Kring..!
"Bangun..! Terima kasih ustaz.." -Pelajar Kelas 2 Muaz
"Sama-sama.. Ustaz keluar dulu.." -Kamarul tersenyum
"Baik ustaz muda!" -Pelajar di kelas itu tersengih.
Kamarul berjalan keluar dari kelas itu lalu membelok ke kiri.
"Ya Allah." -Kamarul segera menuju ke arah Rayyan.
Dia duduk melutut sebelah kaki meletakkan buku-bukunya di atas lantai.
'Siapa ni?' ~desis Kamarul mengangkat tangan Rayyan perlahan.
"Rayyan." -Kamarul seakan tidak percaya.
Kamarul melihat ke arah tangan kiri Rayyan yang seakan memegang kepalanya.
Seketul batu berasal dari tanah merah berukuruan sederhana dilihat berdekatan kawasan Rayyan rebah.
Kamarul mengangkat kepala Rayyan perlahan lalu memegang belakang kepala Rayyan.
'Parut.' ~desis Kamarul menelan air liur.
Keliru juga dia dari mana datangnya parut itu sama ada kerana batu yang dibaling ke bahagian kepala itu atau parut kemalangan yang lalu.
Sementara itu...
"Mana Tuan Rayyan ni?" -Bodyguard 1
Kedua pengawal peribadi itu tiba tingkat kelas tingkatan 4.Rayyan tetap juga tidak kelihatan.
Mereka mulai cemas.
"Kita call Tuan Rayyan sekarang." -Bodyguard 2 mula menekan pantas nama Rayyan di telefonnya.
Bodyguard 1 memegang koridor di bangunan itu menegakkan tangannya memandang ke bawah.
"Kenapa?" -Bodyguard 2 memegang telefon di telinganya.
"Entah lah.. rasa tak sedap hati pula.." -Bodyguard 1
Rayyan dibaringkan di atas katil di dalam bilik rehat di surau sekolah itu.
"Dia mana kamu jumpa dia Kamarul?" -Ustaz 1
"Depan kelas ustaz.. Antara Kelas 1 Bilal dengan Kelas 2 Muaz.." -Kamarul
"Ada nampak siapa yang baling batu dekat dia?" -Ustaz 2
"Tak ada ustaz.Rasanya dia dah terbaring di situ dalam 5 minit macam tu.." -Kamarul
"Nasib baik kamu terjumpa dia.." -Ustaz 1
"Ya ustaz.." -Kamarul tersenyum
Mata Rayyan terbuka perlahan.
Matanya berulang kali terbuka dan tertutup semula.Setelah sedar ada yang memerhatikan dirinya.Rayyan segera menahan matanya dari tertutup.
Dia terdiam kaku memandang ketiga-tiga ustaz yang sudah berada di hadapannya.
"Jangan takut.. kami tak apa-apakan kamu.. Kamu pengsan tadi.." -Ustaz 3
"Kamu dah baik sikit?" -Ustaz 2
Rayyan hanya diam memandang mereka.Sepertinya dia masih takut untuk mengeluarkan suara.
Rayyan melihat ke arah tangan kanannya yang tidak ditampal jarum.
Sudah pasti dia merasa agak janggal kerana selalunya pada ketika itu tangannya itu sudah tentu ditampal jarum dan dirinya sudah berada di atas katil berselimut tebal.
Mata Rayyan kembali terpejam lemah.Rawatan yang diterimanya di situ tidak setanding dengan rawatan yang selalu diterimanya ketika sedang sakit seperti itu.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasyMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...