Episode 23:Pelajar Baru? [MKSP]

54 12 0
                                    

Hayra segera masuk ke dalam kelas.

“Eh.. Hayra asal lambat?” -Airas

“La.. aku buang sampah kejap tadi..” -Hayra

“Buang sampah pun lambat..?” -Zuril

“Sebenarnya aku..” -Hayra belum sempat menghabisi kata-katanya.

“Assalamualaikum..”

“Sampai pun kamu..Ingat tak datang tadi..” -Puan Maizul Hasni

Pelajar lelaki itu masuk ke dalam kelas menuju ke meja guru.

“Okey.. baik..” -Puan Maizul Hasni mulai berdiri.

“Murid-murid.. Hari ni kita ada pelajar baru dalam kelas ni..” -Puan Maizul Hasni.

Pelajar lelaki itu menghala ke hadapan.

“Itu..” -Zuril tergamam.

“Hai,nama saya ialah Tengku Fariz Bin Tengku Farish.Boleh panggil saya Fariz saja.Selamat berkenalan..” -Fariz

Fariz memandang ke arah Zuril.Zuril gelabah.

‘Apa mamat tu buat kat sini?!’ ~ desis Zuril

“Bukan ke lelaki ni yang jalan depan rumah kita?” -Airas

“Ha ah lah.. Pelajar lelaki ni lah aku ternampak masa nak naik tangga tadi..” -Hayra

“Kan.. Zuril?” -Airas

“Zuril? Asal kau ni..” -Hayra

Zuril tidak perasan yang dia telah mengoyak kertas latihannya.

“Fariz.. Boleh duduk dekat meja bersebelah Zuril dan Khasya tu..” -Puan Maizul Hasni

“Terima kasih.. cikgu..” -Fariz

“Ye sama-sama..” -Puan Maizul Hasni

Fariz duduk di meja bersebelahan Zuril yang selang jarak satu meja sahaja.Meja Fariz agak ke hadapan sedikit.

Fariz memandangkan ke arah Zuril dengan muka ‘Badboy’ nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fariz memandangkan ke arah Zuril dengan muka ‘Badboy’ nya.

Bukk!

Zuril menghentak mejanya.Pemadam nya jatuh.Semua pelajar tertumpu ke arahnya.

“Kenapa Zuril?” -Puan Maizul Hasni

“Ah.. Takda apa.. Tiba-tiba tangan saya ni rasa nak perbetulkan urat-urat terkehel..” -Zuril

“Haih.. ada-ada je lah kamu ni Zuril..” -Puan Maizul Hasni

Semua pelajar mulai tertumpu ke papan putih.Fariz mengangkat pemadam itu dan menyerahkan kepada Zuril dengan senyuman ‘Badboy’ nya itu lagi.

Zuril mengambilnya pantas.

‘Tak guna betul! Geramnye..!’ ~desis Zuril.

Sesi pembelajaran diteruskan.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now