bersetuju dengan idea Naylie. Lalu dia suap lagi spageti ke dalam mulut.

Hela nafas Panjang lepas dari Norah. Dia duduk tegak dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Bersedia mahu bercerita.

        "Awalnya semua bermula masa aku masuk umur 17 tahun...aku dan parents aku on the way ke rumah grandparents aku... Tapi kemalangan kerana kereta yang dipandu terbabas akibat jalan licin pada musim sejuk 4 tahun yang lalu. Kemalangan tu meragut nyawa parents aku dan buatkan aku koma selama beberapa tahun. Dan tahun lepas aku baru selesai rehab pemulihan. Doktor sarankan aku untuk jalani gaya hidup baru...so sebab itu aku dekat sini...cuba belajar dan bergaul.."cerita dia sambil memandang dua wajah di depannya.

Naylie dan Sana terdiam buat seketika kerana berasa begitu terkejut mendengarnya. Mereka tidak menyangka yang Norah akan menghadapi situasi sulit seperti ini. Mereka sama sekali tidak mengagaknya.

Rasa serba salah menghentak kesedaran mereka. Tidak sepatutnya mereka tanya soalan itu.

        "Kau tau, kau adalah seorang gadis yang hebat dan kuat...."ujar Naylie. "Yalah...buktinya kau sedang berdiri di sini...dengan kita orang..dan beritahu semua ni dengan yakin."

Norah beri senyuman lega kerana mereka tidak tunjuk sebarang reaksi simpati atau kasihan kepadanya. Yang mana dia benar-benar menghargainya.

        "Thanks."

         Sana beri senyuman serba salahnya. "Betul kata Naylie...apapun aku berbesar hati sebab dapat berkawan dengan kau...Norah."

Norah mengangguk kepala.

       "Aku pun...terima kasih sebab sudi hendak berkawan dengan aku...serius. Aku baru dengan semua ni. Jadi rasa kekok tu teramat sangat...tapi sikap easy going kau orang berdua buat aku lupa dengan perasaan tu.... "beritahunya.

Naylie capai tin minumannya. Mahu di minumnya. Namun baru saja dia dongak hendak meneguk minuman itu, matanya terarah pada meja yang tidak jauh dari tempat mereka berada.

Meja dimana geng Greyson selalu duduk di kafeteria itu. Naylie perasan yang Greyson sedang memandang ke arah meja mereka.

"Hei...kau orang...tengok sana tu.." beritahu Naylie yang terus tidak jadi hendak minum.

"Kenapa?"Sana palingkan kepala ke arah yang sama.

"Greyson pandang sini la.. "sengih Naylie sebelum kembali menyambung niatnya hendak minum.

Apabila Sana pandang ke arah Greyson dia perasan yang perhatian lelaki itu bukan terhadap mereka bertiga, tetapi sebaliknya Norah. Keningnya berkerut sedikit. Hatinya terdetik.

Takkan la Greyson ada hati pada Norah pula?

Janganlah!Tiga tahun dia ada crush terhadap Greyson tapi lelaki itu sikit pun tidak tunjuk sebarang minat terhadap dia. Nak dating boleh nak keluar boleh, tapi Greyson tak pernah stick pada gadis yang sama untuk tempoh yang lama.

"Well...nampaknya Mr. Mysterious kita ada dib pada pelajar baru kita yang seorang ni la... "Naylie menjeling manja ke Norah.

Norah tersentak. Dia yang sedang ternganga hendak gigit sandwich terhenti. Dia pandang ke Naylie. "Siapa?"tanya dia.

"Itu...siapa lagi kalau bukan Greyson.." juih Sana ke belakang Norah.

Norah palingkan kepalanya ke belakang bahu. Lantas dia nampak apa yang dimaksudkan oleh Naylie tadi. Ya. memang betul yang Greyson sedang memandang ke arah mereka. Tapi tidak semestinya lelaki itu memandang dirinya.

        "Mana ada...kebetulan aje agaknya...dia mungkin tengah termenung ke apa kebetulan terarah pada tempat ni.."beritahu Norah semasa palingkan kepala ke Naylie semula.

        "Mana ada...dia obviously pandang kau..."tekan Sana lagi yang begitu yakin bahawa renungan yang diberikan Greyson bukan renungan biasa yang pernah lelaki itu berikan kepada sesiapa.

Norah berdengus. Masih tidak mempercayai kata-kata mereka berdua. Yalah dua orang ini mungkin begitu taksub dengan keinginan untuk menjadi perhatian lelaki pelik tu. Tapi tidak dia. Apapun isu lelaki itu, dia tidak akan masuk campur atau libatkan diri.

        "Oh my god!Dia bangun!Dia bangun.."desis Naylie dengan tidak sabar hingga menyepak kaki Norah di bawah meja.

Sana yang sedang minum jus oren hampir mahu tersembur keluar air itu dari mulutnya.

       "Auw!"aduh Norah kerana kesakitan hingga buatkan tangannya secara reflex hendak mendapatkan kakinya. Tetapi semasa proses itu berlaku dengan tidak sengaja siku dia melanggar cawan kertas berisi ice lemon teanya. Maka ianya pun terbalik dan tumpah mengenai pakaiannya.

       "Oops...sorry...aku tak sengaja"Naylie berdiri mahu mendapatkan cawan yang tumbang itu.

       "Oh my gosh!Korang!"panggil Sana sebab terkejut. Dia cepat-cepat keluarkan tisu dari handbag dan diletakkan pada air yang tumpah itu.

Untuk mengelakkan pakaiannya semakin basah, Norah berdiri dan undurkan diri jauh dari meja itu serta merta.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now