Bab : 18

699 80 1
                                    

Norah diam tidak menyampuk. Dia cuba beri peluang kepada Greyson untuk bercerita.

         "Selama tiga tahun...dia la yang jaga aku dan lindungi aku dari bertembung dengan mana-mana hantu. Dan akhirnya dia hilang macam tu je...hantu-hantu jahat dan menakutkan mula menghantui aku setahun kemudian... Kau munculkan diri dekat sini. Sebab itu la aku cuba dekati kau... Beranggapan kau adalah tuan punya badan untuk roh perempuan yang aku pernah temui tu." cerita Greyson tanpa memandang Norah.

Dia tidak mahu Norah tengok dirinya dalam keadaan vurnarable seperti ini. Malah Greyson tidak berani hendak ceritakan perasaan sukanya yang berputik kerana roh Norah.

Norah membuat muka tidak yakin.

           "Apa buktinya yang saya adalah pemilik roh Si Senget awak tu?"tanya Norah.

           Barulah Greyson angkat kepala. Dia pandang Norah dengan kening berkerut.  "Buktinya...setiap kali aku sentuh kau... Hantu-hantu tu pergi...sama macam Si Senget buat bila dia ada dekat dengan aku dulu... " jawabnya dengan nada tiada semangat. Dia tak terkejut kalau Norah tak percayakan dia dan reject dia. Kalau ibubapa dia tidak percayakan dia inikan lagi Norah.

Norah lepaskan hela nafas panjang. Ubun-ubunya di picit.

Kalau betul apa yang Greyson beritahu, itu bermakna selama tiga tahun dia koma kerana kemalangan,  roh dia sepanjang tempoh itu bersama dengan Greyson.

Dan kenapa hati dia boleh tergerak hendak ke kolej ni adalah kerana roh dalam badan dia tahu Greyson ada di sini. Sebab itu ke dia ada di sini dan sejak sedar dari komanya sejak itu la dia boleh nampak hantu pada masa yang sama. Sebab dia pernah berada di dimensi lain....

           "Saya percayakan awak... Sebab empat tahun lepas saya alami kemalangan yang teruk sehingga buatkan saya koma selama tiga tahun. Mungkin masa tu la roh saya sesat ke awak. Masalahnya saya tak dapat nak ingat apa-apa mengenai awal sekiranya betul roh saya pernah berkawan dengan awak... "luah Norah.

Apabila Norah lafazkan perkataan 'percaya' itu, Greyson dapat merasakan segala rasa beban dan berat yang dia tanggung selama ini terangkat begitu sahaja.

          "Kau percayakan aku!? "tanya Greyson dengan senyuman lega di bibir.

            "Hm."balas Norah dengan anggukan kecil.  "Dan untuk pengetahuan awak. Saya pun boleh nampak perkara yang awak nampak... " beritahunya mahu tak mahu. Selama ni dia rahsiakan sebab tak nak buat orang takut dengan dia. Memandangkan Greyson hadapi isu yang sama,  dia tak rasa ini akan jadi satu masalah.

Norah apa!?

             "What!? " Greyson buat muka 'WTF' lepas dengar. "Kau pun sama!? "tanya dia dengan terkejut. Hilang terus rasa leganya.

             Keluhan panjang lepas dari Norah.  "Ya.. "ngakunya dengan berat hati.

Berasa seperti diperkenakan,  Greyson berkata.

          "Kalau macam tu kau patut percayakan aku dari awal...sebab kau ada dekat tempat yang sama seperti aku..bukan layan aku macam ni!?" tanya dia dengan kesal.

Norah pandang tak percaya. Aik!  Dia pulak yang dimarahkan!? Mana la dia tahu. Bukannya dia boleh agak.

          "Lagipun masa tu saya tak kenal awak lagi.... Semuanya terlalu cepat... Awak tak boleh marahkan saya... Salah awak sebab tak jelaskan hal ni dari awal...lagipun "bidasnya.

Greyson berdengus.

          "Aku cuba okay... Kau yang tak beri  peluang untuk aku lakukan hal tu..kau asyik ngelak dari aku! " sambung Greyson dengan tegas.

Norah menjuling mata menyampah. Here we go again! Ya sebab masa tu dia fikir Greyson hanya hendak permainkan dia! Salah dia ke!

           "You know what? F*ck this! Kalau macam ni la gayanya... Nampaknya kita tak boleh bekerjasama langsung!  Better awak uruskan masalah awak sendiri tanpa libatkan saya. " tegas dia sebelum berpaling dari situ dan meninggalkan kawasan balkoni untuk masuk ke dalam bangunan.

          Greyson ikut berpaling ke arah sama apabila Norah melangkah pergi dari situ.  "Norah! We not done yet! Come back here now! " laungnya.

Norah tidak berhenti. Dia melangkah dengan marah sambil menggerutu di dalam hati. Merepek betul!  Dia tak tahu apa la yang roh dia fikir sampai mahu mendekati lelaki menyakitkan seperti Greyson tu. Ugh!

Bersama nafas naik turun hilang sabarnya,  Greyson tendang tembok batu di tepinya dengan kuat! Kenapa la susah sangat dia nak berbaik dengan Norah ni!?

Dan selepas semua kekusutan telah terlerai. Bertambah pulak isu di antara mereka!

          "Tak guna betul! "tumbuk Greyson pada tembok batu tidak bersalah itu.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now