Episode 182:Tumpang Kereta Ustaz

15 1 0
                                    

Hujan mulai turun membasahi bumi sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.

Airas dan Ahmad sudah duduk di sofa dalam rumah Hayra itu.Airas masih lagi memeluk tubuhnya yang menggeletar ketakutan.

Kamarul melangkah masuk ke dalam rumah Hayra lalu memerhati mereka.Dia duduk sofa dua di sebelah Ahmad.

"Kau okey,Ahmad?" -Kamarul memegang bahu Ahmad.

Ahmad hanya mengangguk-ngangguk perlahan dan sudah tentu jawapan sebenarnya adalah tidak.

"Airas?" -Kamarul

Airas hanya diam memandang ke bawah tidak menjawab pertanyaan Kamarul itu.

Zuril berjalan pantas menuju ke ruang tamu sambil menarik tangan Hayra supaya Hayra mengikutinya.Dia tidak mahu membiarkan Hayra berseorangan di dalam bilik.

"Airas..." -Zuril terus duduk di sebelah Airas sambil mengusap-ngusap bahu Airas.

Hayra hanya diam kaku menatap ke arah Airas dan Zuril.

"Hayra." -Kamarul mengalihkan pandangannya ke kiri belakang ke arah Hayra.

Hayra terus berjalan pergi dari situ menuju ke biliknya.

'Haih...' ~desis Kamarul memandang ke hadapan semula.

"Err.. Kamarul,Ahmad.. Aku nak bawa Airas masuk ke dalam bilik dia.. Kalau hujan dah reda,korang nak balik.
Tutup je pintu rumah tu okey.." -Zuril mula berdiri bersama Airas.

"Okey.." -Kamarul tersenyum

Kamarul menepuk lembut bahu Ahmad di sebelahnya.

"Oh haa.." -Ahmad tersedar dari lamunannya.

Airas dan Zuril mula melangkah dari hadapan sofa tiga itu.

"Eh,Airas." -Ahmad melihat ke arah Airas.

Airas terhenti melihat ke arah Ahmad.

"Err.. rehat elok-elok ye.." -Ahmad perlahan tersenyum.

"Ye.. kau pun.." -Airas tersenyum kepada Ahmad.

Ahmad mengangguk-ngangguk tersenyum.

Sebaik sahaja Airas dan Zuril berlalu pergi dari situ.Kamarul terus membuka mulutnya.

"Sejak bila jadi KL?" -Kamarul tersengih pada Ahmad.

"Ehehe.. entah.." -Ahmad tersenyum malu-malu.

Kamarul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tersenyum.

Mereka pulang ke rumah pada petang harinya setelah hujan reda.

Petang mula beransur menjadi malam.

Keesokan harinya...

"Erm Hayra.. Airas demam lah.. So.. macam mana?" -Zuril keluar dari bilik Airas lalu merapatkan pintu bilik Airas itu.

"Kalau macam tu... Aku pergi sekolah.. Kau jaga Airas okey.." -Hayra yang sudah siap memakai baju seragam sekolahnya.

Zuril pula hanya memakai kemeja sahaja dan belum lagi memakai rompi seragam sekolah itu.

"Tapi kau..." -Zuril

"Kau nak aku jagakan Airas? Then kau pergi sekolah.." -Hayra

"Erm.. tak..." -Zuril perlahan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"So? Nanti balik aku maklumkan kerja sekolah yang cikgu bagi.." -Hayra terus berjalan pergi dari hadapan bilik Airas itu.

"Hayra,bukan macam tu maksud aku..." -Zuril menggapai tangan Hayra dari belakang.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now