Pantai Sri Meranti...
"Hayra,aku ada dekat jeti tu.. korang datang situ okey." -Airas
"Okey okey.. kitorang dah nak sampai." -Hayra
Hayra memasukkan telefonnya ke dalam poket bajunya.
"Zuril,kita pergi dekat jeti tu.Jom.." -Harya
"Oh,okey.." -Zuril
Jeti Sri Meranti...
"Kenalkan,ini kawan aku Zuril.Dia lahir dekat kawasan ni tapi tinggal dekat bandar.. Sekarang dia pindah sini semula.." -Hayra tersenyum memperkenalkan Zuril.
Airas dan Zuril berjabat tangan sambil tersenyum.Penampilan Airas terlihat seperti 'rock girl' manakala penampilan Zuril pula lebih terlihat 'bad girl' dengan hoodie yang diikat di pinggangnya.Kedua-duanya bersifat tomboy.
Hayra lebih bersikap keperempuanan atau 'girly' dengan sifat lemah lembut.Ketiga-tiganya memiliki salah satu sifat yang sama iaitu sedikit pendiam dan agak pemalu.
"Kenalkan,ini pula Airas kawan aku.Dia tinggal dekat Kampung Sri Meranti berdekatan kawasan laut ni.. Jadi,hari ni dia akan bawa kita jalan-jalan!" -Hayra tersenyum teruja.
"Ye,hari ni kita akan pergi ke sebuah pulau." -Airas
"Erm.. okey." -Zuril mengangguk sahaja.
Mereka bertiga menuju ke jeti.
Terlihat sebuah rakit buluh di hadapan jeti terampai di laut."Kita akan pergi ke pulau tu naik rakit ni.." -Airas menudingkan jari ke arah rakit itu.
Melopong sudah mulut si Zuril ni melihat rakit buluh yang bersaiz agak kecil.Sentak dia bertanya.
"Kau pandai berenang ke tak?" -Zuril
"Erm.. pandai sikit." -Airas sambil membuat jari '👌'.
'Aku pandai berenang...' ~desis Hayra dalam hati sambil tersengih.
"Dah tu.Kalau korang lemas kang.. aku yang susah." -Zuril
"Hei! Aku pandai berenang lah!" -tengking Hayra marah.
"Janganlah risau... pulau tu dekat depan... tu je." -Airas tersenyum menudingkan jari ke arah pulau kecil yang terletak tidak jauh dari jeti itu.
Hayra menahan mulut dengan tangannya supaya ketawanya tidak terburai.Riak wajahnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
"Dah la.Aku siapkan rakit dulu.. And next... we go!" -Airas melangkah teruja menuju ke hujung jeti.
Zuril memandang ke arah Hayra dengan pandangan tajam.
"Hayra... kau kata pulau tu jauh.." -Zuril dengan pandangan maut.
"Ye la... dari rumah ke pulau tu kan memang jauh.. hehe.." -Hayra sambil tersengih-sengih.
'Alamak.. dah bocor...' ~Hayra
Zuril_Flashback...
"Ye ke.. kalau pulau tu dekat je.. aku tak nak pergi." -Zuril
Hayra berfikir sejenak...
"Ehh.. Pulau tu jauh... kena naik bot pulak tu.. mesti kau suka!" -Hayra
End flashback_
'Besar kecik je aku tengok si Hayra ni...' ~desis Zuril sambil jeling ke arah Hayra.
"Eh,jom lah! Airas dah tunggu dah tu.. Nanti marah pulak dia.." -Hayra berlari ke hujung jeti.
Nak mengelak dari si Zuril lah tu.
Zuril masih tercegat di situ dengan rasa tidak puas hati.
"Kenapa kat sini lagi.Jom lah.." -Hayra menarik tangan Zuril mengikutinya.
Bak kata pepatah 'masa tidak boleh diundur'.Terpaksalah si Zuril ni pergi ke pulau kecil yang hanya beberapa meter dari jeti itu sahaja.
"Korang.. jom lah.Naik rakit ni pelan-pelan.. Nanti terbalik kang.." -Airas
"Tauu.. macam aku tak biasa naik rakit ni pulak." -Hayra
Terbeliak mata Zuril.Tak sangka si Hayra ni dah selalu pergi ke pulau tu dengan Airas rupanya.
'Memang.. memang si Hayra ni nak kenakan aku.. jaga kau Hayra.Balik nanti siap aku kerjakan kau!' ~ desis Zuril sambil menggemgam tangannya.
"Eh.. Apasal kawan kau tercegat kat situ lagi.Demam ke?" -Airas
"Eh tak lah.. dia excited sangat tu.. hehe.. kejap aku bawak dia." -Hayra
Hayra menarik tangan Zuril mengikutinya naik ke rakit itu.
"Kau okey ke Zuril?" -Airas
"Eh okey.. okey sangat..." -Zuril dengan senyuman kelat.
Semakin laju pulak si Hayra ni mendayung rakit tu.
'Mati la aku balik ni Zuril kerjakan...' ~desis Hayra
3 minit kemudian...
"Ha.. dah sampai pun!" -Airas tersenyum.
"Jom lah!" -Hayra
Zuril melopong sebaik melihat keadaan pulau kecil itu yang sungguh indah dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Dia tidak menyangka jika pulau itu seindah yang dilihatnya sekarang.
Dari jauh memang seperti pulau biasa sahaja.Tapi dari dekat... bak kata pepatah,'Fuhh! Lawa bebenor'.Semua dah jadi pepatah dah.
"Apa yang kau ternganga tu?" -Hayra
"A.. amazing..." -Zuril
"Tu la.. aku dah kata... kau mesti suka punya!" -Hayra
"Ish.. aku terpaksa ikut je lah!" -Zuril
"Hek eleh.. tak rela konon.. Sekarang suka ler tu.." -Hayra
"Ish.. kau ni! Aku tumbuk kang.." -Zuril
"Apa korang buat kat situ lagi? Jom lah!" -jerit Airas dari jauh.
"Okey,I'm coming!" -Hayra berlari menuju ke arah Airas.
"Tak guna punya Hayra.. ditinggalnya aku!" -Zuril berlari mengejar Hayra.
_____________Bersambung____________
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasiaMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...