Bab : 11

717 88 2
                                    

BERDEGUM!

       "ARGHH!!!"menjerit Greyson bila lampu biliknya terpadam dan segalanya menjadi gelap gelita apabila kilat menyambar di luar tingkap.

Haish!

Time ni jugak nak hujan!

Time ni jugak eletrik tak ada!

Serius! Benci betul ya mother nature dekat dia!

Dengan cemas,  Greyson pandang sekelilingnya yang gelap gelita itu. Perasaan seram dan ngeri mula menjalar ke setiap urat saraf dia.

Hah! Dah datang dah!

Guarantee! Perasaan ni selalu muncul bila makhluk tak sepatutnya datang! Berderau darah dia!

Dup! Dap! Dup! Dap!

Selain bunyi hujan dekat luar dan dentuman guruh sewaktu kilat sambar menyambar seakan ada peperangan berlaku di langit,  dia turut boleh dengar gendangan jantung dalam telinga dia.

Sumpah! Suasana eerie yang menyelubungi kegelapan di biliknya setiap kali malam berlabuh memang lain macam betul feelingnya.

Masih dalam keadaan terbaring dan selimut berada di bawah mulutnya mata Greyson gerak melihat apa saja yang kelihatan mencurigakan bagi pandangan matanya.

Ada kelibat tu nampak macam. Dementor... Padahala ianya hanya tuala yang digantung pada penyangkut. Bila di kerling ke langsir pula nampak seperti ada tangan dan jari seakan melambai-lambai, tetapi bila diingatkan balik dekat depan bangunan menghadap jendela ada sebuah pokok.

Sedang dia berasa cemas sendiri di situ sampai hampir hypervalating, cepat-cepat Greyson tarik selimut naik ke mukanya dan capai phone yang berada di bawah bantalnya. Dia mahu Chester datang ke biliknya. Sekurang-kurangnya kalau ada kawan tidak la menyeramkan sangat!

Ketika jari Greyson laju menaip sesuatu di skrin,  ketika itu la dia dapat merasakan ada sesuatu mula menjalar dari hujung kaki.

Kaku membatu Greyson masa tu. Jari dia berhenti menaip dan cahaya lampu dari skrin telefon memancar mukanya ketakutannya.

Perasaan menjalar itu kemudian berubah menjadi seakan satu sentuhan jari yang mula bergerak naik ke lutut lalu ke peha... seterusnya naik ke perut.

Masa ini nafas Greyson mula tidak menentu. Dada dia berombak kencang kerana berasa begitu takut dan gelabah!

Hantu apa pulak kali ni!  Jangan hantu dara mintak balas dendam sudah! Semangat dia bukan kuat mana!

Lagi-lagi waktu hujan begini,  memang mudah la dia di rasuk atau diganggu dengan makhluk halus.

       "Huhuhuhu..... "suara menangis kedengaran tiba-tiba.

         Hampir hendak terkucil dia dibuat suara tu. Perutnya memulas aneh! "Asal dekat sangat ni?"detik hati Greyson dengan muka cemas.

Dentuman guruh dan bunyi kilat sambar menyambar buatkan keadaan bilik yang sedang gelap itu semakin ngeri dingin yang semacam.

         "Huhuhuhuhu...... "

Disebabkan Greyson dengar suara tanggisan itu begitu hampir dengan dia,  hatinya tergerak hendak tengok.

Perlahan-lahan selimut yang menyelubungi mukanya itu di turunkan sambil memegang telefon. Oleh kerana terlalu gelap,  Greyson beranikan diri untuk hidupkan flashlight dari telefon.

Menyala saja lampu dari belakang telefon itu,  Greyson pun talakan cahaya ke atasnya.

BAA!!

Bagai mahu pengsan di situ,  mata Greyson terpaku kaku apabila melihat satu wajah mengerikan dan menakutkan sekali terapung di atasnya.

Satu hantu lelaki dengan muka berwarna hitam dan bermata merah sedang memandang tepat mata Greyson.

Terketar-ketar tangan yang memegang telefon itu apabila menyedari kehadiran makhluk mengerikan itu.

         "Kau boleh nampak aku kan.... " sengih hantu lelaki itu dengan jahat.

Masih menahan nafas ketakutannya,  Greyson tidak dapat bergerak apalagi bersuara kerana segalanya jadi keras di situ sebaik dia bertentang mata dengan hantu tersebut. Terasa seperti di hempap pun ada.

            "Pinjamkan badan kau untuk aku kalau begitu wahai manusia.... " sengih hantu itu dengan menakutkan sekali.

Greyson buka mata seluasnya. Cuba menolak kehadiran hantu itu dari memasuki tubuhnya. Selain roh Si Senget,  tiada hantu atau roh lain yang dia benarkan untuk merasuk tubuhnya.

         "Sekejap je.... Lepas aku tuntut semula apa yang aku mahukan,  akan aku bebaskan kau!" hantu itu perlahan-lahan mendekat dan merapat.

Greyson yang tidak berdaya hendak melawan hanya terbaring di katil itu sehinggala hantu tersebut meresap masuk ke dalam tubuhnya. Dan selepas itu segalanya menjadi gelap gelita!

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now