Episode 50:Private International School Shenzhen

22 8 0
                                    

Keesokan harinya...

“Jom..” -Hayra

Hayra,Airas dan Zuril siap memakai baju sukan.Mereka bertolak ke sekolah segera.

Sepanjang minggu itu kebanyakan pelajar harus memakai baju sukan untuk berlatih acara sukan. Kebanyakan pelajar tidak ada dalam kelas kerana masing-masing sibuk berlatih.Kejap sorang keluar pastu sorang lagi.Last-last kelas takda.

Airas mengangkat busur pemanah.
Dia menarik tali pemanah.Matanya tajam memandang target.

“Satu.. dua.. ti..” -Airas

“Bar!” -Ahmad

Anak panah tersasar.

“Ahmad!” -Airas

“Huu.. Tak reti memanah lagi ni..” -Ahmad

“Aduh!” -Ahmad

Airas mengetuk kepala Ahmad dengan busur pemanah.

“Aku gurau je lah.. Memanah lah lagi..” -Ahmad

Airas memasang anak panah. Matanya tajam memerhati Ahmad.

“Buat je.. aku tak kacau..” -Ahmad

Airas memanah.

“Tiga!” -Airas seakan tidak percaya.

“Ha kan.. Tak reti memanah..” -Ahmad

“Diam!” -Airas mengetuk kepala Ahmad lagi.

“Aduh duh..” -Ahmad

Airas memanah lagi sekali.

“Dua?!” -Airas

“Wah! Macam mana kau boleh terpilih acara memanah ni?” -Ahmad

“Di..” -Airas

“Erh.. tak nak tak nak..” -Ahmad berundur ke belakang.

Airas tertekan.Kali ini dia memandang dengan tajam sekali target.

“Dua lagi?!” -Airas

“Hmm.. kenapa ehh..” -Ahmad

Airas memanah sekali lagi.Ahmad memerhatikan cara Airas memanah.
Kali ini anak panah tersasar terus.

“What?!” -Airas

“Something wrong..” -Ahmad

“Hishh!” -Airas

“Airas panah lagi.” -Ahmad

Airas mengangkat busur memanahnya.Dia memanah lagi.
Tersasar lagi untuk kali ini.

“Anak panah tu membengkok.. Macam menghindar dari terkena target.” -Ahmad

Airas menghentak kakinya geram.

“Airas panah lagi!” -Ahmad

“Ye lah!” -Airas

Airas memandang tajam ke target.Tanpa disedari Ahmad berjalan ke belakang target.

Airas melepas tali busur.

“Ahmad!!” -Airas

Nasib baik anak panah itu mengenai papan target walau hampir tersasar darinya.

Airas terduduk.

“Anak panah tu menghindar papan target.. Tak dapat dijelaskan secara ilmiah..” -Ahmad

“Ini.. macam.. sihir!” -Ahmad

“Ahmad!” -Airas

“Oh mak kau..! Terkejut aku!” -Ahmad

Duyung DelimaWhere stories live. Discover now