Episode 58:Perlawanan Silat Setiausaha

30 7 2
                                    

Semua rumah sukan itu kembali berkumpul di Dewan Masdevallia.Ahli rumah sukan menghadap cikgu rumah sukan masing-masing.

"Tahniah semua! Saya bangga dengan kamu semua.. Segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah di permulaan..." -Cikgu R.S Kenanga

"Tepuk tangan untuk diri sendiri!" -Jurulatih R.S Kenanga

Semua ahli Kenanga bertepuk tangan.

"Hayra.." -Puan Haysha

Hayra berdiri.

"Cikgu.. Minta izin saya bawak anak saya sekejap.." -Encik Haiman

"Oh silakan encik,puan.." -Cikgu R.S Kenanga

Hayra berjalan ke arah ibu bapanya.Mereka beredar dari situ.Ahli rumah sukan Kenanga mulai berbual.

"Ish.. budak tu lah tadi.."

"Buat malu kita je.."

"Benda simple pun tak reti.."

"Ingat kan kelas depan pandai lah.."

"Last apa pun tak tau.. buat penat undi je.."

"Cikgu pun satu.. dah tau dia ketot pilih dia kenapa.."

"Nasib pandai silat.. tapi bila sukan lembik pulak.."

"Dah la buat pasal mula-mula tadi.."

Kamarul merengus geram begitu juga Syeqa,Ahmad dan Sarah.

"Apa yang kamu semua bincangkan tu.. Pasal Hayra..? Tak puas hati dengan Hayra?" -Cikgu R.S Kenanga mulai bersuara.

Ahli rumah Kenanga terdiam.

"Cikgu faham.. Hayra banyak lakukan kesilapan tadi.. Tapi satu je kamu semua kena tahu.." -Cikgu R.S Kenanga

Ahli rumah Kenanga memandang Cikgu R.S Kenanga.

"Hayra tak pernah masuk apa-apa acara sukan sepanjang dia bersekolah dekat sekolah kita sebelum ni.. Dari form 1 sampai form 3.. Naik form 4 tau-tau dah kena jadi penolong setiausaha..” -Cikgu R.S Kenanga

“Lain lah kamu semua.. Muka-muka dekat sini semua cikgu pernah nampak ni.. kecuali dua orang yang belakang tu.. pelajar baru kan..?" -Cikgu R.S Kenanga

Rafina dan Rafani mengangkat tangan tanda benar.

"Siapa jugak yang undi..." -Cikgu R.S Kenanga tersenyum menjeling anak buahnya.

"Tapi.. mana kitorang tau Hayra tu tak pandai dalam sukan.."

"Dalam peperiksaan pandai je.."

"No satu sampai lima dalam tingkatan.."

"Kitorang pilihlah dia.."

"Haih.. dah tu kamu semua nak salahkan cikgu?" -Cikgu R.S Kenanga

Ahli rumah Kenanga menggelengkan kepala.

"Kamu semua sepatutnya bersyukur.. Sekurang-kurangnya Hayra dapat selesaikan tanggungjawabnya sebagai penolong setiausaha.. Kalau Hayra tak sempat..?" -Cikgu R.S Kenanga

Kamarul tersentak memandang Cikgu R.S Kenanga.Ahli rumah Kenanga terdiam habis.

"Maafkan cikgu.." -Cikgu R.S Kenanga

Hayra datang ke Dewan Masdevallia semula.

"Semua,boleh buka hiasan semua tu sekarang.. letak dekat depan pentas ni.." -Cikgu R.S Kenanga

"Cikgu,dah boleh bukak baju silat ni?" -Hayra tersengih.

Ahli rumah Kenanga memandang Hayra.

"Ermm tak boleh lagi Hayra.. Lepas ni kan kamu ada perlawanan silat." -Cikgu R.S Kenanga

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now