Bab : 26

650 79 2
                                    

Selepas gangguan pertama,  Norah dan Greyson silih ganti di ganggu oleh hantu lelaki misteri itu.

Tidak cukup meninggalkan kesan calar balar di badan,  lebam biru mula muncul. Malah hingga buatkan Norah jatuh sakit kerana dia tidak dapat todur dengan lena gara-gara menanggung sakit gangguan tersebut.
Disebabkan selama beberapa hari itu,  Greyson tiada di kolej kerana mengikuti kem latihan, Norah yang menjadi mangsa amukan hantu tersebut.

Apabila berita itu sampai kepada Greyson,  lelaki itu pendekkan waktu kemnya untuk bantu Norah.

Jadi selepas tiga hari Norah menderita sendirian, Greyson ambil keputusan untuk membawa Norah bertemu dengan shaman.

Seorang bomoh yang pakar dalam bab-bab dunia dua alam ini.

Pada malam itu,  tepat jam 10 malam,  ketika semua orang berada di dorm masing-masing,. Kedua-dua itu menyelinap keluar.

Kebetulan waktu itu sedang hujan lebat. Tidak berani memandu dalam keadaan hujan,  Greyson upah uber untuk menghantar mereka ke lokasi dimana shaman itu berada.

Di tempat duduk belakang, Norah duduk rapat bersama Greyson sambil memeluk erat lengan lelaki itu.

Sementara Greyson dengan wajah serius dan risau melemparkan pandangan keluar tingkap sambil mengusap tangan Norah di lengannya.

        "Awak sure ke bomoh yang awak katakan tu selamat? Dia betul-betul bomoh bukan scammer? "bisik Norah semasa memandang ke tepi.

Greyson ikut memalingkan mukanya ke Norah.

        "Jangan risau...aku pernah cuba dapatkan rawatan dari dia setiap kali aku dirasuk...kita ke situ cuma nak tahu cara hapuskan hantu yang nenganggu kau tu.." beritahu Greyson semasa usap tepi kepala Norah. Kasihan dia lihat wajah letih Norah.

Haish!  Hantu tu pun satu... Yang di ganggunya Norah tu kenapa? Apa masalah hantu tu! Geram betul. Kalau manusia lama dia kerjakan!

Norah buat muka tak yakin. Risau pulak dia. Kalau maksu dan paksu dia tahan hal ini pasti dia tidak akan dibenarkan berada di kolej lagi.

Dekat setengah jam kemudian,  kereta uber itu berhenti di sebuah flat berdekatan lorong gelap tidak berkelibat manusia.

Sunyi dan sepi.

Bersama payung di tangan,  Greyson keluar terlebih dahulu sebelum memimpin Norah keluar. Dia peluk sekeliling bahu gadis itu dan mula melangkah ke arah laluan anak tangga flat tersebut.

Jejak saja kaki di anak tangga tersebut,  Norah serta merta boleh merasakan bulu roma dia meremang tegak.

           "Awak... "bisik Norah dengan cemas semasa Greyson tutup payung sebaik mereka berteduh.

         "Hmm?"balas Greyson yang memeluk belakang bahu Norah semula sementara tangan sebelah lagi memegang payung.

Mata Norah dengan liar melihat sekeliling tingkat yang disimbahi cahaya merah. Ada kertas mantra bertampal pada dinding dan pintu yang ada di situ.

           "Saya rasa tak sedap hati la... Marilah kita balik... "ajak Norah sambil bersandar di tepi badan Greyson dan cengkam kuat kain t-shirt putih di dada Greyson.

         Greyson tersenyum nipis.  "Jangan risau. Tiada roh jahat apa lagi hantu berani munculkan diri di sini.  Sebab satu bangunan flat ini telah di dinding.. Perasaan tak sedap hati awak tu adalah kerana tenaga dalam flat ni... "jelasnya sambil bawa Norah mendaki tangga bersamanya.

        "Oh.  Iya ke?  Memangnya tempat ni bomoh ni yang punya ke? Ada orang lain jugak tinggal sini?"bisik Norah dengan perlahan.

Mata Greyson melirik akan anak tangga di bawah mereka ketika itu. Enggan tersilap langkah.  Ada sekali tu,  ayah dia pernah terpeleset semasa turun dari sini. Mujur la tak apa-apa. Yalah lampu tempat ini semuanya merah. Mana la nak nampak dengan jelas.

        "Tak adalah... Flat ni sebenarnya tempat yamg keras.  Bomoh tu jadikan flat ni sebagai rumah untum hantu-hantu yang sesat atau yang ditangkap tinggal dalam bilik yang ada di bangunan enam tingkat ni.. "cerita Greyson dengan bersahaja.

Eh? Norah buat muka dengan mata terbutang luas lepas dengar. Boleh pulak macam tu?

Mereka berdua berhenti di tingkat tiga tidak lama selepas itu.  Ajaibnya berdiri saja Greyson dan Norah di depan pintu yang digantungi dengan hiasan berambu dan kertas mantra terbuka.

Maka berdiri lah seorang wanita bertoncang dan bermuka grumpy seperti beruang tak dapat makan madu.

        "Selamat sejahtera shaman Masiah...." sapa Greyson sambil memeluk Norah dengan erat. Dia pun takut sebenarnya. Biasanya kalau ada ayah dan ibunya.  Tak adalah dia takut mana.

         Mata wanita itu terarah pada Norah. "Dia ke budak tu?"tanya shaman itu dengan nada tidak puas hati.

Dalam diam, Norah sudah menelan air liur takutnya.

        "Ya... Dia.. "

       "Hmm.. Masuk!"renggus bomoh itu sebelum buka pintu itu sedikit luas untuk mereka berdua masuk.

Greyson dorong Norah.

Tapi Norah tersangkut-sangkut hendak melangkah di situ kerana takut.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now