Kamarul,Kamaruddin dan Ustaz Kamaruzzaman menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama.
"Assalamualaikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah.."
Mereka bersalam-salaman.
"Kamarul.. dah nasihat Hayra?" -Ustaz Kamaruzzaman
"Dah.. Hayra pun ada janji yang dia takkan buat lagi perkara tu.." -Kamarul
"Orang yang sihir kamu.. Dah jumpa?" -Ustaz Kamaruzzaman
"Dah.. dari Kampung Keruing.. dia..." -Kamarul
Kamarul terdiam.
"Teruskan.." -Ustaz Kamaruzzaman
"Bekas anak murid walid." -Kamarul memandang ke bawah.
"Mikail?" -Ustaz Kamaruzzaman
Kamarul mengangguk.
"Dah bertemu dengan dia?" -Ustaz Kamaruzzaman
"Dah..." -Kamarul
Petang itu di padang sekolah...
Mikail berjalan-jalan di tepi pagar sebelah kanan padang.Dia seperti mencari sesuatu di situ.
"Eh,pegang ni kejap." -Kamarul memberikan busur pemanahnya kepada Fariz.
"Ha tu.." -Ahmad menuding jari ke arah Kamarul yang berlari ke arah Mikail.
Mikail mencungkil tanah dengan jarinya.
"Ni pun! Dah terbakar habis!" -Mikail marah.
Mikail mengambil benda sihir yang diletakkan di dalam tanah di tepi pagar itu.
"Mikail." -Kamarul
Mikail segera bangun memandang Kamarul.
"Apa kau nak?" -Mikail
"Malam tu.. belakang pagar.." -Kamarul
"Kenapa? Kena sihir? Teruk ke..?" -Mikail tersengih.
"Kau rupanya! Aku dah agak memang kau!" -Kamarul
"Kenapa kau marah? Setakat kena sihir macam tu pun kau marah.. huh! Aku ni anak murid yang kena buang dengan bapa kau.. Ingat aku tak marah!!" -Mikail
"Aku tak marah sebab kena sihir.. Aku marah sebab kau tergamak nak bunuh orang yang tak bersalah!!" -Kamarul
"Eh! Kenapa tu?" -Fariz
Fariz meletakkan busur pemanah itu.Dia ingin pergi ke Kamarul.
"Jangan." -Ahmad menahan tangan Fariz.
Fariz memandang Ahmad kebingungan.
"Kamarul selalunya.. tak nak orang masuk campur hal-hal macam tu.." -Ahmad
Fariz terdiam.Dia masih memerhatikan Kamarul dan Mikail dari jauh.
Mikail terdiam.Dia menyambung semula.
"Aku peduli apa? Dah dia yang masuk campur urusan aku.." -Mikail
"Mikail... Aku harap kau boleh berubah.. Kau dah lain dari yang aku kenal dulu.." -Kamarul
"Memang.. Memang aku dah lain!" -Mikail menarik kolar baju Kamarul dengan tangan kanannya.
Kamarul memandang tepat ke wajah Mikail.
"Aku berubah macam ni! Sebab bapa kau!!" -Mikail
Fariz ingin berlari ke situ.Sekali lagi ditahan Ahmad.
"Sabar dulu,Fariz.Kamarul boleh uruskan." -Ahmad
"Takkan kita nak biar je Kamarul kena belasah!" -Fariz
YOU ARE READING
Duyung Delima
FantasyMengisahkan tentang tiga orang sahabat yang pergi ke sebuah pulau terpencil.Hayra,Airas dan Zuril yang berniat untuk berkunjung ke sebuah pulau kecil bernama Pulau Tunggal. Niat Hayra yang hanya ingin membawa kawan lamanya bernama Zuril yan...