Hayra segera bergegas ke tempat parking.
"Mana Hayra ni.. Kang tak sempat balik pulak.." -Airas
"Kita pulak yang nak kena jaga dia.. Dulu dia yang jaga kita sangat.. Dah terbalik pulak.." -Zuril
"Tu lah.. Aku rindu Hayra yang dulu.. Hayra yang tak buat kita risau.. Hayra yang ambil berat pasal kita.." -Airas
"Yang bagi kata-kata semangat.. Tapi sekarang ni dia asyik tak teratur je.. And sensitif sikit.." -Zuril
Jujur bebenor Airas dan Zuril.Hayra tiba di parking.
"Korang.. sorry.. Aku terlambat.." -Hayra
"Hmm.. dah jom lah.." -Airas
Hayra naik ke motor di belakang Airas.Dia mengetap bibirnya ketakutan melihat Airas dan Zuril.
Zuril tampak marah sekali.
'Airas dan Zuril mesti marah gila dengan aku.. Tengok dia start motor pun dah tau.. Boleh tercabut batang gear tu..' ~desis Hayra
Tiba di rumah nenek Hayra...
Airas dan Zuril segera bersiap mandi dahulu.Hayra yang masih belum mandi berlegar-legar di dapur.
"Nak masak apa ehh untuk Airas dan Zuril.. Nasi ada.. Hmm.. ikan bilis ada.. Timun.. Ada! Telur pun ada! Nasi lemak nenek Hayra!" -Hayra
Sebelum Airas dan Zuril keluar.Hayra menyiapkan yang mana mungkin terlebih dahulu.
Airas dan Zuril keluar dari bilik mandi.Hayra berpura-pura meminum air.
"Mandi.." -Airas
"Oh okey!" -Hayra
Hayra terus masuk ke dalam bilik mandi sepantas mungkin.Pakaian siap dibawanya terus ke dalam bilik mandi.
"Selesai!" -Hayra
"Okey.. semua dah ada.. sambal ikan bilis nenek Hayra je lagi!" -Hayra
"Tambah ikan bilis.. sambal kisar.. secukup rasa gula dan garam.. daun pandan... Siap!" -Hayra
Hayra cepat-cepat meletakkan nasi lemak ke dalam bekal makanan Airas dan Zuril.
"Macam biasa.. bekal hitam pink untuk Airas.. Biru hijau untuk Zuril.. Untuk aku.. Takda... Nak buat macam mana.. Tak cukup..." -Hayra
Hayra mengeluh merenung bekas ungu kelabunya yang tidak terusik.Dia terdengar bunyi tapak kaki Airas dan Zuril.
"Herk!" -Hayra terus mencapai penyembur wangian di meja makan.
Dia memercik-mercik ke dapur.
"Hayra.." -Airas
"Err.. apa? " -Hayra masih memercik penyembur wangian itu sambil tersengih.
Zuril seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Cleaning.." -Hayra
"Jom.. cepat sikit.." -Zuril
Airas dan Zuril berjalan ke luar rumah.
"Eh air!" -Hayra
Hayra segera membancuh minuman coklat panas lalu menuangkannya ke dalam botol Airas dan Zuril.Masih dengan warna yang sama dengan bekal.
"Alamak! Tak cukup lagi! Patutnya aku buat lebih sikit!" -Hayra memegang botolnya.
Dia mengisi botolnya dengan air di water cooler sahaja.
"Hayra ni.. lambat lagi!" -Airas
"Entahnya! Boleh pulak bersih-bersih lagi kat dapur.." -Zuril
"Memang tak faham kita betul lah! Kita dah lambat dah ni.." -Airas
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasyMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...