Episode 48:Sukan Tradisional & Permainan

28 10 2
                                    

Petang itu,di belakang rumah. Kamarul mencuba menarik busur memanahnya.

"Erh.." -Kamarul

Busur memanah itu jatuh.Dia mengambilnya dan mencuba menarik busur pemanah itu lagi.

"Erh!" -Kamarul

Busur memanah itu jatuh lagi dari tangannya.Busur memanah itu ialah hadiah pemberian dari ayahnya.

Kamarul berjalan ke pondok berdekatan tempat latihan silat ayahnya.Dia duduk termenung memandang busur memanah itu.

Ustaz Kamaruzzaman berjalan ke arah Kamarul.

"Kamarul." -Ustaz Kamaruzzaman

"Ya walid." -Kamarul meletakkan busur memanah itu di sebelah kirinya.

Dia tahu ayahnya akan duduk di sebelah kanannya.

"Kenapa ni? Nampak resah semacam?" -Ustaz Kamaruzzaman

"Takda apalah walid." -Kamarul

"Jujur dengan walid.Apa yang Kamarul bimbangkan sebenarnya?" -Ustaz Kamaruzzaman

"Kamarul bimbang kalau Kamarul tak dapat sertai apa-apa acara dalam sukan tradisional dan permainan esok walid." -Kamarul

"Mesti ada sebab Kamarul bimbang.. Lagi pun Kamarul handal memanah.. Beritahu walid kenapa?" -Ustaz Kamaruzzaman

"Belakang Kamarul masih sakit lepas hadang Kamaruddin hari tu walid." -Kamarul berasa sedikit bersalah.

"Tak usahlah Kamarul bimbang.. Walid akan merawatnya malam ini.." -Ustaz Kamaruzzaman

"Terima kasih walid." -Kamarul

"Sama-sama.. Mari masuk ke dalam.. Hari sudah mulai senja.." -Ustaz Kamaruzzaman

Setelah selesai solat maghrib.Kamarul membaca Al-Quran di atas sejadah. Sesudah itu,Ustaz Kamaruzzaman masuk ke dalam bilik Kamarul.

"Kamarul,mari walid rawat belakang badan kamu tu.." -Ustaz Kamaruzzaman

Kamarul membuka bajunya.

Ustaz Kamaruzzaman membuka penutup minyak zaitun.Dia menuangkan minyak itu ke tangannya.

Ustaz Kamaruzzaman hanya membacakan Al-Fatihah lalu minyak itu disapukan ke belakang Kamarul sambil melafazkan selawat ke atas nabi.Kamarul mendengar apa yang dibacakan ayahnya.

"Kamarul,walid dah ubatkan belakang kamu.." -Ustaz Kamaruzzaman

"Terima kasih walid.." -Kamarul tersenyum.

"Adzan dah masuk.. Mari solat berjemaah dengan walid sekali." -Ustaz Kamaruzzaman

"Walid tak ke surau?" -Kamarul

"Walid solat berjemaah dengan kamu sahaja.. Oh.. sebelum terlupa.." -Ustaz Kamaruzzaman

Kamaruddin masuk ke dalam bilik Kamarul.

"Kamaruddin solat berjemaah dengan kita sekali.." -Ustaz Kamaruzzaman

Kamarul tersenyum.Malam itu Ustaz Kamaruzzaman menjadi imam kepada anak-anaknya untuk solat isyak.

Seusai solat isyak berjemaah.Kamarul mengikuti ayahnya ke tempat silat. Ayahnya akan mengajar anak buahnya bersilat malam itu.

Tempat silat itu hanya dihadang dengan buluh-buluh besar di sekeliling.Kawasan itu cerah dengan obor api.

"Assalamualaikum.." -Kamarul memberi salam kepada pelajar-pelajar ayahnya.

"Waalaikumussalam.." -Mereka menjawab salam Kamarul.

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now