'Zuril.' ~desis Darish hampir jatuh.
"Darish." -Syahril dan Zakwan segera memapah tubuh Darish.
Cikgu Khairi yang merupakan guru kelas Darish dan guru kaunseling lelaki tiba di situ.
"Darish! Kenapa dengan kamu ni?!" -Cikgu Khairi
"Beraninya kamu minum air terlarang tu di sini!" -Guru kaunseling lelaki
Darish membungkam memandang wajah guru kaunseling lelaki itu.
Serta-merta dirinya teringat akan kisah silamnya dahulu.Ibunya memarahi ayahnya kerana membawa pulang air terlarang itu ke rumah dalam keadaan mabuk.
'Beraninya abang minum air terlarang tu dekat sini! Depan anak-anak kita?! Mabuk-mabuk macam ni! Abang tak malu ke?!'
Ayat ibunya memarahi ayahnya itu membuatkan darah Darish naik mendadak.
"Arhh..! Aku tak..! Aku tak buat semua tu..! Aku tak minum..!!" -Darish mengamuk seakan sudah hilang kawalan diri.
Zakwan dan Syahril memegang tubuh Darish dengan sekuat hati.
"Darish! Darish!" -Cikgu Khairi memegang kedua belah bahu Darish.
"Sabar Darish! Sini.Tengok sini." -Guru kaunseling lelaki memegang kepala Darish membuat Darish menatap wajahnya.
Tubuh Darish kembali lemah.
Badannya tidak berdaya untuk berdiri lagi.Zakwan dan Syahril segera memapah tubuh Darish semula."Saya tak minum air tu cikgu..." -Darish mula mengalirkan air mata.
"Ya.. cikgu tahu.." -Guru kaunseling lelaki itu mengiyakan pula.
Kemahiran menenangkan pesakit namanya.
"Kalau Darish tak minum? Kenapa Darish boleh jadi macam ni?" -Cikgu Khairi bertanya perlahan.
Nampaknya kedua-dua guru itu masing-masing berkemahiran dalam mengawal keadaan seperti itu. :)
"Dia kena alergik cikgu.." -Syahril
"Dia tak boleh makan seafood.." -Zakwan dengan mata berair.
'Yang sorang lagi ni kenapa pulak..' ~desis guru kaunseling lelaki itu.
"Itu yang dia mabuk tu kut.." -Syahril
Kepala Darish menghadap ke bawah menandakan dirinya telah kehabisan kudrat.
"Kalau begitu,elok bawa dia ke bilik rehat sekarang." -Cikgu Khairi
"Jom." -Guru kaunseling lelaki
"Kenapa tak gerak lagi? Mari.." -Cikgu Khairi memanggil mereka.
"Entah cikgu.. tak bergerak dah ni haa kaki dia.." -Zakwan menangis di situ.
Syahril hanya mampu melihat ke arah kedua rakan-rakannya itu buntu.
"Haih.." -Guru kaunseling lelaki
Guru kaunseling lelaki itu datang ke arah mereka.
"Tolak Darish ke belakang saya." -Guru kaunseling itu menundukkan tubuhnya di hadapan Darish.
Dia mula menggendong tubuh Darish itu di belakangnya.
"Uish,ringan." -Guru kaunseling itu terdiam kaku.
"Memang pun.. dari tadi lagi..." -Zakwan menangis
"Haih.." -Cikgu Khairi itu memegang dahi sudah.
Syahril memegang bahu Zakwan.
Dia tahu bahawa Zakwan sebenarnya ada fobia ketakutan melihat orang sakit.
![](https://img.wattpad.com/cover/254756201-288-k672477.jpg)
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasyMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...