Bab : 46

550 79 0
                                    

         "Apa masalah kamu ni...Sana sudah menjadi kenalan lama kamu...apa kurangnya dia?"

         "Masalah Greyson sekarang adalah bukan Sana yang Greyson mahukan...tapi Norah..."

        "Maksud kamu Budak perempuan yang ayah bayarkan kos pengajiannya itu demi kamu focus pada study kamu itu ke?"

        "Ya..dia!Kalau tidak mananya Greyson minta ayah lakukan semua tu untuk dia..."

          "Apa yang dia dah lakukan kepada kamu huh?Dia racun fikiran kamu ke sampai buatkan kamu sanggup lakukan apa saja untuk dia? Adakah dia juga gadis miskin yang mempergunakan kamu untuk dapatkan kesenangan semata?"

Menyirap darah dia lepas dengar tuduhan itu. Keningnya mencerlung semasa memandang ayahnya menuduh Norah sebegitu sekali.

            "Ha'ah...dia dah racun fikiran Greyson...dia racunkan fikiran saya dengan perasaan yang saya tak pernah rasa sejak menjadi ahli keluarga ni...dia berikan saya perasaan apa itu bila di beri perhatian, apa itu maksud keluarga sebenar...itu adalah racun yang dia telah taburkan kepada Greyson selama tiga bulan kami berkenalan!"

Termangu pasangan suami isteri itu sebaik mendengar kata-katanya buat seketika.

             "Apa kurangnya kami yang telah berikan kepada kamu Greyson? Dari harta dan kemewahan sudah kami limpahi kepada kamu. malah kami ambil kamu sebagai anak kami...jaga kamu seperti darah daging kami sendiri?" soal ibu Greyson dengan riak kecewanya.

Dia yang dengar ketawa buat-buat semasa air mata bertakung di kelopak mata.

          "Ya...semuanya cukup. Semuanya. Tiada yang kurangnya. Tapi bukan itu yang Greyson mahukan dari ayah dengan ibu...apa yang Greyson mahukan adalah perasaan disayangi dan di beri perhatian oleh ibu dan ayahnya seperti keluarga biasa. Bukan dengan menggunakan harta!" beritahunya dengan jujur.

          "Greyson ayah-"

Tanpa menunggu ayahnya menghabiskan kata-kata, dia berikan tapak tangan 'tanda' stop kepada orang tuanya itu.

           "Cukup...kalau ayah dengan ibu masih bertegas inginkan Greyson Bersama dengan Sana, dengan rela Greyson akan tarik diri dari menjadi keluarga ini!"lafaznya dengan nekad.

           "Greyson..jangan begini nak!?" rayu ibunya yang memegang lengannya.

Tanpa berkata apa-apa lagi terus dia turunkan tangan ibunya dari lengannya dan berpaling keluar dari rumah itu untuk pulang ke kolej semula.

Tut!

Tut!

Tut!

Klik!!

          "....Hello?"sapa suara lembut dari panggilan telefon itu. Yang mana buatkan dia terus tersenyum lebar.

          "Kau dah ada dekat asrama ke?" tanya Greyson sewaktu jalan menyusuri laluan pejalan kaki menuju bangunan dormitory pelajar perempuan.

          "Baru je sampai...awak nak datang ke?"tanya Norah.

          "Ha'ah"balasnya semasa tiba beberapa langkah di depan laluan masuk bangunan.

Pada masa itu dia ternampak Norah sedang tunduk mengeluarkan beg pakaian dari bonet teksi yang dinaikinya.

          "Ada sesuatu yang aku nak beritahu pada kau..."katanya dengan mendatar tiada semangat.

Tidak meneruskan langkahnya lagi, Greyson berdiri di situ memerhatikan Norah dari jauh. Memerhati reaksi gadis berambut pendek itu dengan kening berkerut susah hati dan gigi terketap erat. Jari jemarinya erat mencengkam telefonnya.

          ."Tentang apa?Sejak siang tadi awak cuba sampaikan sesuatu kepada saya?Sesuatu berlaku antara awak dengan parents awak ke?"tanya Norah sewaktu mahu mengangkat kepala memandang ke depan. "Sebenarnya saya pun nak beritahu awak sesuatu yang penting."tambahnya sambil itu.

Pada masa itu la Greyson dan Norah saling bertentang mata. Mereka berdua sama-sama berdiri kaku di situ menghadap antara satu sama lain.

Menggigil kaki Greyson ketika itu. Dia tak tahu nak cakap macam mana dengan Norah. Dia sayang ibu dan ayahnya. Dia tidak mahu kehilangan orang tuanya buat kali kedua. Tapi dia sayangkan Norah.

Macam mana dia nak buat pilihan sedangkan dia mahukan kedua-duanya sekali?Tamak ke dia? Dia tahu kalau dia tolak lamaran Jeremiah, air muka ibu dan ayahnya pasti akan terjejas dan reputasi ayahnya turut terpengaruh.

Bila Norah perasaan akan wajah sugul dan bermasalah Greyson, hatinya yang sedia gusar bertambah risau.

Melihat Greyson yang sentiasa tersenyum dan ceria setiap kali Bersama dengan dia menjadi sedih dan tidak ceria seperti selalu memberitahu dia yang kekasih hatinya ini dalam masalah. Tanpa berkata apa-apa, dia atur langkah mendekati Greyson perlahan-lahan.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now