Episode 39:Berlatih Rentas Desa

30 9 0
                                    

“Weyh,korang tau tak?” -Intan

“Tau...” -Hayra,Airas,Zuril dan Syeqa menjawab serentak.

“Rentas desa kan?” -Airas

“Ya! Tak sabarnya aku..” -Intan

“Mesti best kan!” -Syeqa

“Hmm! Kita jalan sama-sama tau!” -Hayra

“Okey!” -Airas,Intan dan Syeqa.

“Aik.. Kau tak happy ka Zuril?” -Intan

“Boring la rentas desa..” -Zuril

“Kau dulu rentas desa kat bandar.. Kau tak pernah rentas desa kat sini lagi.. Best...” -Hayra

“Ye lah..” -Zuril

‘Pengumuman.Semua pelajar diminta hadir ke Dataran Lycaste dengan buku catatan untuk mendengar taklimat berkenaan rentas desa sekolah yang akan diadakan nanti.’ -Pengumuman Sekolah

“Yeay! Jom gi dataran!” -Airas

Semua pelajar SMK Lycaste Masdevallia menuju ke Dataran Lycaste.

“Semua pelajar wajib menyertai rentas desa sekolah tahun ini kecuali pelajar yang memiliki masalah kesihatan atau sakit.Jadi semua pelajar boleh mula lah practice lari..Lari depan rumah ke,kat padang ke..Mana-mana je lah... Kena practice lah baru boleh menang pingat nanti kan...Faham?” -Guru Kaunseling

“Faham cikgu...!” -Pelajar SMK Lycaste Masdevallia

“Diminta Penolong Kanan Sesi Petang untuk menyampaikan taklimat.” -Guru Kaunseling

[Skip pun takpa ;) ]

“Assalamualaikum semua,saya harap kamu semua sudah bersiap-sedia untuk rentas desa sekolah pada tahun ini.Di sini ada beberapa peraturan yang perlu kamu patuhi sewaktu rentas desa nanti.

1)Semua pelajar wajib sertai rentas desa sekolah kecuali yang memiliki masalah kesihatan atau tidak sihat pada hari berkenaan.

2)Pelajar mestilah memakai pakaian sukan sekolah yang kemas dan sopan.Pelajar perempuan yang bertudung digalakkan memakai tudung hitam.Semua pelajar mesti memakai seluar sukan.Kepada pelajar perempuan.. Jangan ada yang pakai seluar khas sekolah nanti ye,kalau ada saya ambil seluar tu! Buat lelaki macam biasa baju sukan dan seluar tracksuit.Perempuan pun sama. Digalakkan memakai kasut sukan. Cekak sekolah bagi perempuan yang tidak bertudung tak digalakkan untuk dipakai.Takut jatuh nanti masa kamu lari sewaktu rentas desa.

3)Apa yang perlu kamu bawa masa rentas desa nanti?Bawak lah beg kecil untuk letak botol air mineral ke.. air dari rumah ke... Lagi bagus kamu bawak botol air besar.. Kamu juga digalakkan untuk membawa makanan bungkus seperti roti ke biskut untuk alas perut kalau kamu lapar sebelum atau lepas rentas desa nanti... Kalau tak nak bawa pun takpa, sebab roti akan disediakan lepas rentas desa sorang satu.. Yang kamu bawa tu mungkin kalau kamu masih lapar.. Dan yang akhir ni sangatlah penting.Semua pelajar tidak dibenarkan membawa telefon.. Kalau ada yang bawak,saya akan rampas! Faham!

Rentas Desa SMK Lycaste Masdevallia akan diadakan pada hari Khamis ini pada tarikh (...) Bertempat di Jalan Pantai Sri Meranti.Ada masa lagi dua hari untuk kamu berlatih lari semua tu.Sekian,assalamualaikum...”

“Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh,cikgu...” -Pelajar SMK Lycaste Masdevallia.
_________________________

Semua pelajar mulai bersurai ke kelas masing-masing.

Di kelas 4 Cattleya...

“Nak bagi dapat nombor tak tahun ni?” -Hayra

“Tak payah lah..Kita relax relax je lah tahun ni...” -Airas

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now