Kamarul selesai menunaikan solat Maghrib.Dia membuka telefonnya.
“Eh.. Fariz call?” -Kamarul
Kamarul menelefon Fariz.
“Assalamualaikum Fariz.. Kenapa kau call aku ni?” -Kamarul
“Kamarul,aku lupa nak minta maaf dekat kau..” -Fariz
“Pasal?” -Kamarul
“Kan kita cadang nak beritahu diorang pasal birthday party kau nanti.. Tapi sebab hal Zuril petang tadi.. Tak dapat pulak beritahu diorang..” -Fariz
“Takda apalah.. birthday aku je pun.. Kau lagi banyak masalah kan dengan Zuril kan..” -Kamarul
“Kenapa kau cakap macam tu?” -Fariz
“Takda apa-apa lah.. Isyak dah nak masuk dah ni.. Bye Assalamualaikum.. ” -Kamarul
“Ohh bye.. Waalaikumussalam..” -Fariz
Panggilan ditamatkan.
“Kamarul! Tolong walid sekejap.” -Ustaz Kamaruzzaman
“Baik Walid.” -Kamarul bergegas ke ruang depan.
“Tolong walid hantarkan makanan-makanan ni ke surau.. Ada majlis kesyukuran..” -Ustaz Kamaruzzaman
“Baik walid.” -Kamarul
“Ke surau sekali ya,walid tahu Kamarul sibuk.. Tapi marilah nak,sekejap sahaja..” -Ustaz Kamaruzzaman
Kamarul mengangguk sambil tersenyum.
“Ajak sekali adik kamu Kamaruddin.. Paksa sahaja kalau dia tidak mahu.Kalau dia tetap berdegil,nanti walid beri hukuman.” -Walid mengingatkan anaknya Kamarul.
“Baik walid.” -Kamarul
Seusai menghantar makanan- makanan ke surau.Kamarul membuka pintu bilik adiknya. Adiknya ralik bermain game.
“Kamaruddin,walid ajak kita ke surau.” -Kamarul
“Tak mau! Aku sibuk ni! Kau je lah pergi!” -Kamaruddin
“Kamaruddin cepat bersiap! Kalau kau berdegil walid beri hukuman!” -Kamarul
“Apa? Apa? Aku tak dengar?” -Kamaruddin
“Kamaruddin,kau tak puas lagi kena sebat dengan walid?” -Kamarul
“Walid bukan pedulikan aku pun.. Dia lebihkan kau!” -Kamaruddin
Kamarul terkesima.Dia kembali bersuara.
“Sebab kau tak mahu jadi yang terbaik.. Kau tetap ikut jalan yang sesat.. Berubah lah Kamaruddin.. Ummi pun dah tak ada kau tetap berdegil?” -Kamarul
“Keluar dari bilik aku sekarang!!” -Kamaruddin
Kamarul segera keluar.Dia sudah tahu sekiranya menyebut perkataan ‘Ummi’ pasti Kamaruddin akan naik baran.
Kamarul segera bergegas ke surau walau dalam keadaan terlewat.Selesai urusan di surau,Kamarul dan ayahnya pulang ke rumah.Kamarul sudah tahu apa yang akan terjadi. Ayahnya berpegang pada kata-katanya.
‘Selamatkan adikku ya Allah.. Lembutkan lah hati walid kali ini.. Ya Latif Ya Latif Ya Latif..’ ~desis Kamarul
Hatinya mulai tidak tenang.
Setibanya di rumah...“Kamaruddin!! Keluar dari bilikmu sekarang!” -Ustaz Kamaruzzaman
Kamaruddin mulai berhenti bermain telefonnya.Hatinya berdebar-debar.
“Buka pintu walid kata!!” -Ustaz Kamaruzzaman
Kamarul duduk di kerusi bersebelahan pintu bilik adik.Dia
hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasíaMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...