Setengah minit berlalu...
"Boringnya.. bila nak habis ni?" -Hayra bangun dari kerusinya.
Airas dan Zuril juga sudah tampak bosan di situ.
"Jadi perawat.. Tapi takda sapa pun yang cedera.. Baik tak payah duduk sini.. Bukan ada yang cedera pun!" -Hayra
"Akk!" -Syahril
Hayra terdiam kaku memandang ke hadapan.
"Hayra..." -Airas dan Zuril
Hayra berpusing memandang Airas dan Zuril perlahan.
"Kau rawat." -Airas
"Sapa suruh tak reti jaga mulut." -Zuril
"Hish!" -Hayra menghentak kakinya geram.
Syahril didudukkan di kerusi untuk dirawat.Hayra membuka laci meja di situ.Sarung tangan getah dipakai di tangan.
"Kau rawat kaki aku elok-elok ehh.." -Syahril memandang Hayra tajam.
"Aku tau lah.. aku pakar okey.." -Hayra
"Tapi kau tu cuai.. Pembawa masalah.." -Syahril
"Ye ke..? Kebetulan aku nak pegang gunting ni.." -Hayra
Syahril memandang ke tangan Hayra yang sedang memegang gunting.
Nak potong kain bandage ni.. hati-hati ehh.." -Hayra tersengih
Syahril sudah memandang Hayra berjaga-jaga.
"Potong!" -Hayra
Syahril hampir sahaja ingin bangun.
"Aduh!" -Syahril
"Eh jangan bangun,jangan bangun.. Kaki tu sakit kan..." -Hayra tersengih
"Bila kau nak rawat kaki aku ehh?Dari kaki aku sakit kang badan aku tertusuk gunting pulak.." -Syahril
"Amboi mulut tu.." -Airas
"Kau tau tak kau tengah dirawat oleh siapa?" -Zuril
Syahril terdiam kaku.
"Hum?" -Hayra tersengih memandang Syahril.
"Cepat lah rawat aku! Aku report kau kang!" -Syahril
Hayra segera membalut kaki Syahril.
"Kalau Intan yang rawat lagi best.." -Syahril menjeling ke tepi.
Hayra selesai membalut kaki Syahril.
"Intan? Ahahaha! Kalau Intan yang rawat kaki kau bukan takat bengkak! Patah retak seribu terus!" -Hayra
Syahril memandang Hayra geram bercampur marah.
'Ish budak ni.. Kalau boleh aku nak suruh je tupai aku cabut-cabut rambut dia!' ~desis Syahril geram.
"Dah dah! Pergi duduk sana! Aku dah tak nak tengok pemain cedera macam kau! Lain kali main lah elok-elok!" -Hayra
"Akk!"
Hayra terdiam kaku.
"Huh." -Syahril menjeling ke tepi.
"Hayra..." -Airas dan Zuril
Hayra segera membuka sarung tangan dan melemparkannya ke dalam tong sampah.Hayra segera berdiri.
"Ep ep ep!" -Zuril
"Kau rawat!" -Airas
"Kenapa aku lagi?!" -Hayra
"Sapa suruh mulut kau masin sangat!" -Airas dan Zuril
"Erghh..!" -Hayra duduk di kerusinya semula.
Syahril dipindahkan ke tempat berehat.Pemain bola sepak PISS yang cedera tadi didudukkan pula di kerusi itu.Rakannya turut ada sekali menunggu di situ.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasiMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...