Episode 162:Cuti Yang Menambah Ilmu

7 2 7
                                    

Darish dihantar pulang ke rumahnya oleh Ustaz Azim dengan menaiki kereta Ustaz Azim.

Ustaz Azim berlalu pergi sebaik sahaja menghantar Darish.

Tuk tuk tuk.

"Assalamualaikum..."

Pintu rumah Darish diketuk seseorang.

"Eh tu,ada orang.. Ibu pergi buka pintu dulu ya.." -Puan Saleha

"Okey.." -Darish mengangkat kepala daripada bersandar di bahu ibunya.

Dia merebahkan badannya di sofa lalu memejamkan matanya.

Puan Saleha mencapai tudungnya di atas meja ruang tamu lalu berjalan menuju ke pintu rumah.

"Waalaikumussalam.." -Puan Saleha membuka pintu rumah.

"Ibu Darish ya?" -Ustaz Azim

"Ya ustaz.. ada apa-apa ka Darish buat dekat sekolah?" -Puan Saleha kerisauan.

"Takdalah,saya nak bagi ubat ni dekat Darish.." -Ustaz Azim

Mata Darish pantas terbuka.

"Darish?" -Puan Saleha

"Aduh..." -Darish perlahan memejamkan matanya.

Darish bingkas bangun dari sofa.

"Darish mandi dulu.." -Darish berjalan pantas.

"Darish..." -Puan Saleha melihat ke belakang ke arah anak lelakinya itu.

'Aish..' ~desis Darish terhenti langkah.

"Ya ibu.." -Darish menghadap ke arah pintu rumah.

"Mari sini." -Puan Saleha

Darish berjalan ke arah pintu rumah itu lalu berdiri di sebelah ibunya.

"Ubat apa ni? Ada apa-apa yang terjadi pada Darish kat sekolah tadi ka ustaz?" -Puan Saleha

"Ubat demam je ibu.." -Darish pantas menjawab.

Puan Saleha memandang ke arah Ustaz Azim pula.Serasa tidak yakin sahaja dengan jawapan anaknya.

"Kan ustaz kan?" -Darish

Darish memandang ke arah mata Ustaz Azim dengan penuh harapan.

"Ya puan.Darish tak berapa sihat dekat sekolah tadi.." -Ustaz Azim

"Oh iya ke ustaz.. Terima kasih untuk ubat ni.. Terima kasih jugak hantarkan anak saya pulang.. Maaf susahkan ustaz.." -Puan Saleha

"Sama-sama,puan.. tak susah lah.. Anak murid sendiri jugak.." -Ustaz Azim tersenyum.

"Darish,nah ubat.Makan.. jangan tak makan." -Ustaz Azim

"Terima kasih ustaz.." -Darish mengambil plastik kecil berisi ubat jenis pil itu.

"Terima kasih lah ustaz.. susah ja belikan ubat untuk anak saya ni.." -Puan Saleha memegang bahu Darish.

"Ya.. sama-sama,puan.." -Ustaz Azim

"Darish,salam ustaz.." -Puan Saleha

"Kena salam ke ibu? Berjangkit lah.." -Darish

"Ish budak bertuah ni.. salam." -Puan Saleha

"Okey.." -Darish tersengih menyalami tangan Ustaz Azim dahi ke tangan.

"Saya balik ke sekolah dulu lah ya.. Puan.. Darish.." -Ustaz Azim

"Jalan baik-baik ya ustaz.." -Darish dan Puan Saleha tersenyum

"Jalan sini berpasir sikit.." -Darish tersenyum

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now