Hayra terdiam keresahan di koridor memandang ke bawah.Hayra kini berada di tingkat ketiga.
Hayra berdiam diri di tangga bersebelahan kelas 4 Miltonia.Selepas kelas 4 Miltonia adalah kelas 4 Cattleya iaitu kelasnya sahaja.
Hayra tidak berlari jauh mungkin kerana dia terlalu resah dan takut untuk pergi lebih jauh.
'Apa semua ni..? Aku benar-benar buktikan pada Kamarul yang aku bernasib malang..' ~desis Hayra seakan tidak percaya apa yang terjadi.
"Hayra.. Hayra.. Hayra..." -Maya,
Rafina,Rafani dan Nazira menepuk-nepuk tangan mereka.Hayra membungkam.Dia segera menghadap ke belakang.
Maya,Rafina,Rafani dan Nazira berjalan mendekati Hayra.Maya di tengah,Nazira di sebelah kanan manakala Rafina dan Rafani di sebelah kiri.
"Tak sangka kau berani dan licik macam ni.." -Nazira
"Di sebalik wajah kau yang penakut tu.." -Rafina
"Kau masih berani mempermainkan kitorang.." -Rafani
Maya hanya memandang ke wajah Hayra seperti mahu membunuhnya.
"Maya,Nazira.. Rafina,Rafani.. Aku boleh terangkan..." -Hayra perlahan
Kamarul masih lagi tidak menemui Hayra.Mereka sudah tersasul lorong menuju ke kelas tingkatan 2 iaitu berdekatan tangga menuju ke bawah di sebelah Bilik Tasmik.
Mereka kini berpatah balik dan berhenti di tengah-tengah lorong menghadap ke bilik komputer guru.
'Mana Hayra ni!' ~desis Kamarul semakin cemas.
Kamarul menarik nafasnya dalam. Dia berdiri tegak dan memejamkan matanya.
Mulutnya berkumat-kamit melafazkan selawat.Fariz yang melihat Kamarul berdiri tegak kaku segera menghampirinya.
"Kamarul?" -Fariz
Kamarul mengangkat tangan kanannya tanda tidak mahu diganggu.Ahmad pula hanya meletakkan jarinya di mulut.
Bayang-bayang Hayra mula kelihatan di mata Kamarul.Kamarul terus memandang ke arah kelas mereka di tingkat 3 dan kemudian ke arah tangga bersebelahan Kelas 4 Miltonia.
'Hayra!' ~desis Kamarul melihat bukan hanya Hayra seorang di situ.
"Jom!" -Kamarul terus berlari naik ke tangga.
Fariz dan Ahmad segera berlari mengikutinya.
"Aku tak perlukan penjelasan kau.. Dah terang-terang kau sengaja tukar bekal makanan kitorang.." -Maya
"Tak Maya.. Aku tak sengaja.." -Hayra menyorokkan tangan kanannya ke belakang.
"Tak sengaja atau sengaja? Kau patut terima balasannya..." -Maya tersenyum-sinis.
Hayra ketakutan memandang Maya.
"Bagi tangan kau sekarang!" -Maya
Hayra berundur ke belakang tidak mahu Maya mencapai tangan kanannya.
'Aku tak boleh biarkan tangan kanan ni sakit lagi.. Aku kena sembuh untuk Airas dan Zuril..' ~desis Hayra
"Bagi lah!" -Maya yang cuba mencapai tangan kanan Hayra menarik tangan kiri Hayra.
"Ah!" -Hayra
Maya melihat tapak tangan kiri Hayra di tangannya.
"Tangan kiri pun sakit rupanya.." -Maya
Maya,Rafina,Rafani dan Nazira tersenyum berpandangan.
Rafina dan Rafani segera menarik tangan kiri Hayra.Rafina dan Rafani menggenggam tangan kiri Hayra itu geram.
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasíaMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...