"Norah!"
Panggil Sana dari hujung koridor apabila melihat rakannya sedang berdiri di depan pintu lokar.
Tidak tersentak akan panggilan itu, Norah dengan bersahaja tutup pintu lokarnya selepas kosongkan segala yang tersimpan di dalamnya. Kotak berisi barangannya di pelik rapat ke dada semasa hadapkan badannya ke Sana.
"Hai Sana.."senyum Norah.
Mata Sana melirik akan kotak di tangan Norah semasa dia berjalan perlahan mendekati rakannya itu. Dia agak kehairanan melihat hal itu.
"Hai...apa kau buat dengan kotak tu?"soalnya sambil tu.
Norah tunduk memandang barang di dalam kotak sebelum pandang Sana. "Kemas barang.." beritahunya.
Selepas Sana berdiri di depan Norah, keningnya berkerut tidak faham. "Kenapa?"
Senyuman nipis terukir di bibir Norah. Dia menjungkit bahu. "Rasanya pelan aku nak move on terpaksa di tangguhkan sekali lagi." jelasnya.
Air muka Sana berubah dari bingung kepada serba salah selepas teringat akan alasan sebenarnya iaitu berniat mahu memberitahu Norah hal sebenar mengenai hal yang berlaku antaranya dengan Greyson.
"Sebenarnya ada sesuatu yang aku nak beritahu dekat kau..."
Mendengar kata-kata Sana, Norah tersenyum senang. Ini mesti tentang Greyson dan pertunangan mereka nanti?
"Aku pun..."katanya.
Kening Sana terangkat tinggi. Norah pun?Kalau macam tu dia kena berikan Norah peluang untuk beritahu terlebih dahulu.
"Kalau macam tu kau beritahu la dulu."
"Kau sure?"soal Norah dengan renungan terkilan pada Sana. Norah berharap sangat kalau hidup dia perfect seperti Sana. tak adalah dia tanggung semua perasaan sedih dan sakit ni sendirian.
"Ya.."angguk Sana sambil mengetap gigi menahan perasaan gemuruhnya.
Dalam-dalam Norah tarik nafas lantas di hembus perlahan mencari semangat untuk mengatakan hal sebenar kepada Sana supaya gadis ini dapat yakinkan Greyson supaya sudi memilih Sana dan terima permintaan ibubapa lelaki itu. Dia enggan Greyson sakiti hati orang lain demi menjaga hatinya ini.
"Aku akan berhenti dari kolej ni." beritahu Norah. "Dan aku dah tahu tentang kau dan Greyson. Dai beritahu aku lewat petang ahad semalam.kalau kau datang nak mintak maaf tak perlu. Aku tak kisah...Greyson dengan aku sebenarnya bukan pasangan kekasih...kita orang cuma kawan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk kepenting kita orang sendiri...jadi kau tak payah risau pasal aku"jelasnya dengan bersahaja. Sikit pun tak tunjuk sebarang reaksi sedih di wajah,
Tergamam Sana mendengar kenyataan itu. Mulutnya terbuka sedikit kerana hilang kata-kata yang mahu diluahkan sebentar tadi.
Norah dah tahu?
Pandangan mata Norah turun memandang ke lantai lantas dia termenung. Garisan nipis terketap di bibirnya.
"Sebolehnya, aku nak kau yakinkan Greyson untuk teruskan perjodohan kau orang berdua." katanya. "Aku tak nak dia jadi anak tak sedar di untung dan tidak mengenang budi terhadap ibubapa Greyson gara-gara perasaan cinta monyet dia terhadap aku..."lantas dia pandang muka Sana semula.
"Sebab itu ke kau pindah dari sini?"tanya Sana yang baru menyedari kenapa Norah kemas lokar macam ni sekali.
Norah ketawa sambil menggeleng kepala.
"Bukan la..."dia tak nak beritahu Sana akan sakitnya ini sebab khuatir dia akan beritahu Greyson dan lelaki itu pasti akan mencari dia dah susahkan ramai orang. untuk itu dia akan simpan rahsia ni sendiri. Lagipun belum tentu lagi pembedahan dia akan berjaya. Entah hidup entah mati dia tidak pasti lagi."Aku berhenti bukan sebab kau atau Greyson atau sesiapa. Ianya keputusan aku sendiri."
Sana menggeleng kepala. Dia pegang kedua-dua belah lengan Norah.
"Tak...Norah...aku akan batalkan pertunangan ni...jangan la pergi. Stay sini dengan aku dan Naylie. Kita habiskan belajar sama-sama...konvo sama-sama...hah?"soalnya dengan terdesak.
"Isy.. Ada ke! Tak apa lah...kau jangan risaukan aku...aku okay. malah tak terasa pun..."
Sana pandang curiga ke Norah. Tak!Norah tipu!Dia yakin Norah tipu!Dia tahu Norah sayangkan Greyson!
"Please Norah...aku mintak maaf...aku tak pernah ada niat nak pasangkan aku dengan Greyson...sumpah!Ianya aturan family aku tanpa kebenaran aku.."jelasnya.
Namun Norah hanya tersenyum sewaktu turunkan tangan Sana dari lengannya.
"Aku tahu...sebab itu la aku tak kisah...ibubapa kau dengan parents Greyson dah lama berkenalan...jadi tak hairanlah kau orang berdua di jodohkan...aku tak pernah marahkan kau Sana...dan aku tahu kau adalah gadis yang sepadan untuk dia...berhenti salahkan diri kau.."pujuknya dengan perlahan.
Air mata mula bergenangan di kelopak mata Sana bila dia dengar kata-kata Norah.
"Maafkan aku Norah...aku sendiri tak tahu apa aku patut buat...kalau aku mampu tolak pertunangan ni lama aku dah buat...tapi parents aku terlalu menegaskan aku supaya terima lamaran ni."luah Sana mula tersedu sedan. "Please...aku tak ada niat nak sakiti hati kau...aku tahu kau dah tanggung banyak selama ni...sebab tu aku tak nak berebut dengan kau.."
Norah ketawa melihat air mata yang mengalir di pipi Sana.
"Hei...jangan la histerik sangat...aku okay..jangan la menangis. Nanti orang pandang dia orang ingat aku buli kau pulak"Norah angkat tangan kanannya lalu naik menyeka air mata dari pipi itu perlahan-lahan.
Samnil mencebik sedih, Sana menggeleng kepala.
"Tak...kau tak okay...aku tahu.."nangis Sana dengan sedih sebelum tundukkan kepala sewaktu menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya.
Tidak terkata dengan reaksi Sana, Norah letakkan kotak ke bawah sebelum tarik Sana ke dalam pelukannya. Belakang kepala itu di tepuknya dengan perlahan.
"Jangan la sedih...kalau kau berhutang dengan aku...janji aku yang kau akan jaga Greyson baik-baik lepas aku pergi dari sini..."ajunya semasa termenung memandang ke hujung koridor dimana Greyson dan Chester sedang jalan memasuki lorong anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Sama sekali tidak perasan akan Norah di kejauhan itu.
Sana balas pelukan Norah dan merehatkan dahinya ke bahu itu. "Aku mintak maaf Norah..."ucapnya dengan lirih.
"Aku maafkan kau kalau itu yang kau nak dengar..."dengus Norah dengan sengih meleretnya.
Sana memukul manja belakang badan Norah mendengar kata-kata itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...