Episode 17:Rahsia Duyung Delima Terbongkar [1]

50 13 0
                                    

Airas segera mengambil telefon yang dicampakkannya ke pasir semasa dilempar budak lelaki sekampungnya itu.

‘If you really.. Really love me mal he jwo na op shi ha ru do bo til su op’

Telefon diangkat.

“Akak.. Airas dah balik rumah nenek Hayra.” -Airas berpura-pura tenang.

“La.. Kenapa tak suruh akak hantar kan kalau ye pun nak balik?” -Airis

“Eh takpe lah kak.. Airas dah sampai rumah dah ni.. Kirim salam dekat mama,kata Airas baik-baik saje..” -Airas

“Okey.. Take care okey.Kejadian tadi tak yah fikirkan sangat lah..bye..” -Airis

“Okey.. Bye Kak Airish!” -Airas pura-pura gembira.

Panggilan tamat.

“Huh.. bapakk.. Nasib baik akak tak syak apa-apa.. And now...” -Airas tiba-tiba terberhenti.

“Apasal akak selalu lebih dari aku.. Aku ni bodoh sangat ke..?”

“Ingat aku tak boleh buktikan yang aku lagi pandai dalam sains! Aku akan buktikan..!” -Seorang gadis berjalan sambil memegang buku nota kecil bergambar panda dan touch light.

Airas kaku.Dia menjadi batu di situ sekali.

Jangan datang.. Please.. Jangan datang...’~ desis Airas gementar.

Gadis itu berjalan bersebelahan batu yang terdapat air di hadapannya dan Airas sedang berada di situ.Dia melepasi batu itu.

Huh...’ ~ desis Airas

‘Jam kan nu ga shi ga nul jom mom cho bwa..’ -Telefon Airas berbunyi dengan nama Hayra di screen.Dia segera power off telefonnya.

“Sapa tu?!” -Gadis itu cemas mencari bunyi itu.

Airas kaku dan terdiam seribu bahasa melihat cahaya lampu di atasnya. Airas masih tidak dilihat gadis itu.

“Mungkin.. bunyi telefon orang dekat jamuan tadi kut tertinggal dekat situ.. Tak nak menyibuk lah..” -Gadis itu segera berjalan pergi.

‘Huh.. Aikk.. Apa tu..?’ ~ desis Airas

Seekor belut keluar dari lubang dan melintasi ekor Airas.

“Arghh!!” -Airas menjerit sekuat hati.

Biasalah dalam gelap nampak binatang macam tu,mesti geli kan.Gadis itu pun dengan pantas berlari ke arah bunyi jeritan tadi.Touch light disuluh ke arah Airas.

“Herkk..” -Touch light terjatuh dari tangannya.

“Syeqa..” -Airas

Syeqa hendak mengundur ke belakang untuk mengorak langkah dan berlari.

“Syeqa...” -Airas memanggilnya dengan nada ingin meminta tolong.

“Aku boleh explain.. Tapi please.. Aku merayu sangat kau tolong aku..” -Airas memujuk Syeqa.

Airas mengangkat tangannya ke arah Syeqa.Mestilah dengan mata yang bersinar-sinar.Syeqa berkeras untuk meninggalkan Airas.Namun hatinya terdetik untuk menolongnya juga.

“Haih..” -Syeqa berjalan pergi.

Airas menundukkan wajahnya.Rasa serba salah terhadap rakannya dan kecewa bercampur-baur.Tiba-tiba satu cahaya menyinari wajahnya.

“H..Syeqa!” -Airas tersenyum.

Rupanya tadi Syeqa cuma meletakkan buku nota pandanya dan telefonnya sedikit jauh.Syeqa masuk ke dalam air tempat Airas berada.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now