Ketika kepalanya mula terasa ringan dan segalanya hendak hitam, Greyson pegang kepalanya lalu tunduk hendak menopang siku pada lutut kakinya yang ditegakkan itu. Nafasnya cuba di atur supaya tenang.
Ini sebabnya kenapa dia tidak suka di rasuk! Ianya benar-benar memakan banyak tenaga dari badan dia.
Perlahan-lahan tubuh Greyson gerak hendak rebah ke tepi sebelum kepalanya jatuh ke ceruk leher itu.
Norah tunduk memandang tepi muka Greyson dengan kening mencerlung. "Apa saya patut buat?"soalnya dengan perlahan sewaktu memegang belakang bahunya.
Greyson capai tangan Norah lalu memejam matanya dengan perasaan lega. "Call Chester...dia tahu apa dia kena buat... "mintanya dengan suara tiada tenaganya.
Norah gerak tangan satu lagi untuk meraba poket seluar Greyson tanpa lengah. Apabila dia dapat capai telefon itu dari poket jaket leather yang dipakai oleh lelaki itu.
Oleh kerana ia terkunci, dia gunakan ibu jari Greyson secara paksa lalu cari ke senarai contact. Melihat nama Chester di skrin, butang hijau di sentuh lantas telefon itu di bawa ke telinga.
"Apa saya kena cakap dekat dia nanti? " tanya Norah lagi.
Tiada balasan dari Greyson. Lelaki itu sudah tidak sedarkan diri sepenuhnya.
"Hello?"sapa suara dalam di telinga Norah tidak lama kemudian.
Norah tergagap sekejap, tetapi dia cepat-cepat gagahkan diri untuk bercakap. "Hai... Umm..ada sesuatu terjadi pada Greyson... Boleh tak awak datang ke simpang empat depan laluan masuk kolej?"ujarnya.
"Sh*t!Dia pengsan ke!?"tanya Chester dengan cemas.
Norah tundukkan matanya ke bawah dan menatap wajah kasihan itu dengan renungan redup. "Ya... "
"Tunggu situ... Saya datang segera... " beritahu Chester sebelum panggilan itu di putuskan.
Setelah itu Norah turunkan telefon dari telinga dan duduk bersimpuh di atas jalan itu sambil menyandarkan Greyson di situ.
Kira-kira lima minit kemudian, sebuah kereta mewah berhenti parkir di belakang kereta Greyson. Tiga orang lelaki berbaju sukan latihan ragbi berlari keluar dari perut kereta.
Mendengar bunyi derapan tapak kaki berlari menghampiri mereka, Norah angkat berpaling. Lantas melihat tiga wajah yang menunjukkan reaksi risau mendekatinya.
"Apa yang dah berlaku? " tanya Chester semasa berlutut di depan Norah.
Norah pandang Chester dengan renungan tidakn dapat ditafsirkan. Dia hanya diam di situ untuk beberapa saat. Takkanla dia nak beritahu kepada lelaki di depannya ini dirasuk hantu kemudian pengsan.
"Sejuknya badan dia.. " beritahu Noah apabila dapatkan Greyson yang bersandar pada Norah.
"Lekas angkat dia... "arah Alexandra sambil bawa lengan Greyson di atas bahunya.
Noah pun berbuat perkara yang sama.
Setelah Greyson di bawa pergi, Chester hulur tangan kepada Norah untuk memimpinnya bangun dari situ.Tidak mahu bersikap kurang ajar, Norah letakkan tangannya ke dalam tangan Chester.
Chester tarik Norah bangun dari situ. Setelah Norah berdiri dia tunduk hilangkan kotoran dari skirt paras lutut Norah dimana daun kering melekat.
"Maaf sebab susahkan awak... " kata Chester semasa berdiri tegak memandang Norah. "Dari pagi tadi dia berkelakuan aneh... "jelasnya.
"It okay..."angguk Norah yang tidak memandang Chester sebab takut pada kelibat hantu perempuan berambut panjang dengan wajah pucat berdiri di belakang badan lelaki itu.
Kecut perut dia lepas nampak tadi!
Bila Chester pandang wajah Norah dengan lama dia tersenyum boyish. "Nak saya hantar hantar awak sekali? " aju Chester.
"Tak apa...saya boleh jalan balik sendiri."tolak Norah sebelum berjalan laju meninggalkan Chester tanpa mengerling ke lelaki itu. Sama sekali lupa akan telefon Greyson yang masih ada di dalam pegangannya.
Chester perhatikan langkah Norah dengan senyuman nipis di bibir.
Tetapi hantu perempuan di belakangnya ketika kelihatan sedih dan sugul sewaktu memandang lelaki itu.
Pada masa Norah lintas kereta dimana Greyson berada, tiga hantu tadi yang menyelamatkan Greyson perhatikan langkah lekas Norah dengan lama.
Greyson di dalam kereta di seat sebelah pemandu kereta miliknya hanya bersandar pada kerusi tidak sedarkan diri.
Setelah itu Chester pun pandu kereta Greyson dan bawa sepupunya keluar terus dari kolej itu untuk dibawa pulang ke tempat ibubapanya. Ini masuk kali kedua Greyson tidak sedarkan diri selepas kejadian pertama terjadi pada tahun lepas.
Sehingga kini Chester tidak tahu sakit apa sebenarnya sepupunya hidapi sampaikan parents dia minta untuk tengok-tengokkan Greyson.
Ps / how is it? Tinta harap okay la ya spnjg 15 bab ni... Serius.. Mencabar jugak nak buat genre horror ni... First time kot... Harap2 Buddies yang baca tak rasa bosan lagi...yalah..tk nak buat jln cerita tipikal tinta kena guna idea lain supaya reader tak bosan..kena la try theme lain
So tinta skrg nak buat flow cerita ni cuma tk tahu nak pilih.. Ingt nak buat humor+horror atau romance+horror atau drama+horror...
Jadi ceritanya akan lambat sikit update chapter... Hrp Buddies sudi tunggu la ya.
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...