"Apa?Kem latihan?"tanya Greyson yang matanya sudah mengerenyet tak suka. Alah... Lemah betulla dia dengan event macam ni!
"Ya.."balas Chester semasa serahkan kertas makluman yang diserahkan oleh jurulatih mereka tadi.
Sambil buat muka Greyson capai kertas itu lalu di pandang akan butiran di situ. Bila dia tengok ada nama ayahnya, serta merta dia tahu semua ini angkara siapa.
Orang tuanya itu kalau boleh tak bagi dia lapang sekejap. Ada saja la yang dirancang untuk penuhkan jadualnya. Tak kelas tambahan, subjek tambahan, kemudian aktiviti olahraga dan sekarang apa?
Kem?
Ugh!
Rasanya ayah dia tu buat dia lakukan semua ni sebab dulu ayah dia tak dapat nak lakukan hal ni agaknya. Sebab itu 'kerjakan'dia cukup-cukup dengan semua aktiviti ni.
"Tak boleh ke kalau aku tak pergi?" kertas itu di letakkan atas meja dengan malas.
"Jangan nak banyak bunyi boleh tak.. Kem ni sediakan sijil untuk kau mudah masuk ke universiti nanti... Kem je..bukannya apa.. Tiga hari dua malam.."kata Chester.
Greyson melepaskan keluhan malasnya. Dia tarik muncung tak puas hati. Takut pulak dia bila bayangkan situasi tempat latihannya itu. Entah hantu apa aje yang duduk jadi penunggu di situ. Yang susahnya dia jugak.
"Kan coach kata aku tak diterima masuk ke dalam pasukan dia... Kenapa aku kena join jugak? " dia baru plan nak ajak Norah dating dengan dia. Dah kena pergi kem pulak. Alah! Kacau daun betul!
Chester buat muka menyampah lalu gerak mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. "Mana la aku tahu... Maybe dia tak nak kau sia-siakan bakat yang ada... Dia ajak training sekali.. Dah la aku keluar dulu...nak hantar kereta pergi service."pamitnya semasa berpaling.
Greyson sandar ke kerusi belajarnya sambil membawa kakinya naik ke atas meja belajar. Dia termenung memandang ke jendela di depannya. Lengan kanannya di bawah ke belakang kepala. Hujung kakinya digerak-gerakkan.
Hari ni patutnya ada kelas, tapi pensyarah tiba-tiba cancel kelas sebab ada family emergency. Itu pasal dia masih melepak dalam bilik ni.
Tidak pasal-pasal, hantu perempuan leher dijerut muncul di atas meja itu."Bila aku boleh tahu cerita kematian aku? " pandang hantu itu ke Greyson dengan mengejut.
"Wargghh!!"latah Greyson dengan terkejut beruk sehingga buatkan dia jatuh ke belakang bersama-sama dengan kerusinya di lantai. "Auw!"aduhnya sesaat kemudian.
Hantu perempuan bercermin mata pula muncul terapung di atas Greyson pula.
"Hahahah... Sakit tak? "tanya hantu itu pula.
Hampir mahu mencarut Greyson lepas dia buka mata. Kelam kelibut dia bangun dari situ sebelum mengesot ke belakang nak jauhkan diri.
"Laapaaaar!"hantu lelaki gemuk yang basah berdiri di belakang Greyson sewaktu dia mengundur.
Berlanggar saja belakang badannya dengan hantu itu, Greyson menahan nafas terkejut sebelum merangkak sepanjang lantai biliknya.
"Aku nak tahu kenapa aku mati! "
"Jadila kekasih saya! "
"Laaapaaar!"
Dengan serentak ketiga-tiga hantu itu dekati menghampiri Greyson.
Sekalipun dia adalah lelaki, hati dia ini bukannya kebal mana. Kalau lama-lama dihantui siapa tahan! Belum sempat dia nak pegang tombol pintu, dengan tiba-tiba pintu biliknya terbuka lalu melanggar mukanya.
"Awak!"muncul Norah di muka pintu itu pula.
Impak dari perlanggaran itu, Greyson jatuh ke belakang dengan kesan merah kelihatan di sekitar dahi dan hidungnya.
Norah terus kaku lepas nampak kelibat tiga hantu yang terapung di udara. Matanya membulat.
Tiga hantu itu memandang Norah dengan serentak.
"Arggh.. Sakitnya!"ngerang Greyson di atas lantai sambil memegang muka.
Suara itu buatkan Norah sober dari terkejutnya. Dia larikan pandangannya ke Greyson setelah itu.
"Oh my god! Greyson... Awak tak apa-apa? " tanya dia yang terus lupa akan hantu-hantu di situ.Greyson buka matanya yang berair sebelah kanan lantas ternampak Norah sudah melutut di sebelahnya. Keningnya berkerut bingung. Dah kenapa Norah ada di sini?
Norah terus pegang belakang leher Greyson lalu bantu lelaki itu bangun dari situ.
"Apa awak buat dekat lantai ni?"tanya dia sambil tu.
"Kau tu dah kenapa masuk bilik orang tak ketuk dulu!?"sungut Greyson sambil pegang hidungnya. Mujur la tak patah. Kalau patah tadi mahunya hidung kemik dia semakin kemik!
Norah pandang sekelilingnya dengan cemas. Cuba mencari kelibat hantu-hantu tadi, tapi tiada.
Hantu jahat tu tak ada dekat sini kan!?
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"tanya Greyson semasa bangun berdiri dari situ.
"Saya jumpa Chester tadi depan bangunan...saya tanya dia mana awak... Dia beritahu saya bilik awak dekat mana suruh cari sendiri.. Itu saya ke sini.. "jelas Norah sambil menilik Greyson. Isy! Tak pasal-pasal dia risaukan mamat selenge ni.
Bila Greyson sudah tenang dari menahan sakit, dia pandang Norah dengan hairan. "Apa kau buat dekat sini? Rindu aku ke? "sengih dia setelah itu. Hidungnya masih berdenyut sakit.
"Rindu kepala awak... Saya datang sebab nak beritahu awak sesuatu." getus Norah dengan jengkel.
"Beritahu apa?"tanya Greyson semasa selak rambut Norah ke tepi lalu ternampak kesan merah di leher itu. "Ni kenapa dengan leher kau?"
Tangan itu ditepis Norah dengan kasar. "Saya tak tahu apa isu awak dengan hantu-hantu ni... Apa saya nak awak tahu...satu dari hantu-hantu awak datang serang saya!Ni buktinya.." tunjuk dia bekas cengkaman hantu tadi di lehernya.
Apa! Greyson tergamam.
"Serang kau!?"tanya dia.
Sehelai kertas di tujah ke dada Greyson. "Ini.. Muka hantu tu."
Greyson capai kertas itu lalu di belek. Satu lakaran wajah seorang lelaki terpapar di situ. Bila dia menyedari ianya hantu sama yang pernah merasuknya, keningnya berkerut.
"Ianya hantu sama yang pernah-"
"Rasuk awak...ya saya tahu. Hantu tu beritahu saya tadi... "sambung Norah sambil bercemberut geram.
Greyson turunkan kertas itu ke bawah lalu pegang lengan Norah dengan kening berkerut.
"Sakit lagi ke? "tanya dia dengan prihatin.
Norah hanya berdengus kasar. "Sikit je.. " getusnya.
"Sorry... "ucap Greyson sebelum tarik Norah ke dalam pelukan sebelum itu dia kucup buku ruas tangan Norah dengan kasih.
Masalah besar ni!
Siapa pulak jadi mangsa kali ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...