Bersama renungan judging mereka, paksu dan maksu Norah tilik akan anak muda segak dengan senyuman di bibir depan mereka. Masing-masing berasa pesimis terhadap Budak lelaki di depannya ini.
"Kamu merokok?"
Greyson menggeleng.
"Pernah libatkan diri dengan aktiviti geng?"
Mata Greyson membulat. Lalu menggeleng kepala. Gila ke!
"Dadah?"
Hampir mahu mencarut dia dibuatnya. What the f*ck! "Oh...tak!"dengan cemas Greyson lambai tangan tanda menafikan pertanyaan itu. "Saya tak lakukan semua hal tu!"
"Kamu Budak bermasalah?Suka buat hal di kolej atau di luar?"
Greyson tak ubah seperti ayam berak kapur sejak tiba di kediaman paksu dan maksu Norah. Dirinya diperlakukan seperti suspek utama kes saja gayanya.
Norah buat muka semasa memandang dua orang paksu dan maksunya yang sedang duduk di meja makan menghadap mereka berdua.
Tidak ubah seperti mempersoalkan penjenayah. mentang-mentang la pasangan suami isteri ini adalah pegawai polis.Mula la nak turn mode police tu dekat sesiapa saja yang menjadi kawannya.
Greyson dekat situ mula panas punggung.Tak tahu pulak dia yang Norah ada keluarga yang begitu teliti dan overprotective seperti ini. Dia sedia maklum mengenai pekerjaan paksu dan maksu Norah, tapi tidak menyangka pulak begini gayanya dia terima layanan dari mereka.
"Tidak tuan..puan. Saya berniat baik untuk berkawan dengan Norah...Tak terlintas pun niat saya nak sakiti atau susahkan dia."beritahu Greyson dengan bersungguh.
Adam dekat sebelah dah goyangkan lengan Norah sewaktu sibuk mengunyah makanan dalam mulut.
"Asal?"tanya Norah semasa berpaling.
"Nak lagi.."tunjuk Adam pada cheese kek di tengah meja itu.
Norah apa lagi, dia hulur tangan untuk mencapai pinggan berisi kek itu lalu di ambil sepotong sebelum di letakkan atas pinggan Adam.
"Bagus la kalau begitu...tapi saya nak ingatkan kepada kamu...Graysen?" sebut maksu Norah bingung-bingung. Masih belum jelas akan nama lelaki muda di depannya itu.
Bersama senyuman kekok di bibir, Greyson ketawa kecil."Greyson Blake...panggil saya Greyson.." beritahunya.
Paksu Norah lirik menyampah akan Greyson. Masih mencurigainya kerana tidak mahu Norah bergaul dengan lelaki entah siapa-siapa yang boleh sakiti anak buah kesayangannya ini.
"Paksu beri amaran kepada kamu Norah...sekiranya Budak ni macam-macam pada kamu atau buat kamu menangis...akan pakcik sumbat dia ke dalam jail serta merta.." pesannya semasa memandang Norah.
Tersentak Norah lepas dengar. Dia yang bantu Adam betulkan napkin dekat kolar baju itu palingkan kepala.
"Isy...ada ke sampai ke situ...Greyson bukan Budak jahat la...paksu janganla takutkan dia.."beritahunya sebelum pandang ke Greyson.
Tiba-tiba saja dia mula berasa menyesal untuk ikut Norah balik menemui keluarga gadis ini. Takut dia mengalahkan rasa takut dia menengok hantu. Hendak hilangkan rasa gugupnya, gelas berisi air kosong di capai lalu di teguk sedikit hendak basahkan tekak yang kering.
"Lagipun...Greyson ni hadapi situasi yang sama seperti Norah hadapi...dia boleh nampak hantu. Ingat senang ke nak dapat kawan yang faham situasi Norah ni."tambah Norah lagi.
Elok Adam mahu menyuap besar potong kek ke dalam mulut terhenti, Dia palingkan kepala ke sisi dan menjenguk kepala hendak pandang abang handsome yang datang Bersama kakaknya tadi. Lantas kek di atas garfu itu jatuh ke pinggan semula.
"Serius la?"sampuk Adam dengan teruja.
Maksud Norah berdesis tegas. memberi amaran pada anaknya untuk tidak menyampuk.
"Adam!"dia menjegil mata.
Cepat-cepat Adam palingkan kepala ke mama dia sebelum tundukkan kepala ke bawah kerana berasa takut.
"Kamu pasti dia tidak menipu?Entah-entah dia cuma kata begitu hanya kerana mahu mengambil hati kamu?" soal paksu Norah lagi yang berasa tidak percaya dan ragu-ragu dengan Greyson.
Norah buat muka berserah. Ini la...beria sangat nak ikut dia kan...tak pasal-pasal dia yang kena jaga mamat ni! Alahai!
Seusai makan tengah hari sama-sama, Norah bantu maksunya kemas meja makan dan dapur sementar paksu dia dan Greyson duduk lepak sama di ruang tamu berbual akan sesuatu Bersama Adam.
Seusai mengemas baru la mereka semua berkumpul sama di ruang tamu dan habiskan masa tengah hari itu berbual tentang itu dan ini dan isu semasa termasuk la perancangan untuk sambung belajar selepas tamat kolej nanti.
Greyson dengan rancangannya hendak bina syarikat system perkomputeran, Norah dengan rancangan untuk bekerja sebagai pereka interior design. Adam sempat juga berkongsikan pendapatnya untuk menjadi seorang polis seperti ibubapanya.
Dan semuanya berjalan dengan lancar dan harmoni. Dan sepanjang masa itu juga Greyson tidak habis-habis ketawa dan kelihatan ceria kerana dapat merasai perasaan sebuah keluarga yang sebenarnya. Yang mana akan di ingati sampai bila-bila.
*yeah! Hari ni dpt update bnyk sikit chapter. Hope buddies enjoy masa baca.
Ps/saja nak usha...siapa dkt sini masih lyn tv?astro ke? Rasanya dah tak ada skrg lyn tv.. Ada pun bagi tv on kendian layan phone? Kan? Eleh.. Tk yah tipu.. Ingt tak tau ke.
Hahaha... So siapa layan Netflix?
Ada recommendation tk? Tinta. .baru download tapi tak tahu nak tengok apa sebab macam-macam citer ada...cuma nak pilih mana yang best tu satu hal!

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...