Bab : 52

614 75 0
                                    

6 bulan kemudian.

         "Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Adam, happy birthday to you!" nyanyi atuk, nenek, makcik, pakcik, dan saudara yang lain semasa berkumpul di sekeliling meja dimana Adam bertopi birthday atas kepala sedang berdiri.

Kamera dan tepukan kedengaran dengan meriah apabila Adam dengan riang tunduk meniup tujuh lilin yang dinyalakan pada atas kek buatan air tangan ibunya sendiri. Di samping kanan dan kirinya berdiri paksu dan maksu Norah yang kemudiannya tunduk mengucup pipi anak itu dengan serentak.

Menyaksikan keadaan gembira dan meriah itu, Norah berdiri jauh dari kesibukan itu. Oleh kerana dia enggan merosakkan suasana gembira dia ambil keputusan untuk perhati dari jauh saja. Yalah, semua ahli keluarganya berkumpul di sini. Dan semua orang tahu apa yang menimpa akan dirinya serta kedua-dua ibubapa dia. Kalau dia muncul di situ, pasti akan ada mulut-mulut yang hendak menyindir pedas kepadannya. Jadi sebelum hal itu terjadi sebaiknya dia elakkannya terlebih dahulu.

Berdiri dia dekat belakang meja buffet yang penuh dengan hidangan sambil menyilang tangan ke dada. Senyuman lebar terukir di bibir pucatnya. Renungan redup dan sugul terarah pada setiap wajah di situ. Semua di situ kelihatan gembira dan senang hati. .Dia harap satu hari nanti bila dia sudah tiada lagi, mereka semua akan kekal seperti ini.

Sentiasa senyum dan gembira. itu pintanya buat kali terakhir.

BERDESING!

Sesuatu snap urat kepalanya dengan tiba-tiba hingga buatkan Norah pejam mata seerat mungkin dan jalan berundur ke belakang hendak terjatuh. Mujur la ada kerusi di situ, jadi tanpa berfikir Panjang, terus terduduk Norah di kerusi itu.

Sedaya upaya dia kawal rasa sakitnya hingga senak dada hendak bernafas.

         "Apa kamu kata Norah?"

         "Jangan buat hal Norah!"

         "Ya...Norah tak nak bedah."

         "No!Maksu tak setuju!Kamu kena bedah juga!"

        "Kita tak tahu apa akan terjadi sekiranya kamu tidak jalani pembedahan!"

Kepalanya di angguk tanda dia tahu tentang kenyataan itu. Tetapi dia tidak mahu buat pembedahan. Dia tak bersedia untuk hilang ingatan dan berada dalam wad serta di atas meja bedah lagi. Rasa trauma dan takutnya masih belum hilang. lagipun dia tidak mahu melupakan Greyson begitu saja.

        "Please Norah...kita jalani pembedahan tu.."

         "Tak maksu...Norah tak boleh lakukannya"

         "Nyawa kamu akan dalam bahaya sekiranya kamu tidak menjalani pembedahan ni!"tegas paksunya dengan berang.

         "Kalau itu dapat ringankan beban maksu dan paksu, Norah tak kisah.."

          "Apa kamu merepekkan ni Norah! Beban apa?Ringankan apa!" marah maksunya sambil mencengkam kuat kedua-dua belah lengannya.

        "Maafkan Norah maksu..paksu...Norah nak tunggu Greyson..."lafaznya dengan linangan air mata di pipi.

          "Hei"

Satu sentuhan hinggap di atas bahunya dengan tiba-tiba. Buatkan Norah yang bersandar pada kerusi itu membuka matanya lalu memandang ke atas dimana maksunya sedang berdiri.

         "Kamu tak apa-apa?"soal maksu Norah dengan reaksi risau di wajahnya. Sejak kebelakangan ni dia perasan Norah tidak kelihatan bertenaga seperti kebiasaannya. Banyak mendiam dan terbaring sahaja rutinnya.

             Norah pun tersenyum nipis sebelum mengangguk perlahan. "Im fine.."tipunya.

              "Nak kek tak?Maksu potongkan?" aju maksu Norah.

             "Boleh.....terima kasih maksu." balas Norah lagi dengan nada perlahan. Sakitnya masih terasa di tepi kanan bahagian belakang kepalanya. Tetapi hanya didiamkan saja. Dia tidak mahu buatkan maksunya risau hingga buatkan dia di bawa ke hospital bagai!

Lagipun ini kan parti hari lahir adam. Mesti la Adam perlukan ibubapanya lebih dari dia!

          "Okay...maksu ambik kan.." senyum maksu Norah dengan wajah berseri bahagia semasa berpaling dari situ meninggalkan Norah.

Menjauh saja maksunya dari dia, pandangannya di lemparkan ke atas langit malam itu. Melihat ia penuh dengan taburan bintang, senyuman terukir lagi.

Teringat dia sewaktu duduk di beranda bersama Greyson tempoh hari. mengenang nasib dan menangis mengenang nasibnya.

Betapa rindunya dia terhadap lelaki itu. Apa khabarnya Greyson?Dia ada dengar berita mengenai pertunangan Sana dan Greyson, tetapi dia tidak tahu bila iai di langsungkan atau dimana ia akan di langsungkan. Jadi dia tak dapat nak pergi.

Apapun dia doakan yang terbaik untuk mereka. Tiada apa-apa lagi yang dia dapat lakukan.

Sedang Norah asyik dengan menungnya, dan semua ahli keluarga Norah sibuk menjamah makanan dan berborak sakan antara satu sama lain di laman rumah nenek dan datuk Norah, bunyi deruman enjin kereta kedengaran apabila ia parkir masuk ke depan laluan pavement laman berumput rumah itu.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now