Episode 26:Fariz Sakit?

44 12 0
                                    

Fariz memegang hidungnya yang berdarah.

"Fariz awak okey ke ni?" -Hayra

"Hidung awak berdarah banyak tu.." -Airas

"Eh.. biasa je ni.. Jom lah keluar" -Fariz berdiri dan menuju ke arah pintu.

"Eh kalau dia pengsan macam mana?" -Zuril

Hayra dan Airas menarik tangan Fariz duduk di katil.

"Eh kenapa ni?" -Fariz

"Nah tisu." -Zuril

Fariz mengambil tisu itu dan mengelap darah yang mengalir di hidungnya.

"Kau tak payah lah fikir pasal perkara tu lagi.. Risau penyakit kau makin teruk pulak." -Zuril bercakap tetapi memandang ke arah lain.

"Risau jugak kau kat aku kan.." -Fariz

Zuril serta-merta melihat Fariz dengan pandangan tajam.

"Gurau.." -Fariz

"Sweet la korang ni.." -Hayra

Fariz dan Zuril memandang ke arah Hayra dengan pandangan tajam.

"Err joking.." -Hayra

"Eh korang.. Jom lah kita balik.. Dah lambat ni.." -Airas

"Eh betul jugak." -Fariz

Mereka mulai berdiri.

"Fariz kau keluar dulu.. Nanti kitorang pulak.." -Zuril

"Okey.." -Fariz

Setelah memastikan tiada orang lalu-lalang.Fariz mulai keluar dari bilik persalinan itu.Selepas itu,baru Hayra,Airas dan Zuril keluar dari bilik persalinan itu.

"Tu pun diorang cikgu.." -Kamarul

"Ha.. Ke mana kamu bertiga pergi?" -Puan Maizul Hasni

"Kami ambil angin di belakang cikgu.." -Hayra

"Ni ambil hadiah ni masing-masing..
Ada nampak Fariz?" -Puan Maizul Hasni

"Terima kasih cikgu.. Tadi Fariz.." -Zuril

"Hai cikgu." -Fariz

"Panjang umur.. Nah,ambil hadiah ni.." -Puan Maizul Hasni

"Terima kasih cikgu." -Fariz

"Sama-sama.." -Puan Maizul Hasni

Majlis Kecemerlangan Sesi Petang di Resort Sri Meranti telah berakhir. Semua pulang dengan keluarga masing,ada juga yang datang sendiri dengan motor,ada juga yang masih menunggu.

"Ha.. dah selesai dah?" -Puan Zurina

"Dah mama.." -Zuril

"Dah,mak cik.." -Hayra dan Airas

"Masuk dalam kereta cepat.. Esok kamu nak sekolah.." -Puan Zurina

Hayra,Airas dan Zuril masuk ke tempat duduk bahagian belakang.

Puan Zurina terpandang seorang pelajar lelaki yang sedang menunggu.

"Macam kenal budak tu.." -Puan Zurina

Fariz berjalan ke arah kereta ayahnya.

"Haih.. Perasaan aku je kut.." -Puan Zurina

Di rumah nenek Hayra...

Mereka telah pun berpakaian tidur.
Airas dan Zuril duduk menonton TV di ruang tamu.

"Weyh korang.. Tengok ni.." -Hayra menunjukkan gambar di telefonnya.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now