Episode 183:Darish Disihir Pukau

15 2 0
                                    

Hayra dan Kamarul sudah tiba tingkat bangunan kelas-kelas pelajar tingkatan 5.Mereka tidak masuk terus ke dalam kelas mereka sebaliknya berhenti di hadapan pintu masuk Kelas 5 Cymbidium.

"Kamarul,awak masuk lah dulu.." -Hayra menyuruh Kamarul masuk ke dalam kelas itu dulu.

"No,lady first.." -Kamarul tersenyum menghulurkan tangannya ke arah pintu kelas itu.

"What? That's not how it works.." -Hayra menyilangkan tangannya.

"What work?" -Kamarul menyilangkan tangannya juga.

"Err Hayra,Kamarul.. Cikgu Faizal panggil masuk.." -Rajesh berdiri di hadapan pintu Kelas 4 Cattleya

"Alamak..." -Hayra dan Kamarul saling berpandangan.

Rajesh kembali duduk di tempatnya.

‘Kita masuk sama-sama,okey..’ ~desis Hayra mula mengangkat tangannya.

Kamarul mengangguk-ngangguk setuju.Hayra menunjukkan isyarat tangan 'satu,dua,tiga'.

Mereka berdua melangkah ke hadapan pintu kelas itu serentak.

"Assala " -Hayra dan Kamarul

Cikgu Faizal sudah tercegat menyilangkan tangannya di hadapan pintu masuk kelas itu.

" mualaikum!" -Hayra dan Kamarul terkejut.

"Dah habis main bahasa isyarat?" -Cikgu Faizal menepuk-nepuk pen marker hitam dan biru di tangannya seakan menepuk-nepuk rotan.

"Err.. hmm.." -Hayra dan Kamarul terdiam malu memandang Cikgu Faizal.

Mereka juga berasa malu berdiri di bahagian hadapan kelas itu kerana menjadi tatapan pelajar di kelas mereka dan pelajar di Kelas 4 Miltonia,kelas kedua yang digabungkan dengan kelas mereka untuk tuisyen Matematik Tambahan pada pagi itu.

"Lewat 20 minit.." -Cikgu Khairi

"Maaf cikgu..." -Hayra dan Kamarul memandang ke bawah.

"Jangan pandang bawah.. pandang kat papan putih tu.. Tengok tu,ada satu soalan terakhir.. Dan berita baiknya... Itu soalan KBAT.." -Cikgu Khairi mengetuk-ngetuk pen markernya ke soalan yang ditulis di papan putih itu.

‘Alamak! Itu soalan yang aku tanya kat Kamarul dalam kereta tadi lah!’ ~desis Hayra membungkam.

‘Dan soalan tu lah soalan last KBAT yang aku dengan Hayra tak siap!’ ~desis Kamarul juga membungkam.

"Kalau kamu berdua nak duduk,ambil pen marker ni.. Bekerjasama dan jawab soalan KBAT berikut..." -Cikgu Faizal tersenyum menghulurkan kedua pen markernya itu kepada Hayra dan Kamarul.

"Kamarul,blue.. Eh,sorry Hayra.
Warna pink takda.." -Cikgu Faizal tersenyum berseloroh.

"Takpa.Black pun saya suka.. Just like a black hole that keeps darkness.." -Hayra tersenyum mengambil pen marker hitam itu dengan tatapan tajam ke arah Cikgu Faizal.

‘Erh.’ ~desis Cikgu Faizal berasa ngeri dengan riaksi Hayra itu.

Kamarul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berjalan menuju ke papan putih.

"Nothing including light can overcome the gravity of black hole.. Hence the term,black and dark hole.." -Hayra tersenyum berdiri memandang ke arah para pelajar di dalam kelas itu sambil membuka penutup pen marker itu.

"Woa.." -Pelajar-pelajar Kelas 4 Cattleya semuanya kagum dengan serba sedikit penerangan Hayra dengan gaya yang terlihat seakan seorang profesor.

Manakala pelajar-pelajar Kelas 4 Miltonia hanya terpinga-pinga dan ada juga yang kagum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now